Senarai Juadah Berbuka Puasa Beli Di Bazaar Ramadhan

Pergi Membeli-Belah Kat Bazaar Ramadhan Kali Ke 2
Semalam, aku bersama hb dan adik aku pergi shopping kat bazaar Ramadhan Mukah. Ni kali ke 2 kita orang menjejak kaki kat bazaar Ramadhan. Seronoknya tengok orang ramai jinjing beg plastik masing-masing. Meriah dengan orang ramai yang lalu lalang. Meriah dengan asap panggang dari gerai bazaar Ramadhan.

 Siapa Pergi Bazaar Ramadhan Hari Ni? gambar bazaar ramadhan

Memandangkan kita orang jarang keluar. Al maklum la, Bandar Mukah tu jauh dari kediaman kami. Sekitar 1 jam 20 minit baru sampai. So, jarang la nak keluar. Keluar 2 minggu sekali je. Jimat minyak. Jimat perbelanjaan. Tapi…sekali dapat keluar..nah..sampai kempes wallet kami. Hahaha..

Antara juadah berbuka puasa yang kami beli kat bazaar Ramadhan super duper menggoda tu:
Nasi briyani kambing RM9
Nasi ayam dara goreng berempah RM9x2
ABC RM2x2
Air tebu RM5
Kuih losong RM1
Kuih bongkol/ jongkong RM1
Nasi lemak RM1x2
Sate ayam/ daging RM10
Rojak tambi RM3
Sayur campur RM3

Total? Semuanya sekitar RM56. Errrr besar betul belanja kami kat bazaar Ramadhan. Kos tu sama besar dengan berbuka puasa kat KFC hari Sabtu yang lepas. Lebih kurang je. Cuma kat bazaar tu, ada pelbagai juadah kuih muih dan makanan dibeli.

Korang belanja kat bazaar, berapa kos yang korang belanjakan? Tengok makanan kat bazaar, semua nampak sedap. Menggoda sungguh!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

Gi Bazaar Ramadhan kat Putrajaya , pusing habis tapi tak tahu nak beli n berbuka dengan apa. HaHa.. Seronok tengok orang membeli je lebih.

assalamualaikum
hr nie bz skit x sempat BW ..
singgah kejap je

Senarai makanan di bazaar tu memang cukup menggoda!