Mine Home Cihampelas Hotel

Atas permintaan kawan2 yang bertanyakan tentang hotel yang kami duduk masa di Bandung, kat sini aku review sedikit pasal hotel ni. Hotel ni terletak di Jalan Bapa Husen Dalam, No 10 Cihampelas. Pemilik hotel ni namanya Chepy. Dulu Chepy ni adalah seorang supir. Sekarang dah jadi tauke hotel. Dah ada 2 bangunan hotel. Yang satu lagi besar dari Mine Home ni. 

hotel di bandung, indonesia
Dari luar...Mine Home Cihampelas Hotel

Mine Home Cihampelas Hotel
Bilik Mine Home Cihampelas Hotel

Mine Home Cihampelas Hotel
Bilik Mine Home Cihampelas Hotel

Bilik mesyuarat atau bilik seminar di Mine Home Cihampelas Hotel

Hotel ni terletak betul2 bersebelahan dengan Amaris Hotel. Kalau nak diukur dengan saiznya, Mine Home ni jauh lebih kecil dibandingkan dengan Amaris Hotel. Mine Home ni sesuai untuk korang yang mencari hotel murah dan selesa. Walaupun kecil, fasilitinya lengkap seakan2 hotel bertaraf 3 bintang. Ia dilengkapi dengan 24 jam wifi, aircond, kafeteria, air panas, tv kabel satelit, bilik mesyuarat, kaunter 24 jam, dobi, spa dan perkhidmatan fax machine. Semuanya lengkap. Pakejnya pula termasuk dengan free sarapan pagi.

Mine Home Cihampelas Hotel
Spa di Mine Home Cihampelas Hotel

Bagi korang yang tak bawa universal adapter, korang boleh pinjam kat kaunter. Soket kat sini berlainan dengan Malaysia. Percuma je pinjam tu. Selain tu, kalau korang nak timbang barang before ke airport tu, kat sini pun diaorang ada sediakan. Yelah, mana tau terlebih berat ke. Tak pasal2 kena charge kat airport.

Mine Home Cihampelas Hotel
Tangga ke tingkat 2

Hotel ni dua tingkat je. Ada 21 buah bilik. Kalau korang nak ke sini, booking awal2. Harganya pula bergantung dengan bilik yang korang pilih. Kadar sewa 1 malam di Mine Home Cihampelas Hotel:

Superior single Rp 275,000
Superior double Rp 300,000
Deluxe Rp 325,800
Deluxe twin Rp 325,000

pekerja mine home
Pekerja Mine Home Cihampelas Hotel yang ramah

Dari segi kebersihan pula, memang bersih, kemas dan selesa. Pekerjanya ramah, jujur dan ringan tulang. Korang tak perlu risau dengan keselamatan barang korang. Memang terjamin. Memang berbaloi la menginap di sini.

Mine Home Cihampelas Hotel





Kafe di Mine Home Cihampelas Hotel

Untuk ke Cihampelas Walk (Ciwalk ), hanya mengambil masa kira2 10 minit berjalan kaki. Senang untuk korang yang kaki jalan tu. Tak payah nak guna teksi ke Ciwalk. Untuk lebih lanjut, layari laman facebook: Mine Home Cihampelas Hotel. Ataupun boleh wassup terus pemilik hotel, Mr. Chepy. No nya, +6281322511883. Korang boleh juga tengok dalam Agoda.com atau Booking.com.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

16 comments

Ok juak rupa hotel tok..

menarik jugak hotelnya..boleh la bagi yg mmg bajet ke sana..

boleh tahan jugak hotelnya,cantik2 :D

cantik warna warni i like..:)

walaupun hotel bajet tapi facilities dia not bad (Y)

salam. wahh..nampak best dan menarik tempat ni :)

Assalammualaikum...yumida,

boleh tahan cantik gak hotel nie... mesti best. mselim3 xder pengalaman gi bandung... :)

mselim3

owh...ini kat bandung ke??apa perasan gak hotel ini dulu..tapi xde plak check in sini..hehehe

Regards,
-Strider-

Menarik & cantik... best.. :)

memang superb ler hotel nie.....

comel laa kaler hotel ni =D