Sinopsis Sinetron Kutunggu Kau Di Pasar Minggu

Sinopsis Sinetron Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Kutunggu Kau Di Pasar Minggu mengisahkan hubungan istimewa antara Niki (Nikita Willy) dan Gio Gardian (Gio Abraham) yang terpaksa dirahsiakan. Niki, seorang gadis yang baik dan rajin membantu ayahnya menguruskan perniagaan menjual buah-buahan. Warung Buah Seger Bener merupakan warung milik keluarga Niki. Baba (H. Jaja Miharja), adalah ayah Niki, bekerja keras mengembangkan warung buahnya hingga berjaya menyewa di tapak Pasar Minggu.

Niki tinggal bersama ayah, ibunya Umi (Cut Mini), dan Nona (Winona Willy). Dalam keluarga, Niki sering dipuji dek sikapnya yang ringan tulang membantu ibu dan ayahnya. Sikap Niki dan adiknya Nona begitu berbeza! Nona mempunyai minat yang mendalam terhadap artis. Dia begitu meminati penyanyi popular iaitu Gio Gardian. Melihat kelincahan Nona menari-nari di depan televisyen, Niki hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Mendengar khabar penyanyi Gio Gardian bakal membuat persembahan di Pasar Minggu Square, Nona meminta izin dari ayahnya untuk tidak hadir ke sekolah. Namun hajat Nona ditentang keras oleh ayahnya.

Melihat Nona dalam keadaan kesedihan, Niki membuat perjanjian dengan Nona untuk mengambil gambar ketika Gio Gardian membuat persembahan. Siapa sangka, pertemuan itu membuahkan bibit-bibit cinta antara Niki dan Gio Gardian. Niki telah berjaya menangkap penculik yang ingin menangkap Gio Gardian. Melihat kebaikan hati Niki, ia membuatkan Gio Gardian jatuh hati terhadapnya.

Semenjak kejadian itu, Gio Gardian sering teringat akan Niki. Mas Jaka (Yadi Timo), pengurus Gio sering mengingatkan Gio untuk menjaga imejnya sebagai artis terkenal dan melupakan Niki. Perasaan Gio Gardian  terhadap Niki terlalu kuat, Gio memutuskan untuk menemui Niki yang ketika itu sedang berniaga di warung buahnya.

Gio Gardian sanggup menyamar menjadi pekerja Bang Madun semata-mata ingin mengenali Niki dan keluarganya dengan lebih dekat. Umi dan ayah Niki menerima Gio Gardian dengan hati terbuka. Bagi mereka, Gio Gardian merupakan pekerja yang rajin kepada Bang Madun.

Pada awalnya, Nona rasa curiga kerana wajah Gio Gardian mirip dengan penyanyi kesukaannya. Di rumah Niki, hati Gio tersentuh melihat kesungguhan umi dan ayah Niki mengasuh anak mereka. Di situ, Gio mendapat kasih sayang sebenar dari insan bergelar ibu dan ayah. Tidak sepertinya, walaupun lahir dalam keluarga yang berada namun dia kurang mendapat perhatian dari keluarganya. Ayah Gio (Anjasmara) merupakan usahawan berjaya dan ibunya pula (Moudy Wilhelmina) gemar bersosial.

Niki dan Gio Gardian saling mencintai. Kerana khuatir ayahnya menolak lelaki dicintainya, Niki memutuskan untuk merahsiakan hubungan mereka. Hanya sahabat karib Gio yang mengetahui hubungan mereka iaitu Rocky (Atiq Rahman) dan Dennis (Ade Surya Akbar).

Mas Jaka akhirnya berjaya membongkar kisah cinta mereka. Sebagai pengurus Gio, dia berusaha memisahakan mereka berdua. Baginya Niki tidak setaraf dan tidak layak bercinta dengan Gio!

Selepas rahsia mereka pecah, umi dan ayah Niki berasa marah kerana Niki sanggup membohongi mereka. Adakah Niki dan Gio dapat bersatu kembali? Selepas begitu banyak pertentangan di antara mereka? Saksikan segalanya menerusi sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu.

Pelakon Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu
Niki - Nikita Willy
Gio Gardian - Gio Abraham
Baba - H. Jaja Miharja
Umi - Cut Mini
 Nona - Winona Willy
Mas Jaka - Yadi Timo
Ayah Gio - Anjasmara)
Ibu Gio - Moudy Wilhelmina)
Rocky - Atiq Rahman
Dennis - Ade Surya Akbar

Original Sound Track OST Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu
OST Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Lagu: Lebih Dari Indah
Penyanyi: Nikita Willy

Lagu tema Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Lagu: Dance To Night
Penyanyi: Giorgino Abraham

Lagu latar Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Lagu: Mencintaimu
Penyanyi: Giorgino Abraham

Gambar Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu 
Sinopsis Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu, pelakon dan gambar Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu, original sound track, lagu tema, lagu latar, OST Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu, Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu TV9

Saksikan Sinetron Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 13.30 tengah hari
Saluran: TV9
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far