Mengumumkan..hari
Sabtu ni merupakan tarikh keberangkatan
kami balik ke kampung. Horrey! Means masa balik tu, tinggal 6 hari lagi jumlah hari berpuasa
sebelum menjelangnya Hari Raya
Aidilfitri 2015.
Biskut
dah buat 5 jenis. Antaranya biskut
makmur, biskut buah rotan, biskut susu jagung, popia dan juga biskut gunting
ikan bilis. Kek pula, belum buat lagi. Sebab masih awal, takut berkulat. Kang
tak sempat nak dihidang hari Raya.
Adik ipar
aku pulak balik, malam 16hb tu. Means, malam pengumuman Raya. Kalau Raya tu
jatuh 17hb, hari Jumaat. Mesti malam tu tengah sibuk kemas umah. Pasang langsir,
hampar permaidani/ karpet, pasang sarung sofa, kusyen, alas meja dengan plastik.
Oooo banyak kerja nak buat.
Part paling
best, jam 12 tengah malam, bunyi mercun, percikan cahaya bunga api. Meledam-ledum
je. Korang pulak, bila plan balik beraya? Hati-hati kalau drive, moga selamat
sampai ke destinasi.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
balik puchong je dlu.. so tak rushing.. dekat.. =D
anum khamis masih keja, lps tue baru balik sebab tahun nie dimulakan dgn selangor
Kampung cx dokek jo dgn uma mertua. Mueheheh.
kite balik sehari sblm raya, dah tu sekangkang kera je pon rumah mertua, rumah mak kita pulak kat sini je, hikhik~~
kite tak tahu balik bila. cuti pun tak pasti lagi. haha ><