Jari Putus Akibat Main Mercun

Larangan main mercun bergema sana sini. Tapi masih sukar nak bendung aktiviti main mercun. Walaupun betapa tegasnya ibu bapa, betapa garangnya orang tua menegah anaknya dari bermain mercun. Namun ada saja cara untuk dapatkan mercun. Paling terer, bila budak-budak buat mercun sendiri. Terer sangat!

Lagi terer, bila mercun buatan sendiri memberi padah buat dirinya sendiri. Mercun tak sempat dilempar, meletup dalam gengaman tangan! Haih membayangkan betapa sakitnya dengan kesan hancur teruk tangan akibat letupan mercun dah cukup buat aku seram sejuk. Sakit wei..

jari putus akibat main mercun buatan sendiri, kesan main mercun, mercun meletup punca jari tangan hancur, akibat bakar mercun, bahaya mercun di musim perayaan, mangsa mercun meletup di jari

Semalam, aku tengok kat tv, mangsa letupan mercun. Hari ni, terbaca kisah beliau yang bermain mercun buatan sendiri menggunakan ‘starter’ lampu. Baru berusia 15 tahun dah terer buat mercun sendiri. Malangnya, mercun tersebut tak sempat ditikam jauh, sebab dah meletup kat tangannya sendiri. Berita: Budak hilang 4 jari kesan main mercun

Buat budak-budak, remaja, golongan dewasa, mahupun orang tua, ketahuilah betapa bahayanya bermain mercun. Jangan pepandai buat mercun sendiri. Bahaya! Kesan akibat bermain mercun akan dirasai sepanjang hayat. Bila hilang jari, sampai ke tua kita takde jari. Terutama peniaga yang menjual mercun, menjual mercun adalah menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Moga beringat sebelum terkena.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

kes mercun ni tak henti henti

Ianya takkan berakhir selagi tiada kesedaran pada diri sendiri..

kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

This comment has been removed by a blog administrator.

takutnya dengar jari putus... boleh bayang sakit dia tuh camne... bahaya kan main mercun ni, beraya dalam hospital jdinya....takutlah