Bila Hati Berbicara Episod Akhir

Drama TV3 Bila Hati Berbicara Episod Akhir
Tania (Atikah Suhaimie) pergi membawa diri. Kehilangan Tania membuatkan Emir (Syafiq Kyle) rasa resah. Dia diserang rasa bersalah kerana sering mempermainkan hati isterinya. Keberadaan Tania hanya diketahui oleh Badri (Hafreez Adam). Puas Badri memujuk Tania agar segera kembali ke pangkuan suaminya, namun masih tersisa rajuk di hatinya. Kerana baginya, suaminya tidak pernah menunjukkan dirinya penting disisinya.

Mengetahui dirinya sedang dicari pihak polis, Taufik (Azwan Kombos) berasa tertekan. Taufik menekan minyak kereta sekuatnya dan terus melanggar Baby (Raja Ilya) yang ketika itu sedang melintasi jalan. Taufik puas dapat membalas dendam pada orang yang telah mempergunakannya.

Emir telah jatuh sakit. Badri diserang panik dan terus menghubungi Tania untuk memaklumkan Tania agar segera balik ke rumah. Ketika Tania sampai di rumah, Tania terdengar pertengkaran antara Emir dan Badri. Badri kecewa apabila Emir membuat permintaan yang tak masuk akal. Badri menasihati Emir untuk menghargai Tania. Emir sebak. Emir mengaku bahawa dirinya pernah mempermainkan hati Tania. Pengakuan Emir membuatkan hati Tania tersentuh. Hubungan Emir dan Tania kembali terjalin. –Tamat-

Bila Hati Berbicara episod akhir ni telah pun disiarkan pada 22 Disember 2014. Ending yang membahagiakan di kedua-dua pihak.

Pengajaran Episod Akhir Bila Hati Berbicara
-tunjukkan rasa kasih, rasa cinta pada orang yang kita cintai
-sentiasa membuat pengakuan maaf, jika benar kita berada di tempat yang salah
-berusaha memperbaiki hubungan yang retak
-fikir baik dan buruk, agar perbuatan kita tidak terbabas ke kancah jenayah

Pelakon yang telah menjayakan drama Bila Hati Berbicara bagi episod akhir:
Syafiq Kyle – Emir
Atikah Suhaimie – Tania
Hafreez Adam – Badri
Raja Ilya - Baby
Azwan Kombos – Taufik
Hanna Aqeela – Naiad
Lia Natalia – Mashitah
Emilie Haniff – Sapura
Idzham Ismail – Zaidi
Marissa Yasmin – Zahida
Erick Phua – Fay Yuen
Kismah Johar – Wan
Fadillah Mansor – Kak Tipah
Alex Yanz – Sabri
Kenji Sawahi - Yap

Bila Hati Berbicara episod terakhir, sinopsis episod terakhir Bila Hati Berbicara, gambar, pelakon, pengajaran drama Bila Hati Berbicara episod akhir, last episode, ending Bila Hati Berbicara, episod kemuncak Bila Hati Berbicara
Info berkaitan:

 Bila Hati Berbicara episod akhir
Drama Slot Akasia
Tarikh episod akhir Bila Hati Berbicara disiarkan: 22 Disember 2014
Hari: Isnin
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

bila tengok pelakon yang sebahagiannya dengan watak yang sama bagi drama lepas, keliru pulak... maklumlah sekrang ni dok layan cerita kartun dengan anak-anak dan jarang sangat dapat tengok drama Melayu...

Tak tengok episod akhir nih.. kalut2 semalam, terlupa nak layan..

mak kita je layan cerita nie haaaaaa

Ada sapa bole bgtau nama pelakon watak kamelia tu ke? Thx ;-)