Cashout Nuffnang! Menabung + Menyimpan + Melabur

30 Disember 2014, tarikh aku cashout hasil pendapatan beriklan bersama Nuffnang. Alhamdulillah, syukur.. Kumpul3x, akhirnya menjadi bukit. Dengan terujanya, semalam aku cashout earning Nuffnang.

Cashout earning Nuffnang disember 2014, hasil pendapatan berblog untuk menabung, menyimpan wang, melabur, kepentingan menyimpan wang, iklan blog Nuffnang dan Geniee SSP 
Cashout Nuffnang bernilai RMxxx.xx
Cashout kali ke-6

Cashout earning Nuffnang, hasil pendapatan berblog untuk menabung, menyimpan wang, melabur, kepentingan menyimpan wang, iklan blog Nuffnang dan Geniee SSP
Earning Nuffnang selepas cashout tinggal RM0.00

Sebelum-sebelum ni, aku ada story nak gunakan hasil duit blogging ni untuk beli Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN. Ya, matlamat tu masih aku teruskan untuk hasil cashout kali ni. Takmo dah nak buang duit beli benda tak berfaedah. Takmo lagi terkejar-kejar nak beli gajet. Yang akhirnya aku rasakan suatu pembaziran. Benda dah mencukupi segala, better wang digunakan untuk kegunaan masa depan. Menabung. Menyimpan. Melabur.

Musibah bencana alam (banjir) buat aku berfikir kepentingan menyimpan wang
Macam yang kita tengok di kaca tv, betapa kesiannya pada keluarga yang menghadapi musibah banjir. Habis segala barangan rumah musnah, barangan elektrik, kereta. Betapa besarnya kerugian yang ditanggung oleh mereka. Aku membayangkan, betapa sukarnya mereka mengumpul wang kembali untuk membangunkan rumah, membeli barangan rumah yang dah musnah akibat banjir. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Sama-sama kita amalkan hidup secara bersederhana. Belajar untuk membuat simpanan wang untuk kegunaan masa hadapan.

Jika ada rezeki lebihan, hulurkanlah sumbangan bantuan buat masa banjir. Tidak kira sama ada jumlah yang banyak atau sedikit, hulurkan sumbangan dengan ikhlas. Tanpa perlu tangan kiri mengetahui apa yang tangan kanan kita lakukan. Moga niat murni kita diberkati olehNya.

Beriklan bersama Nuffnang adalah paling mudah
Terima kasih pihak Nuffnang sebab masuk kali ni dah kali ke-6 aku cashout earning  Nuffnang. Cara beriklan yang santai. CPUV banyak membantu aku menjana pulangan lumayan. Walaupun sebelum ni status aku menjadi non-glitterati gara-gara aku meletakkan iklan pesaing mereka iaitu Innity. Earning CPC menjadi rendah dari 25 sen per-klik menjadi 15 sen je. Dalam tempoh seminggu tu.. aku berstatus non-glitterati. Then bila aku dah remove iklan Innity, baru status glitterati aku dikembalikan. Berdesup-desup aliran earning meningkat naik. Alhamdulillah..

Sekarang ni, aku hanya menggunakan pengiklanan Nuffnang dan Geniee SSP. Iklan Geniee pun boleh tahan. Alhamdulillah, so far ia tak jejaskan status glitterati. Korang berminat nak apply iklan Geniee? Boleh baca kat sini: Cara Daftar & Sign Up Iklan Geniee SSP

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

16 comments

tahniah banyak rezeki tu syukur alhamdulillah...kak jg sdg tertunggu-tunggu cek nuffnang yg di cashout sebelum raya puasa dulu...

syukur alhamdulillah yumida :)
PG nampaknya, bawa ke tahun hadapan la earning nuffy tu. biar duduk sana je. da membukit sikit, barulah niat nak bagi keluar :)

Tahniahhhh.. wahhh murah rezeki :)

wow..3 angka. bestnya, rezeki penutup 2014

tahniah kak, dah kali ke-6 tu casout..
menabung is awesome.. :D

Assalamualaikum yumida. alhamdullilah murah rezeki awak. sheila punya takleh nak cashout la. boleh tak sheila pm nak tanya yumida kat fb?

tahniah Yumida.. semoga makin murah rezeki Yumida.. akak nyer belum lagi cashout.. yelah masih dua angka.. ntah bila nak cecah 3 angka pun tak pasti.. harap boleh menyimpan banyak2 untuk kegunaan di masa hadapan..

amin murah rezeki yumida tahun depan

Assalammualaikum... yumida,

moga rezeki berblog Yumida semakin bertambah.. tahniah untuk Yumida. Thanks atas perkongsian pasal nuffnang kat sini.

mselim3

wah, banyak tu sampai 6 kali.. ^^ Tahniah dan thanks sebab sharing :D

Hai Kak .. Suka baca kisah nuffnang akak nie. Lagi2 yang iklan blogbuster itu hari. Semoga tahun 2015 nanti akan dimurahkan rezeki lagi. inshaallah.. :")

semoga lebih banyak rezeki masuk selepas ini.

sama la..akak pun masih kekal dengan Ginie dan Nuffnang..pengalaman akak dua ni memang duit laju naik dan nuffnang mudah nak cashout.

aah blh pm. inshaallah mana tahu blh membantu