Sinopsis Sinetron Cincin

Sinopsis Sinetron Cincin Drama Indonesia Saluran Astro Ria 104
Cincin mengisahkan sebuah persahabatan antara Airin, Jonah dan Satsa. Thea (Raslina Rasyidin) terpaksa meninggalkan Airin (Ririn Dwi Aryanti) di sebuah pusat asuhan. Sebelum berpisah, Thea memberikan sebentuk cincin kepada Airin sebagai tanda mereka akan bertemu kembali di masa akan datang.

Di pusat asuhan itu, Airin bertemu dengan Satsa (Chelsea Olivia Wijaya). Yang mana, Satsa juga salah seorang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Semenjak hari itu, hubungan Airin dan Satsa begitu rapat.

Di Jakarta, Aldo (Adjie Pangestu) telah mengalahkan pesaing perniagaannya iaitu Erik. Sering berlaku pertelingkahan antara Aldo dan Erik hingga menyebabkan Erik terbunuh. Liciknya Aldo, dia membuat kematian Erik seolah-olah disebabkan kemalangan.

Selepas Erik meninggal dunia, Aldo mendekati isteri Erik iaitu Tara (Hanna Hasyim). Tara merupakan bekas kekasih Aldo suatu ketika dahulu. Mengetahui suaminya telah berlaku curang, isteri Aldo berasa terlalu sedih hingga akhirnya menyebabkan dirinya jatuh sakit. Tidak lama selepas itu, isteri Aldo meninggal dunia.

Peluang keemasan itu diambil oleh Aldo untuk menikahi Tara. Selepas berkahwin dengan Aldo, Tara membawa anaknya iaitu Jonah (Baim Wong) untuk tinggal di rumah Aldo. Namun, kehadiran Tara dan Jonah amat di benci oleh anak-anak Aldo iaitu Levi (Dude Harlino) dan Renata (Aditya Putri). Bagi mereka, Tara lah yang menyebabkan kematian ibu mereka. Malahan ibu mertua Aldo iaitu Citra (Tetty Liz Indriati) memutuskan untuk meninggalkan rumah itu kerana tidak dapat menerima Tara sebagai pengganti anaknya.

Suatu hari, Aldo telah membawa seluruh ahli keluarganya untuk menyambut ulang tahun kelahiran Jonah di pusat asuhan. Di situlah, Jonah bertemu dengan Airin dan Sasta. Perkenalan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam antara Jonah dan Airin.

Selepas beberapa tahun, Airin akhirnya memutuskan untuk berpindah ke Jakarta. Sebelum Airin meninggalkan pusat asuhan, dia telah memberikan cincin peninggalan ibunya kepada Sasta.

Airin bekerja di kedai menjual kaset. Pada suatu hari, ada seorang gadis telah mencuri kaset di tempat Airin bekerja. Airin bertindak mengejar pencuri itu. Selepas berjaya menangkap pencuri itu, Airin terkejut kerana pencuri itu merupakan Sasta. Airin terpaksa melepaskan Sasta, dan kerana itu juga Airin dimarahi oleh majikannya.

Sasta menaruh impian ingin menjadi orang berjaya. Sasta menyertai pertandingan menyanyi yang dianjurkan oleh Levi. Inggrid iaitu sahabat Renata turut sama mengambil bahagian. Renata merengek di hadapan Levi agar memberikan peluang Inggrid untuk menyanyi. Sasta marah lalu bertengkar dengan Renata.

Airin yang datang menonton konsert itu terkejut apabila bertemu kembali dengan Sasta. Adakah Sasta akan berjaya dalam pertandingan nyanyian itu? Adakah hubungan Sasta dan Airin kembali rapat? Bagaimana pula perasaan istimewa yang lahir dari hati Jonah terhadap Airin? Adakah mereka bakal menjadi pasangan kekasih? Saksikan segalanya dalam Sinetron Cincin saluran Astro Ria 104.

Pelakon Sinetron Cincin
Ririn Dwi Aryanti - Airin
Chelsea Olivia Wijaya - Sasta
Dude Harlino - Levi
Baim Wong - Jonah          
Aditya Putri - Renata
Adjie Pangestu - Aldo
Tetty Liz Indriati - Citra  
Hanna Hasyim - Tara
Raslina Rasyidin – Thea

Gambar Sinetron Cincin 
Sinopsis Sinetron Cincin, review drama Sinetron Indonesia Cincin, gambar Sinetron Cincin, pelakon Sinetron Cincin, Sinetron Cincin saluran Astro Ria 104

Kalau nak tahu, anak buah aku amat meminati Sinetron Cincin ni. Siap hafal lagi nama pelakon Sinetron Cincin. Amboi3x..padahal dirinya baru je darjah 4. Tak padan dengan dirinya yang kecik, minatnya sama dengan kategori golongan makcik-makcik. Ye la, biasanya drama sinetron Indonesia ni diminati oleh orang-orang tua. Macam mak aku. Memang follow drama sinetron ni kat tv setiap hari. Tak tinggal 1 episod pun. Hihi..

Kalau jiwa orang muda macam aku, suka layan drama/program realiti tv Korea channel 392 & 393. Apa lagi, Running Man la. Takpun Roommate, The Return Of Superman, Dream Team. Yang terbaru, Pinochio pun best gak. Tonton je bila-bila ada masa. Takpun record cerita guna PVR, lagi mudah. Layan je la program tv yang berlambak. Asal hati terhibur..kan kan..itu gunanya tv.

Saksikan Sinetron Cincin
Jumlah episod Sinetron Cincin: 140
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 6.30 petang
Siaran ulangan Sinetron Cincin: 2.00 petang
Saluran: Astro Ria 104
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

suka sangat tengok muka ririn...