Usia
kehamilan aku dah capai 37 minggu, alhamdulillah. Merasai pengalaman mengandung
adalah sesuatu yang terindah. Hari ni..Jumaat merupakan tarikh temujanji aku dengan
misi kat Klinik Kesihatan Desa.
Untuk
check up kat klinik, prosedur yang dijalankan kat aku macam biasa. Ambik berat
badan, buat ujian air kencing untuk uji kandungan protein, gula. Ambik bacaan
tekanan darah, denyutan jantung baby. Then, ada beberapa tips dan nasihat pasal
penjagaan baby.
Senang
buat check up kat klinik kesihatan desa, sebab tak ramai orang. Tak perlu
beratur lama menunggu giliran. Kalau pergi kat hospital / klinik kesihatan ibu
dan anak kat Bandar tu, huhuhu..ramainya orang! Tunggu giliran..siap boleh
tidur lagi.
Minggu
lepas, di usia kandungan aku mencecah 36 minggu, berat baby aku adalah 3kg.
Doktor kata baby besar. Risau gak. Makan pun dah control sekarang ni, tak
berani makan benda manis-manis.
Hari
ni, 37 minggu, tarikh temujanji dnegan misi pulak. Minggu 36, 37, 38, 39 hingga
40 setiap minggu kena ada temujanji dengan misi kat klinik. Moga diberi
kesihatan yang baik buat diriku dan juga baby. Excited nak tunggu baby keluar.
Hikhikhik..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
wah dah x lama due ye..semoga awak n baby sihat ye. rindu nak mengandung lagi.hehe
wahh... dah x lama dah tu.. baby first sy dulu, masa 36 minggu dah selamat dilahirkan.
Alhamdulillah..moga Allah permudahkan semuanya..
YEAAA X LAMA DH TU..SEMOGA DIPERMUDAHKAN