Langit Biru Ciptaan Ilahi

Walaupun kita berada di lain-lain tempat. Di Malaysia, di Amerika, Palestin mahupun di India. Tanpa kita sedar hakikatnya, kita sebenarnya berdiri di bawah langit yang sama dan menghirup oksigen yang sama.
Pernah tak kita nampak sempadan ataupun garisan di atas permukaan langit ?
Tidak bukan. Tidak pernah seorang pun yang mengaku pernah melihat sempadan di atas langit biru ciptaan Ilahi. Tidak ada satu negara pun yang mampu katakan langit itu negara mereka punya dan langit ini negara jiran yang punya. 

Sajak hasil karya Dr. Lim Swee Tin

Di bawah langit yang sama
Kita hirupi udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala Lumpurku
Di bawah langit yang sama.
Aku suka gerimis di Kota London

Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya.

Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika

Kerana di bawah langit ini
Kita sama.

Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan

Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita - warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.

Peta-peta itu yang memisahkan

Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang sama. 



Oleh itu, wahai saudaraku sekalian janganlah sesekali kita memandang rendah pada orang lain. Jikalau kita berada dalam kesusahan, ingatlah bahawa saudara seagama kita turut berada dalam keadaan yang lagi payah dari kita.
Sesungguhnya Allah itu maha Melihat lagi Maha menyayangi.

 
Sumber: SINI

14 comments

cantiknya sume gambar tue. Saya tag awak :)

http://nynavsamyra.blogspot.com/2012/06/segmen-up-followers-blog-dan-twitter.html

Semuannya milik ALLAH..kita hanya menumpang..

betul, sye di bawah langit Terengganu.....

Salam Ida,,
Berbumbungkan langit yang sama, Lim Swee Tin mengabadikan sebuah sajak yang cukup indah untuk dirasai oleh semua yang membacanya. Dimana jua kaki melangkah, manusia sejagat itu bersaudara. Dan kita semua adalah hambaNYA.


Nice!!!

utara, selatan, timur dan barat kita tetap berada di satu langit yg sama..:)
Subahannallah...

Dibawah langit yg sama..dimana pn kte brpijak..

tak silap dia penah jadi cikgu sekolah saya masa dia study upm dulu

Nice sajak :D
slm perkenalan yumida dan thanks sbb klik says :D

mantaabb,, blogwalking yuuukk

kita susah org lain lagi susah..

langit cantikkkkkkkkk...

jgn lupe tgk langit esok. :)

Ya Allah, bestnya puisi ni! ;)


EmoticonEmoticon