6 Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC)

6 Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) diperkenalkan untuk memberi potongan harga barangan dan perkhidmatan kepada orang ramai. Terutama di kalangan golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.

Senarai 6 jenis Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC), cara daftar Kad Diskaun 1Malaysia, gambar kad diskaun 1MDC, fungsi, kegunaan, kelebihan guna kad Diskaun 1Malaysia (1MDC)
Nikmati diskaun harga barang di kedai dengan Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC)

Senarai 6 Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC)
1. Kad Skuad Pengguna
2. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
3. Kad Privilege 1Malaysia (1MPC)
4. Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
5. Kad Pesara Kerajaan Malaysia
6. Kad Bekas Tentera (KBT)

Menerusi Kad Skuad Pengguna, pemegang hanya perlu tunjukkan kad untuk mendapatkan keistimewaan ketika berbelanja selain sukarelawan dalam menyalurkan maklumat salah laku perniagaan seperti kenaikan harga barang.

KADS1M diwujudkan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan siswa di Universiti Awam (UA) dan swasta seluruh negara. 1MPC pula menyediakan diskaun dan potongan harga kepada seramai 242,000 polis serta tentera yang sedang berkhidmat.

Kad OKU, pemegangnya akan mendapat banyak manfaat termasuk pengecualian bayaran di hospital, cukai jalan dan kemudahan daripada Telekom Malaysia, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) serta banyak lagi.

Kad Bekas Tentera (KBT), pesara boleh menikmati diskaun daripada rakan niaga yang mengambil bahagian dan kemudahan perubatan di klinik atau hospital kerajaan. Juga mendapat rawatan percuma di klinik dan hospital kerajaan.

Kelebihan Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC)
Dapat menikmati faedah potongan harga antara 10 hingga 40 peratus barangan dan perkhidmatan terpilih seluruh Malaysia tertakluk kepada syarat dan terma. Diskaun juga diberikan untuk alat tulis, buku, pakaian, makanan, minuman, pengangkutan, penginapan, optometri, automotif dan peruncitan. Juga, ianya meringankan beban kos sara hidup pengguna masa kini.

Cara Daftar Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC)
Pengguna berusia 17 tahun ke atas sudah boleh mendaftar sebagai pemegang kad 1MDC. Daftar di ibu pejabat, cawangan KPDNKK berdekatan atau boleh juga mendaftar dengan melayari laman web KPDNKK.

Yang layak memiliki Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) ni, apa kata daftar sekarang. Peluang menikmati hidangan diskaun tu. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

Kad siswa dh expired.. jemput join GA kad raya nina