Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat
Islam sedunia. Mengikut perkiraan kalendar, 17 Julai 2015 merupakan tarikh
keramat tibanya hari lebaran tahun ni. Nak tahu amalan yang sangat-sangat digalakkan untuk kita lakukan ketika tibanya Hari
Raya Puasa? Jom baca:
7 Amalan Ketika Menjelangnya Hari Raya Puasa Aidilfitri
1)
Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri
Ulama
besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya
iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar
Ia
berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang
menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya aidilfitri sehinggalah
Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan takbir
Seharusnya
umat Islam jangan terlalu sibuk dengan aktiviti persiapan raya sehingga
meninggalkan peluang mengalunkan takbir. Takbir merupakan syiar Islam selain
kalimah takbir yang dibenci oleh syaitan.
4) Mendoakan kebaikan antara satu sama lain
Tiada
masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang
sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah
"Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima
amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
5) Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun
demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak
dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal.
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
Ia
berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya
menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat
Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim
Nabi
pernah bersabda :
Barangsiapa
yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang)
umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sumber: Amalan Hari Raya
Sumber: Amalan Hari Raya
Moga
bermanfaat buat semua. Sambil menyambut lebaran, sama-sama kita amalkan 7 Amalan
Di Hari Raya seperti
dinyatakan di atas. Salam Syawal :) SELAMAT HARI RAYA!!!!!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
20 comments
bestnya raya
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
sayu hati dengar tadbir dipagi raya. Selamat hari Raya kak ^^
selamat hari raya yumida
nice share..
salam aidilfitri...
jalan2 hari raya...
Assalammualaikum... yumida,
selamat hari raya . Maaf zahir dan batin. Maaf andai ada tersalah bahasa sepanjang berblog ...
mselim3
Salam Aidilfitri..
salam aidilfitri kak
Tq share. :)
Selamat Hari Raya sist :)
Selamat hari raya.. :)
Tahniah tersenarai.. Terima kasih sudi komen.. :) "Senarai Pengomen Tegar Mac, April, Mei, Jun, dan Julai 2015"
Selamat Hari Raya yumida.. :)
http://bungalovexx.blogspot.com/2015/08/jom-review-blog-edisi-kedua.html
hi Fara buat review blog ni atas penghargaan dah join segmen fara sebelom ni
salam akhir aidilfitri
hi sis yumida. Lamak sik singgah. Lambat wish kmk tok. Selamat hari raya sis. Hehehe..
http://luarteko.blogspot.com/
lama x hapdate blog yeee
Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com
jalan jalan tengok blog jom
happy blogging sis
JOM FOLLOW SAYA