Khabar angin harga petrol RON95 bakal naik?

Pssst! Ada khabar angin mengatakan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat ni. Khabar angin ni telah tersebar luas di media sosial. Sedang hangat diperkatakan. Malah mendengarnya sahaja cukup menggeruni diriku. Adakah minyak petrol bakal naik dan naik lagi?

Khabar angin harga petrol RON95 bakal naik?, petrol ron95 naik 20sen

Untuk mengetahui kesahihan cerita ini, kita ikuti temubual pihak wartawan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kerajaan akan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing sebanyak 10 sen dan 15 sen seperti yang tersebar di laman-laman sosial sejak semalam.

Masihkah korang ingat? Tanggal 3 September 2013 yang lepas, harga bahan api iaitu Minyak Diesel & RON95 Naik 20 sen. Ini menjadikan harga minyak RON95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Pastinya ada yang ingin tahu punca kenaikan harga minyak ni. Baca artikel ini untuk mengetahui Sebab Kenaikan Harga Minyak.


Berikutan itu, beliau menegaskan, harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10. Fuh lega..alhamdulillah..

24 comments

Kalau naik kita pun tak boleh nk buat pape kan...

Kalau naik kita pun tak boleh nk buat pape kan...

minta lah sgt jgn naik lagi

20 tahun akan datang, RM10 hanyalah setitik jak. Ada kemungkinan, sik mustahil jadi cam ya.. hmm

1st sekali jangan dengar kabar angin. sejak seminggu yang lalu rimas bila org bising2 kata harga minyak nak naik lagi...baru sat tadi terbaca kat blog biskutcelup kata, harga minyak kat Jepun hampir 5 hinggit seliter.

kalau naik lagi ,alamat naik basikal pulak lah haha.

Really hope betul la, naik 20sen pun masih terasa lagi ni, huhuhu

nasib baik.....kasihanlah kita...dah isi tabung anda.

Kna lbh berjimat cermat lepas ni...

Yg Elih baca mmg tak akan naik skrg tapi 'dijangkakan' akan naik...sbb kerajaan nak kurangkan subsidi, maksudnya harga asal tu akan naik...

Duk umh je la cmni...jimat..hehe

www.cahayacinta.com
ha naik lagi ah mmg akan naik punya kan huaaaa

apa nak dikatakan lagi kalau dah naik... mengisi tabung yumida.. :)

heheheheh...sabar ...

jangan lah naik lagi harga minya tu..alamaknya x pergi kelas lah fizi huhu:)
Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

huhu seb bek tak naik..kalau naik jugak aiseh xtau nk kata pa..

harap2 x btul lah.huhu kalo betul pun nk marah x guna,kita tetap kena guna kan..huhu

nasib baik tak jadi.. buat masa ni la kan.. masa depan nanti la kot naik.. huhu..

syukurlah dah tak naik.. kalau tak memang terasa juga.. akak klik 3 tabung yumida.. :D

khabar angin je kan.. so xtau sahih atau x.. tunggu dan lihat pulak di masa akan dtg ye yumida..ngeee

Assalamualaikum yangg, aduhai hati.. sabor lah dengar petrol nak naik lagi. walaupun 10sen kan.. mesti naik semua barang :(
*sedekah klik untuk kamu

xseronok la minyak naik tapi gaji stuck kt situ jgk. BRIM plak dh la xlyk. adoih

Kalau semua naik, apa guna kenaikan gaji seolah-olah ringgit itu dah tak bernilai.


EmoticonEmoticon