As salam buat rakan pembaca,
7 September 2013...Hari ini kita telah dikejutkan dengan pemergian
seorang pelakon veteran iaitu Maimon Mutalib. Allahyarhamah meninggal
dunia pada pukul 2.30 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.
Seperti yang
diwar-warkan sebelum ini, Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada tahun lepas iaitu 2012. Pertama
kali mendengar berita ni, memang berasa agak terkejut. Seperti yang kita selalu
lihat di kaca tv pada tahun lepas, Allahyarhamah agak aktif dalam bidang
lakonan. Tup-tup dikejutkan dengan khabar sebegini rupa. Salam takziah buat
keluarga Allahyarhamah.
Pelakon drama dan
filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34,
Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang
kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
Allahyarhamah pernah membintangi filem antaranya Qabil Khushry Qabil
Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan
Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.
Sama-sama kita
sedekahkan al-fatihah buat Allahyarhamah Maimon Mutalib. Moga ditempatkan
bersama-sama orang beriman. Aamiin.
14 comments
Nampak sihat jak sblm tok.. alfatihah.. semoga arwah ditempatkan bsama2 org beriman.. amin
Innalillah...
al-fatihah...
lakonan dia semua best2. ermm takziah utk keluarga, innalillah :(
Innalillah...baru akak tahu..
Al-Fatihah.
al-fatihah.....
Al-Fatihah buat arwah.
Inalillahiwainnaillahirojiun
innalillahiwainnailaihirajuin....dari Nya kita dtg, kpd Nya kita kembali.
Al-Fatihah..
Al-fatihah...
Arwah memang ada sakit barahkan...
Al-Fatihah..
lakonannya dia sgt berkesan kan.. suka tgk arwah bawak watak jahat.. AL-FATIHAH...
EmoticonEmoticon