Aktiviti Hujung Minggu: Buat Biskut Raya

Sabtu dan Ahad lepas, aku, hb dan adik aku busy kat dapur buat biskut. Cun pulak time tu cuaca mendung berserta tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Syok ar. Terasa sejuk kat dapur. Terus hati aku bersemangat nak buat biskut raya.

Resepi Biskut Makmur sedap dan mudah, gambar Biskut Makmur, resepi biskut terbaru 2015, resepi kuih muih ramadhan 2015, cara membuat Biskut Makmur lembut dan sedap
Sabtu tu, kita orang sempat siapkan biskut makmur, popia berintikan daging serunding dan biskut susu jagung. Ahad tu pulak, buat biskut buah rotan. Punya la lama nak gentel doh tu jadi bulat-bulat kecil. Terasa penatnya di dapur.

Biasanya, biskut raya ni setiap tahun aku tak buat. Malas punya pasal. Leceh nak buat. Aku lebih suka buat kek daripada buat biskut. Sebab kek bagi aku, senang nak buat. Hasilnya lebih memuaskan. Biskut ni, ambik masa nak buat, uli jadi adunan comel-comel, lepas tu hasilnya kengkadang menjadi, kengkadang tak menjadi. Frust tau. So, kek la yang jadi pilihan hati aku setiap tahun.

Memandangkan adik aku menemani aku kat sini bulan Ramadhan tahun ni, so aku ada semangat kerajinan nak buat biskut.

Terjah koleksi resepi untuk Raya korang tahun ni: Resepi Kek & Biskut Raya 2015
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

Fuhh....!!! terliur eden melihat gambar biskut dalam entry awak...
Hehehehe...x sabar nak beraya....

kita weekend nih baru nak merajinkan diri buat kuih raya. hihihh