Kenangan Pahit Manis Tahun 2014 – Welcome 2015

Kenangan Pahit Tahun 2014
Alhamdulillah, bermula saat ini kita telah beralih ke tahun baru iaitu 2015. Selamat tinggal tahun 2014. Ada banyak kisah suka dan duka mengenangkan kembali tahun 2014. Tragedi besar yang menimpa negara kita seperti kehilangan pesawat MH370. Pesawat MH17 ditembak jatuh.

Baru-baru ini pula, musabah banjir yang dahsyat telah melanda negeri Kelantan, Terengganu, Perak dan negeri-negeri lain. Moga mangsa banjir tabah hadapinya. Sekali lagi, dekat penghujung 2014 kita digemparkan dengan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terhempas, sehingga saat ini mayat sedang dibawa balik. Moga dipermudahkan segala usaha mereka. Fuh, ujian yang hebat di tahun 2014. 

Kenangan Manis Tahun 2014
Sungguhpun begitu, ada jugak kisah manisku di tahun 2014. Bulan Mac 2014, kami sekeluarga pergi bercuti ke Bandung dan Jakarta Indonesia. Shopping!!! Barang-barang amat murah kat sana. Baju batik yang aku beli untuk pakcik-pakcikku, aku dapat harga special. Sehelai baju batik berharga RM7 je!! Kualiti kain bagus. Memang murah. Lepas tu aku beli baju t-shirt yang tertera nama Jakarta/Bandung pun sehelai pada harga RM5. Handbag pun pada harga RM15 je! Murah giler..

Kalau nak tahu, tarikh penerbangan kami ke Jakarta sama tarikh dengan kehilangan pesawat MH370. Cuma kami berangkat sejam lebih awal. Setibanya kat Jakarta, terkejut bila buka tv di hotel dengar kisah pesawat MH370 yang hilang. Tarikh sama lagi tu..

Ermmm..hasil pendapatan berblogging tahun 2014 pun cukup lumayan. Alhamdulillah. Sepanjang tahun 2014 ni, 3 kali dah aku cashout earning Nuffnang. Syukur, rezeki. Juga rezeki beriklan dengan 8Share dan Geniee SSP. Syukur alhamdulillah..

Kenangan pahit manis tahun 2014, tragedi tahun 2014, selamat tahun baru 2015, ucapan tahun baru 2015, gambar tahun baru 2015

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015
Dengan berakhirnya tahun 2014, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru!!!! Moga tahun 2015 membuka lebih banyak peluang rezeki buat kita, lebih banyak perkara menggembirakan berlaku, lebih banyak usaha kita semua tercapai. Happy New Year!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments