7 Amalan Ketika Menjelangnya Hari Raya Puasa

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam sedunia. Mengikut perkiraan kalendar, 17 Julai 2015 merupakan tarikh keramat tibanya hari lebaran tahun ni. Nak tahu amalan yang sangat-sangat digalakkan untuk kita lakukan ketika tibanya Hari Raya Puasa? Jom baca:

7 Amalan Ketika Menjelangnya Hari Raya Puasa Aidilfitri
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya aidilfitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan takbir
Seharusnya umat Islam jangan terlalu sibuk dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang mengalunkan takbir. Takbir merupakan syiar Islam selain kalimah takbir yang dibenci oleh syaitan.

7 Amalan Ketika Menjelangnya Hari Raya Puasa Aidilfitri 2015, Idul Fitri, amalan sunat hari raya, perkara digalakkan buat di hari raya

4) Mendoakan kebaikan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

5) Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal.

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim
Nabi pernah bersabda :
Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sumber: Amalan Hari Raya

Moga bermanfaat buat semua. Sambil menyambut lebaran, sama-sama kita amalkan 7 Amalan Di Hari Raya seperti dinyatakan di atas. Salam Syawal :) SELAMAT HARI RAYA!!!!!

20 comments

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

sayu hati dengar tadbir dipagi raya. Selamat hari Raya kak ^^

nice share..
salam aidilfitri...

Assalammualaikum... yumida,

selamat hari raya . Maaf zahir dan batin. Maaf andai ada tersalah bahasa sepanjang berblog ...

mselim3

http://bungalovexx.blogspot.com/2015/08/jom-review-blog-edisi-kedua.html
hi Fara buat review blog ni atas penghargaan dah join segmen fara sebelom ni

hi sis yumida. Lamak sik singgah. Lambat wish kmk tok. Selamat hari raya sis. Hehehe..
http://luarteko.blogspot.com/


Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

jalan jalan tengok blog jom
happy blogging sis
JOM FOLLOW SAYA


EmoticonEmoticon