As salam
buat rakan pembaca,
Alhamdulillah,
hari ni dapat lagi CPUV dari Nuffnang.
Foton MY Roadshow Campaign... :
Alhamdulillah...syukur..
See, masih
berbaki RM0.00 lagi. Jemput
rakan-rakan sekalian menderma tabung Nuffnangku sekitar blog ni kalau sudi.
Ngeeee :) TQ :)
Berbalik
kepada topik kita hari ni. Bagaimana cara mendapatkan CPUV dari Nuffnang? Sebelum
berbicara dengan lanjut, elok benar kalau kita memahami dahulu meaning CPUV tu → Maksud CPUV Dalam Nuffnang
Minggu
lepas aku mendapat pertanyaan daripada rakan blogger mengenai cara untuk mendapatkan
CPUV. So, akan ku sedaya upaya menghulurkan tangan..agar kita sama-sama merasai
kemanisan berCPUV.
Ye...dahulunya
aku jugak antara blogger yang tidak pernah mendapat CPUV! Then, aku mengambil
langkah drastik dengan membaca, memahami dan mengaplikasi apa yang aku baca.
Alhamdulillah, since hari tu, rezeki CPUV tak putus-putus kunjung tiba. Dengan
berNuffnang banyak manfaatnya! →
- Kelebihan Letak Iklan Nuffnang Di Blog. So, bawah ni aku kongsikan pengalaman aku dalam mendapatkan CPUV.
Tips Dapatkan CPUV dari Nuffnang
1. Pastikan
akaun Nuffnang korang berstatus glitterati. Lihat pada akaun Nuffnang korang.
Contohnya:
2. Letak
iklan di tempat yang disuggest oleh pihak Nuffnang. Ada 3 bentuk iklan. Letakkan ketiga-tiga
jenis iklan pada blog iaitu jenis Leaderboard (728 X 90),
jenis Skyscraper (160 X 300) dan juga jenis Large Rectangle (336 X
280). So, ketiga-tiga iklan ni mesti
berada di tempat yang betul dan tepat
sepertimana yang ditetapkan oleh pihak Nuffnang. Lihat cara meletak iklan
dengan betul: Letak Iklan Nuffnan...
Sebab apa kedudukan iklan
ni penting? Sebab advertiser nak iklan mereka dipromosi dengan baik. Di tempat
yang mudah dilihat oleh pembaca blog. Jika kedudukan iklan ni sukar dilihat,
ada kemungkinan blog kita tidak akan dipilih oleh advertiser.
3. Sentiasa
mengemaskini bio
profile dan menghantar survey. Semakin kerap kita mengupdate dan menghantar
survey, semakin tinggi peluang kita untuk mendapat CPUV Nuffnang nih. Sebabnya
pihak advertiser akan melihat ciri-ciri blog yang mereka nak dari survey ni.
Kalau survey tu tak ter-update, advertiser pun malu-malu nak pilih blog kita.
Hehe..
4. Bila dah buat semua perkara di
atas tu, hantar tiket kepada pihak Nuffnang. Tanya apa-apa soalan. Contoh:
“Adakah kedudukan iklan di blog saya tepat dan betul? Bagi membolehkan saya
mendapat CPUV”.
SEMOGA BERJAYA
Siapa yang memberi CPUV ni? Pihak Nuffnang atau advertiser???
Aku pernah
mengajukan persoalan ni pada pihak Nuffnang. Berikut merupakan jawapan mereka:
Haaa...see!
Advertiser berperanan memilih blog yang mereka rasakan cukup strategik untuk
mempromosi iklan mereka. That’s why kedudukan iklan tu penting. Blog yang telah
dipilih oleh advertiser, kemudiannya akan dipilih lagi oleh pihak Nuffnang.
Barulah kita mendapat CPUV.
Saranan
aku, jika korang ada pertanyaan hantarlah persoalan korang pada pihak Nuffnang.
Diorang ni peramah..kompom akan jawab pertanyaan korang dengan sebaiknya. Rajin-rajinlah
berinteraksi dengan mereka. Tanya itu ini..segala apa yang korang ingin tahu.
Lagi satu..bila korang rajin hantar
tiket pertanyaan...ada kemungkinan peluang
kita mendapat CPUV tu cerah. Sebab apa...bila kita selalu hantar tiket..mereka
akan perasan kewujudan blog kita. Haa...kan ianya merupakan satu bonus!
Harus diingat..ini pesanan pihak Nuffnang:
Pemilihan
blog adalah bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan
juga sangat bermusim. Oleh itu mungkin ada masa di mana tidak ada pengiklan
mencari kumpulan blog tertentu untuk sementara waktu. Pengiklan berhak menentukan
blog pilihan untuk mereka beriklan. Setiap blog akan bersaing dalam genre
masing-masing dan juga bersaing berdasarkan kedudukan demografik. Oleh
kerana terdapat lebih 100,000 blog dalam komuniti, jadi ianya tidak
menghairankan apabila kebanyakkan blog
tidak dipilih untuk mendapat CPUV
Nuffnang.
Usaha tangga kejayaan..pasti
berjaya!
Jangan jemu mempraktikkan tips
mendapatkan CPUV...Insha Allah, ianya akan membuahkan hasil → Nak Jana Income Melalui Blog? Jom Daftar Nuffnang
68 comments
nice sharing kak Yumida..
belum daftar lagi nuffnang nie...
hee shakira hari tu dapat, sekarang dah tak dapat dah..huhu
yumida.. sy trlupa psword nuff. email lama pon lupaa :( mcm mna eh?
nice sharing yumida, mama juga sentiasa membaca tips terkini berkenaan nuffnang... nak belajar lagi, maklumlah amount mama dalam akaun nuffnang masih ciput.. tapi mama bersyukur..
Macam tu ke..thanks atas perkongsian..InsyaAllah akan dipraktikkan..hihi..tahniah, semoga terus berjaya..:D
akak pun sllu juga skrg nie hantar tiket ke nuffnang..
@Syuhada Nasya lupa password nuffnang...solusinya:
pergi ke:
https://login.nuffnang.com/forgot_password.php?public_key=5fw41B7Cf9
masukkan email then tekan send new password
check kat email nanti...Insha Allah..dapat la password baru
kalau lupa email tu yumida x tahu sangat..hehe
rakan2...ada yg boleh bantu??? berikan pendapat...thanks :)
nice sharing =) nk try la..hoho
mm nice sharing. thanks yumida
Thanks sbb sudi sharing, kita blm pernah ada rezeki lg..
Sama la kita lum ada rezeki
tq sharing... meh kita bg adiah isik tabung nuffie :))
thnks
Patutla solehah xdpt CPUV. Rupanya Solehah jarang update survey.haha
Wahh, tahniah kak, semoga terus maju, isi ttabung kak jugak . :)
Trima kasih info yg sgt brguna sis yumida..bru sebln lebih sy join nuffnang..pihak nuffnang sda bgi sy gliterati.tpi cpuv blm da lgi..akan sy tingktkn usaha lgi supya pihak nuffnang taw kewujudan blog sy..:-)
baru tau...okayh2..tengs sis...
Tq infoo ;)
Nampaknya Nuffnang semakin syang dgn anda...tahniah. Tapi apa yg saya perasan la, iklan CPUV sering tidak muncul...klik iklan lain la ye...
Terbaiklah Yumida, kitk dah otai CPUV skrg hee...keep it up! berbaloi dgn Nuff..
TQ for the info...dapat lagi tambah info pasal BE/CPUV ni :)
feewwiit...!dapat CPUV lagi..tahniahh...
apapun, nice sharing yumida.. :)
Asssalammualikum...yumida,
mselim3 setuju dengan entry nie,,,
pemilihan cpuv adalah tertakluk kepada pengiklan... dan persaingan dengan bloger2 lain yg mempunyai genre tersendiri.. pape pun bergantung pada rezeki... nampak nyer yumida adalah pesaing mselim3 hehehe... x per antara kita mempunyai pengikut tersendiri... sebab tu mselim3 suka link exchange dengan yumida...
mselim3
pls: moga tips2 ini dapat menolong blogger lain, bagaimana cara nak dapat cpuv...amin.
assalamualaikum yumida....menarik tips ni moga akan lebih bertambah CPUV blog kita nanti...;)
thanks for the tips..^^
untungnya Yumida selalu dapat cpuv..lepasni boleh lah cuba tips ni :)
wah bestlah baca tips sis.kak lea still lemah bab2 iklan ni,huhu...
Yg lain ana dh wat..kecuali htr tiket ptanyaan tu x pnh wat hehe.ok phni blh cuba laa tips tu..tq yumida.very good sharing..:-)
cikna pernah dapat 3 cpuv.. dah lama dah.. tp baru disedari sbb mmg dah lama tak bukak nuffnang.. tp earning sikit je.. wuuu..
klik2 save22.. ;)
Macam yumida cakap kena selalu update survey.. :)
Nuff ini 'kedekut' cikit, kena sabar banyak. hehe
thanks...moga bertambah rezeki...dah klik untuk isi tabung.
Blog Mieya dah lama kemarau CPUV. Takpe22. Kita kasi 'chance' dekat blogger lain untuk merasa. :)
nice sharing kak =) opss..umur berape ye?? he3..sgt2 berguna bg mereka yg bru dlam blog ni..terbaik la..mudah nk faham..
tahniah. makin bersemangat kan utk berblog.:)
terbaiklah kak..rasanya iklan fizi kat bawah tu kena baiki kedudukan dia kot...sebab tu susah nk dpt cpuv hihi :)
good sharing..yumida
wah best la dapat....nak cube la tips yg Yumida bg tu...
tenkiu for the tips.. sgt useful
mena ya, mok rajin update dgn anta tiket.. hehe..
yumi... ayu buat dah.. tp xdpt lg.. sob sob..
Saya dah menabung utk blog ni! jemput menabung lg di blog saya ya! Hahahaaa....
terima kasih atas penerangan yang jelas nie..sy pun sebelum nie tak amik tau pasal nuffnang..mungkin start next year sy bleh fokus kat nuffang berdasarkan tips yang diberi..
Regards,
-Strider-
oh...dah faham.. time kasih..patut la x pernah dpt.. time kasih yumida..
thanks for sharing this sis :). Ye, hantar tiket tu yang kenit paling lat nak buat hehe. Tu sebab la sampai sekarang susah ngat nak lekat cpuv.
nice sharing yumida.. isi semua 3 tabung nuffnang.. :D
good info ya
Entri Terkini Di Blog : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3
tips terbaik.. singgah tambah tabung nuffnag sini juga tq dear
dah lama tak update survey. ok, lps ni terus nak update. hihihi
baru tahu .. hehehehe
Dah ikut arahan semua..tp belum ada rezzki
Nice sharing... Mmg tepat skali ilmu nih... Bgus dan berkesan..
singgah sini..nice sharing. baru faham cara2 nk dptkan cpuv. rezeki tetap ada :)
tqvm sis..kathy ni mmg buta nuff..
Ai lah contoh org yg x penah dapat..hohoho
akan sy ikuti cara2 ni..thanks sharing Yumida :)
Nice sharing yumida.. meh nk support semua tabung..=D
good good. tqqq
info yg sangat berguna
nice tips utk deqla ni.. sbb deqla susah nk dpt cpuv.. tp antara sebabnya deqla xleh bkk nuffnang tu kat opis.. huhuhu.. pasrah je la.. ;(
Assalamualaikum. alhamdullilah. murah rezeki awak. bestnyaa dapat nuffnang! sheila pakai komli je. dah sedekah klik untuk hari ni yangggggg :)
betul tu...dulu Noey pun tertunggu-tunggu CPUV..lepas tu,alhamdulillah,berkat usaha merapatkan diri dgn nufnang,dapatla2,3 cpuv..;)
betul tu...dulu Noey pun tertunggu-tunggu CPUV..lepas tu,alhamdulillah,berkat usaha merapatkan diri dgn nufnang,dapatla2,3 cpuv..;)
Alhamdulillah kak yumida, dah pratik pon, hakim pon dapat juga iklan sama dengan kak yumida
nice sharing :) boleh guna ni
thanks for sharing..banyak ilmu baru ni
yess...finally dapat tips utk dptkan CPUV ni. tq sooo much! thx for sharing. >___<//
Perkongisan yg hebat untuk semua...saya da daftar nuffnang Yumida tpi xtau mcmna cara nak guna...
tq for sharing. lepas ni nak kena rajin anta tiket ke nuffnang la ;)
irsyahealthyhouse.blogspot.com
terima kasih
thank you very much kak yumida :)))
EmoticonEmoticon