Sinopsis Eksperimen Cinta

Sinopsis Novel Eksperimen Cinta
Eksperimen Cinta mengisahkan tentang pertemuan Tengku Aaron dan Damia. Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? Menarik sinopsis Eksperimen Cinta ni. Yang pastinya mesti penghujungnya mereka bakal bersatu kembali. Masing-masing menaruh perasaan.

Sinopsis Eksperimen Cinta, Gambar novel Eksperimen Cinta, Penulis novel Eksperimen Cinta: Anjell, novel terlaris 2014, novel popular tahun 2014, novel terbaik, Harga novel Eksperimen Cinta: RM30
Inilah gambar novel Eksperimen Cinta
Penulis novel Eksperimen Cinta: Anjell
Harga novel Eksperimen Cinta: RM30.00

Novel Eksperimen Cinta merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Apa yang menariknya, novel Eksperimen Cinta diangkat menjadi drama TV3. Sama-sama kita saksikan drama Eksperimen Cinta nanti di kaca tv. Sambil tu, apa kata..jom dapatkan novel Eksperimen Cinta di pasaran!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

Kenapalah asyik kisah cinta jer...tak mengembangkan minda. Pandangan saya lah, slot drama kat tv3 ni wajar dihentikan sahaja.