KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 17/7/2015
Orang dulu-dulu letak tempayan depan tangga
rumah untuk cuci kaki sebelum masuk rumah
Insiden
yang Tak Dapat Dilupakan dalam Bulan Ramadhan
Darjah 2, di usia aku menjangkau 8
tahun, kami sekeluarga berpindah ke kampung. Itulah pertama kali aku merasai
suasana kampung sekaligus merasai pengalaman berpuasa di kampung.
Hari pertama puasa, kurasakan amat
payah sekali. Bermula dengan bangun sahur, siap menangis-nangis bagai, kononnya
mengantuk, sejuk, mata tak mahu bukak. Mak pujuk kalau makan sahur mak bagi
upah 20 sen. Sepantas kilat, aku rasa segar bugar bila dengar perkataan ’20
sen!’. Banyak tu weh! Kalau beli gula-gula, boleh dapat 4! Malah ada juga
gula-gula dijual 10 sen 3 biji! Zaman dulu..susah nak dapat duit. Bila ada
orang kasi seronoknya!
Part paling meletihkan, balik dari
sekolah. Sampai rumah je, bateri aku dah weak. Haus tu memang tak dapat kata
la. Rasa nak minum je air basuh kaki kat tempayan luar rumah.
Mak bebel kat aku suruh tukar baju
pakai baju kurung, pergi mengaji kat masjid! Kat kampung, lepas habis sekolah
kena pergi belajar mengaji dengan tok imam. Itulah rutin di kampung zaman
dulu-dulu. Letih weh..membayangkan kena berjalan kaki lagi ke masjid. Puasa…tak
boleh minum! Letih pun..on je jalan..
Balik mengaji tu, aku terserempak emak
balik dari kedai. Mak bawak banyak beg plastik! Aku pun apa lagi happy la,
dalam kepala aku dah membayangkan mesti mak beli banyak keropok untuk aku
berbuka nanti. Eh! Eh! Plastik lagi satu tu, wah.. aiskrim! Aiskrim! Mak beli
sekontena aiskrim!!
Kontena aiskrim
Sampai rumah je, mak terus simpan
kontena aiskrim dalam peti ais. Keropok siap susun atas meja, mak bagi warning
jangan curi-curi ambil keropok tu. Mak dah kira semuanya. Aku mengangguk je.
Tapi kepala aku tetap teringat kat aiskrim yang mak bawa tadi. Meleleh-leleh je
air ais mencair keluar dari luar bekas kontena aiskrim tu. Aaaa! Tak sabar
pulak aku nak berbuka mengenangkan aiskrim mengalir masuk ke dalam tekak aku.
Mesti sejuk! Mesti sedap! Mesti aku nak suap banyak-banyak kali!!
6.50 petang, tibanya waktu berbuka
puasa. Lepas ayah baca doa berbuka, aku berlari ambil cawan dan sudu. Tak
sempat jamah air, makan keropok. Kutarik kerusi letak berdepan dengan peti ais,
lantas ku panjat peti ais nak ambil kontena aiskrim.
Cepat-cepat aku lompat dan buka
kontena aiskrim. Tak sabar woo. Seharian menahan iman asyik teringatkan aiskrim
yang mak bawa petang tadi. Inilah masanya… Krek! Ku buka penutup kontena
aiskrim. Wajahku yang ceria, berubah muram.
“Laaa..buat apa bukak ikan dalam bekas
kontena tu? Ikan tu belum masak. Nek Tam sedekahkan tadi kat kedai”, kata mak.
Ikan ais dalam kontena aiskrim
Ku rasa macam
nak menangis! Kecewa! Hancur berkecai hatiku! Kuingatkan aiskrim! Rupa-rupanya
ikan ais!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
all the best
gdluck kak ^^
sempat la cik en join ni