Facing Up To Fazura Saluran 712

Nur Fazura artis terkenal Malaysia kini tampil dalam program bersiri tv iaitu Facing Up To Fazura. Dalam program Facing Up To Fazura ni akan didedahkan kisah kehidupan Nur Fazura menjalani kehidupan sebagai selebriti, cara bagaimana Fazura menjalankan perniagaan di samping jadualnya yang bergelar pelakon dan penyanyi. Aku dah pun tengok Facing Up To Fazura episod 1 dan 2, khabarnya program bersiri ni ada 5 episod semuanya.

program realiti tv bersiri Nur Fazura Facing Up To Fazura, kontroversi Nur Fazura, pergaduhan kasut tumit tinggi Fazura, biodata Nur Fazura, Nur Fazura juri Maharaja Lawak Mega MLM 2014, gambar Nur Fazura

Sebut je nama Nur Fazura, rasanya semua orang mengenali Fazura. Berwajah cantik, gigi putih bersih, senyumannya manis menggoda jiwa, pandai berfesyen. Fazura memang sweet orangnya! Sungguhpun begitu nama Nur Fazura memang tak lekang dengan kontroversi. Pernah dengar pasal pergaduhan kasut tumit tinggi? Haaa…kisahnya ada didedahkan menerusi Facing Up To Fazura episod 1.

Beruntung sangat Nur Fazura ditawarkan program bersiri realiti televisyen ni. Boleh promosi dan kembangkan bisnes Fazura merata dunia. Famous tu masuk dalam tv! Dalam rancangan E! News lagi tu. Saluran 712 memang sentiasa hot jadi perhatian. Antara kisah artis yang pernah disiarkan dalam program realiti tv saluran 712 ni seperti Keeping Up With The Khardashians, It Takes Gutz to be a Gutierrez, Giuliana & Bill, Big Rich Texas dan banyak lagi dan yang terkini istimewa dari Malaysia: Facing Up To Fazura.

Masa mula-mula Facing Up To Fazura ni disiarkan ramai yang mengkritik cara pemakaian Nur Fazura begitu seksi. Memakai skirt yang begitu singkat dan pendek. Malah Fazura juga pernah ditemubual oleh Pak Nil dalam rancangan Apa Kata Malaysia baru-baru ni. Berkenaan kritikan penonton pada program tv Facing Up To Fazura, tapi…tak sempat pulak aku dengar jawapannya. Pasal time tu aku tukar channel lain. Huahuahua… Apa pun moga Fazura sukses dengan apa yang dilakukannya. Buat pembaca sekalian, ingin tahu kisah peribadi Nur Fazura didedahkan, meh sama-sama tonton Facing Up To Fazura. Jangan lupa saluran 712 tau.

Nak tahu pasal Fazura lagi dan lagi? Jom baca:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments