Contest Header Paling Cun By Farain

KLIK BANNER UTK JOIN

*******************************************************************

Farain, terimalah header ku yg super cun, awesome n penuh santai ni.
Header saja? Of course la ada meaning di sebalik header ku yg comel lg gah ni.
Aku kongsikan rahsia lambang header ku pd mu Farain..hope ko jgn pecah rahsia tau..
Meh kita bisik2:

Header ku ini ialah hasil olahan dari tanganku sendiri. Pemilihan gambar wanita baring bersantai menandakan tema blog aku 'rileks' - juga seperti mana yang di lihat dalam header, "Blog Santai2 Jak". Yang mana blog aku menjerumus ke arah kehidupan peribadiku secara umum, perkongsian tips/ pesanan/ nasihat dan juga mesej peringatan yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca. Kepelbagaian yang disatukan dalam blog ini diterangkan melalui 'background' YUMIDA - yang mana diwakili gambar mini: muzik, buah-buahan, tumbuhan hijau, bintang, bunga, buih-buih dan pelangi. Ia seakan-akan harmoni - yang hidup menerusi blog ku ini. Membuat penilaian terhadap tingkah laku manusia melalui pemerhatian ku agar pembaca tahu pemisahan antara sikap yang harus dijauhi dan dicontohi. Ini ditunjukkan dalam gambar header ku (wanita menulis nota) - Ku catat segala apa yang berlaku, agar ilham dapat diluahkan menerusi blog. Trademark blog ku ialah gambar wajah di sebelah kanan yang mana aku jadikan juga sebagai gambar profile. Amat mudah mengenaliku menerusi gambar trademark ini. Pemilihan font Bauhaus93, saiz 100, apply outline (black)- thickness 20, apply shadow (white) - menonjolkan lagi nama blog YUMIDA.


Tamat: 16 Jun 2012

Korang2 semua..jom la join sama!
Ade byk hadiah menanti tau..




1 comments so far


EmoticonEmoticon