Giveaway Butik Comel Collection

---  TAMAT ---


Alhamdulillah, Yumida telah berkolaborasi bersama penaja hadiah super awesome bernilai RM550 untuk dimenangi! Jom reramai kita join! Semua berpeluang untuk menang!

SYARAT PENYERTAAN:
1. Blogger yang tinggal di Malaysia
2. Follow blog Yumida
3. Add to circle Google+ Yumida Huda (bagi yang ada akaun Google+)
4. Masukkan blog Yumida ke dalam bloglist anda
5. Like page Yumida dan sponsor (Butik Comel Collection)


6. Share salah satu gambar di page Butik Comel Collection
7. Buat entri bertajuk: Giveaway Butik Comel Collection

8. Copy and paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML anda:

Kredit to Mialiana.com

9. Hantar url entry penyertaan ke entry ini sahaja

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org (semua berpeluang untuk menang!)

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

*Penebusan hadiah baucar di atas boleh dilakukan di Butik Comel Collection. Pemenang perlu upload gambar di page Butik Comel Collection bagi hadiah yang telah diterima.
Tamat: 19 OKTOBER 2013
JOM JOIN RERAMAI :)
---  TAMAT ---
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Dapat hadiah rantai silver

                                             Kotak surprise bersama business card

Syukur Alhamdulillah, rezeki lagi. Kali ni dapat hadiah berupa rantai silver bersama buah rantainya sekali. Penaja hadiah ni merupakan Simply Silver Jewellery.

Taraaaaaaaa! Seuntai rantai silver



Ada banyak barangan silver yang dijual merangkumi cincin, anting-anting, subang, rantai dan buah rantai. Kesemuanya daripada silver bernombor 925.


Hepinye dapat rantai. Rantai ni bernilai RM80. Nak tahu kepelbagaian barangan silver ni jemput ke page dia. Kadang-kadang ade promotion. Discount 20%. Haaa..jangan lepaskan peluang. Buat penaja hadiah: Simply Silver Jewellery, terima kasih banyak-banyak.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Hadiah teddy bear dah sampai. Yey!!!

Syukur Alhamdulillah, berkat menjoinkan diri dalam giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger kita Farisha, aku telah memenangi patung comel sebesar 1 meter. Juga bernilai RM160.00. Wooooo banyak tuuuu..

See, ciliknye kucing aku. Sama besar dengan paha teddy bear..hehe

Hadiah ni sampai hari Jumaat yang lepas. Tengok kotak sederhana besar je size dia. Bila bukak, wow besarnye teddy bear!

Terima kasih buat penaja hadiah. Kedai Teddy Bear. Jemput rakan blogger sekalian terjah ke page Kedai Teddy Bear untuk mengetahui kepelbagaian teddy bear yang dijual dengan harga yang murah. Berbaloi-baloi! Comelnye teddy bear dia.


Alhamdulillah..rezeki buat anak buah aku. Dedek. Sure dia hepi giler nanti. Moga hadiah patung teddy bear ni memberi dorongan untuk dirinya sukses dalam pelajaran. Sebab apa Dedek? Sebab aku telah nyatakan dalam entry yang NI. Hehe..

Syukur Alhamdulillah sekali lagi. Terima kasih Farisha, terima kasih Kedai Teddy Bear, juga terima kasih buat rakan blogger yang support diri aku dalam berblog. Assalamualaikum..

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Iman Tersingkir Minggu Ketiga AF 2013

As salam buat rakan pembaca,

Konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang berlangsung semalam (29 September 2013), mengumumkan Iman bintang AF 2013 ketiga yang tersingkir.

Iman mendendangkan lagu dari Hafiz iaitu Noktah Cinta. Walau bagaimanapun persembahannya mendapat undian terendah lantas disingkirkan di konsert AF 2013 minggu ketiga ini. 
Iman Tersingkir Minggu Ketiga AF 2013, noktah terakhir buat iman af 2013, iman af 2013 tersingkir, iman af 2013, konsert minggu ketiga af 2013, iman af 2013 noktah cinta

Menerusi komen para juri, pemilihan lagu yang dibawakan oleh Iman amat sesuai dengan dirinya. Cuma nyanyiannya kelihatan mendatar dan auranya sebagai seorang bintang kurang menyerlah.

Dengan penyingkiran Iman, kini tinggal 9 bintang AF 2013 bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.

Jangan lupa u olls.. Saksikan siaran AF 2013 secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135) yang dihoskan oleh selebriti terkenal Zizan Razak.

Siapa yang telah tersingkir di minggu pertama dan kedua?

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Maksud Unique Visitors dan Pageviews

As salam buat rakan pembaca,

Hari ni just nak sharing meaning unique visitors dan pageviews.

Definisi unique visitors & pageviews:

Unique Visitors ialah pelawat yang datang ke blog kita dengan IP address yang berlainan.

Pageviews ialah kiraan laman yang dilihat oleh pelawat blog kita.

Contoh situasi membezakan unique visitors & pageviews:

Unique visitors dikira apabila IP address berlainan masuk ke blog kita. Contohnya, Aaron Aziz di KL, Siti Nurhaliza di Damansara, Justin Bieber di LA, Lee Minho di Seoul dan Kim Jong Kook di Jaeju. Kesemuanya sedang beronline membuka laman blog aku. So, kat sini aku dapat 5 unique visitors. Dari IP address yang berlainan.

Tapi andai mereka berlima ni menggunakan 1 komputer yang sama. Dengan IP address yang sama. Ia hanya merujuk 1 unique visitor sahaja.

Pageviews pula, pelawat yang datang ke blog kita sudah dikira menyumbang pada 1 pageview. Contohnya, ehem-ehem.. Kim Jong Kook sedang membaca artikel yang aku post hari ni. Then, klik pulak artikel yang semalam nyer. Al-maklumlah, dia jatuh cinta dengan penulisan aku. Seterusnya, baca 3 artikel lain di blog aku. Kat sini aku dah dapat 5 pageviews. Terernye Kim Jong Kook berbahasa Melayu yer.. hehehe..

Kepentingan unique visitors & pageviews:

Unique visitors ini penting untuk syarikat pengiklanan mengira kualiti blog kita. Bagi pengiklan, semakin banyak unique visitors yang datang berkunjung ke blog kita, semakin tinggi kecenderungan pelawat melihat iklan-iklan yang dipaparkan oleh mereka.

Blog yang mempunyai unique visitors yang cantik, pasti akan mendapat tempat di hati pengiklan. Sebab apa? Sebab pengiklan mahu melabur di blog yang berpotensi meluaskan produk mereka seterusnya memberi pulangan yang lumayan. Boleh jadi pelawat yang datang ke blog kita berminat dengan tawaran iklan, lantas melanggan atau membeli produk pengiklan tersebut.

Contoh paling mudah, kempen CPUV Nuffnang. Pemberian earning berdasarkan unique visitors yang datang ke blog kita. Macam mana nak tingkatkan unique visitors seterusnya up kan earning CPUV? Jom terjah yang ini: Tips Tingkatkan Earning CPUV Nuffnang

Malahan, untuk mendapat tawaran daripada pengiklan lain. Kita perlu memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarat paling penting, harus mencapai target unique visitors yang mereka kehendaki. That’s why la unique visitors ni sangat penting dalam sesebuah blog.

Pageviews pula, yang ni aku kurang faham sikit. So nak share jugak dengan korang semua. Sumbernya diperoleh dari SINI. Pageviews memberikan kualiti kepada blog kita kerana ia memberikan purata isi kandungan berguna kepada data engin pencari dalam meningkatkan lagi kelebihan index artikel-artikel di blog kita. Pageviews ini juga penting terutama meningkatkan pendapatan CPM iklan yang ditayangkan di blog masing-masing.

Cara semak unique visitors & pageviews:

Cara untuk mengetahui statistik unique visitors & pageviews di blog kita ialah dengan melihat di akaun Nuffnang. Mudah je. Login ke akaun Nuffnang korang→klik blog stat. Then korang akan melihat paparan terkini pelawat korang. Contohnya macam ni:
  
Maksud Unique Visitors dan Pageviews, makna Unique Visitors dan Pageviews, apa itu Unique Visitors dan Pageviews, contoh Unique Visitors dan Pageviews, kepentingan Unique Visitors dan Pageviews, cara semak Unique Visitors dan Pageviews, Unique Visitors, Pageviews, meaning Unique Visitors and Pageviews, meaning Unique Visitors, importance of unique visitors

Boleh tengok catatan unique visitors dan pageviews untuk hari ni, minggu ini, minggu lepas dan untuk catatan bulan lepas. Selamat menyemak unique visitors dan pageviews memasing. Moga bermanfaat buat rakan blogger semua :)

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Khabar angin harga petrol RON95 bakal naik?

Pssst! Ada khabar angin mengatakan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat ni. Khabar angin ni telah tersebar luas di media sosial. Sedang hangat diperkatakan. Malah mendengarnya sahaja cukup menggeruni diriku. Adakah minyak petrol bakal naik dan naik lagi?

Khabar angin harga petrol RON95 bakal naik?, petrol ron95 naik 20sen

Untuk mengetahui kesahihan cerita ini, kita ikuti temubual pihak wartawan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kerajaan akan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing sebanyak 10 sen dan 15 sen seperti yang tersebar di laman-laman sosial sejak semalam.

Masihkah korang ingat? Tanggal 3 September 2013 yang lepas, harga bahan api iaitu Minyak Diesel & RON95 Naik 20 sen. Ini menjadikan harga minyak RON95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Pastinya ada yang ingin tahu punca kenaikan harga minyak ni. Baca artikel ini untuk mengetahui Sebab Kenaikan Harga Minyak.


Berikutan itu, beliau menegaskan, harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10. Fuh lega..alhamdulillah..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Giveaway Habis UPSR! by Hannan and Era


28 SEPT-25 OCT
UMUM-26/27 OCT


~[CLICK BANNER UNTUK JOIN]~

hai! kali ni hannan n era buat GA sempena kitorang habis! Merdeka! dari UPSR! Harap2 mendapat sambutan lah yer ^^ sila click banner di atas untuk join ye bloggers2

SENARAI HADIAH GIVEAWAY HABIS UPSR! BY HANNAN N ERA


  • Hijab Bando x1 Top Referral 
  • x3 buah novel :- Jangan Baca Novel Ini, Puisi Untuk Nadina, Padang Bulan x3 pemenang
  • keychain blogger x2 pemenang
  • Review Blog x5 pemenang
  • Topup RM10 x2 pemenang   
  • x1 shawl , x1 necklace x1 pemenang 
  • x1 notebook x1 coinpurse x1 pemenang  
  • Button Badge Blogger x2 pemenang
  • x1 lipgloss kiss beauty, kiss beauty 3D, obuse lip tint, candy lip tint, x3 shiseido mask, x1 lip mask, x1 eye mask x2 pemenang *4 bottles per winner*
  • 10% discount untuk semua yg join GA *jika ingin membeli barang dari JASPLE BOUTIQUE
  • Tudung x3 pcs *tudung apa pun tak pasti* x3 pemenang
  •  doodle x2 pemenang            



MENCARI SEORANG TOP REFERRAL MEMENANGI HIJAB BANDO X1


           

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway

Assalamualaikum!

Kelajuan jari menaip tak seperti biasa sebab excited + nervous nak mulakan disini hehe. Sempena anniversary Nukilan Kenit yang pertama, Kenit nak celebrate dengan korang the very 1st GA by Nukilan Kenit. I know i know....it's a bit late... nak masuk bulan Oktober pun kan. 

But, fear not my humble friends...hari ini ia bermula..

Dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim.....

Setahun jagung penuh kemanisan! 




Syarat-syarat sah join:

1. Follow blog Nukilan Kenit (senang nak follow up result nanti kan). Tak kisah la nak add biasa atau Google +


2. Buat satu entry bertajuk "Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway"


3. Copy je kod entri yang disediakan di bawah ni.


4. Dah siap? baru leh hantar link entry korang ke diruang komen di bawah sebelum 3hb Oktober 2013 11.59 tghmalam.



Senang tak syarat2nya? senang je kannnnn hehe. Kenit mencari 17 orang pemenang bertuah. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org. Jika penyertaan kurang dari 50 pun Kenit akan teruskan. sob sob...kasi chan la yek :D



Hadiah yang bakal korang menangi:

1)Top-up RM10 X 3 pemenang

2)Top-up RM5 X 4 pemenang 

3) 10 blog bertuah yang akan dimasukkan dalam 
bloglist Nukilan Kenit bulan Oktober
(5 Oktober - 5 November 2013)

Giveaway ini akan tamat pada 3hb Oktober11.59 tghmalam

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini 


Credit to Mialiana.com

Semoga 1st GA kenit ni dapat mengeratkan lagi hubungan maya
sesama kita (^_^)
Have fun guys!

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

CPUV Nuffnang: Talent Corp SFCF

As salam buat rakan pembaca,

Alhamdulillah, semalam pihak Nuffnang berbesar hati memberikan CPUV lagi.

 cpuv nuffnang, Talent Corp SFCF, kempen cpuv, cost per unique visits

Jemput rakan-rakan sekalian menderma tabung Nuffnangku sekitar blog ni kalau sudi. Ngeeee :) TQ :)

Kempen CPUV kali ni datangnya dari SFCF.
  
CPUV Nuffnang, Talent Corp SFCF, kempen cpuv, nuffnang


Talent Corp SFCF adalah sebuah badan yang menganjurkan Pameran Kerjaya kepada Graduan kepada sektor-sektor yang bersesuaian yang sesuai dengan bidang pengajian masing-masing. Secara tidak langsung menjadi 'platform' kepada graduan untuk memohon pekerjaan serta khidmat nasihat dalam pemilihan kerjaya masing-masing.

Maksud singkatan SFCF ialah:
S- Sector
F- Focus
C- Career
F- Fair

Sumber: Mselim

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:


Alhamdulillah, rezeki dariNya. Buat rakan-rakan yang lain jugak, Yumida ucapkan tahniah. Jugak sangat berterima kasih dengan kehadiran korang berkunjung ke sini. Tengkiu. Selamat beristirehat di hujung minggu :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Gambar Pernikahan Adam AF dan Fiza Elite

Pernah ditampilkan sebelum ini, Adam AF dan Fiza Elite bakal nikah Khamis ini. Iaitu pada 26 September 2013 yang lepas. Alhamdulillah, pasangan Adam AF dan Fiza Elite telah selamat menjalani majlis akad nikah. Jom kita tengok gambar sekitar pernikahan mereka.

Oh sweetnye!

hantaran Adam AF dan Fiza Elite

  Adam AF dan Fiza Elite memilih tema putih di hari akad nikah mereka

Adam AF sarung cincin Fiza Elite

Sesi menyarungkan cincin Adam AF buat Fiza Elite

majlis akad nikah Adam AF dan Fiza Elite

Selesai menyarungkan cincin..pandang kamera jap

akad nikah Adam AF dan Fiza Elite

Fiza Elite bersalaman dengan suaminya Adam AF 

wedding Adam AF dan Fiza Elite

Adam AF mengucup dahi isteri kesayangan Fiza Elite...sweet!

perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite

Pasangan pengantin baru duduk bersimpuh

Adam AF dan Fiza Elite

Wajah bahagia pengantin baru selesai majlis akad nikah..syukur alhamdulillah

Kredit gambar dari Beautiful Nara

Sama-sama kita doakan moga rumah tangga yang mereka bina ini kekal bahagia di dunia dan di akhirat. Tahniah! Selamat melangkah ke alam perkahwinan buat kedua-dua mempelai Adam AF dan Fiza Elite. Alhamdulillah..

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Senarai Lagu Bintang AF 2013 Minggu Ketiga

As salam buat rakan pembaca,

Ahad ni, 29 September 2013 bintang Akademi Fantasia (AF 2013) bakal membuat persembahannya untuk konsert ketiga. Saksikan persembahan bintang AF 2013 ni di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ceria 104 dan Maya HD 135.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan disampaikan oleh bintang AF 2013 bagi konsert minggu ketiga.

Faizul AF 2013 - Gerimis Mengundang (Slam)
Irmisa AF 2013 - Sebelah Jiwaku (JaclynVictor)
Amira AF 2013 - Getaran Jiwa (P. Ramlee)
Azhael AF 2013 - Khayalan (Ruffedge)
Aisyah AF 2013 - Tunggu Sekejap (P. Ramlee)
Nabila AF 2013 - Berlari (Tomok)
Indah AF 2013 - Pelitaku (Zureda)
Suhada AF 2013 - Belaian Jiwa (Innuendo)
Iman AF 2013 - Noktah Cinta (Hafiz)
Nona AF 2013 - Srikandi Cintaku (Bloodshed)

Senarai Lagu Bintang AF 2013 Minggu Ketiga, peserta af 2013, lagu minggu ke-3 af 2013

Sure ramai yang tak sabar nak tengok kan. Sekarang hanya tinggal 10 sahaja bintang yang bakal berentap. Siapa yang telah tersingkir di minggu pertama dan kedua?

Ingin mengetahui komen juri untuk konsert AF pertama dan kedua? Jom terjah!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Giveaway : I Love Craft Works By Farisha

 
Ingin memenangi Hadiah berupa barangan kraf yang
kreatif dan comel???

Klik Banner diatas untuk melihat syarat yang sungguh mudah

Giveaway ini akan tamat pada : 06-10-2013
Pemenang diumumkan pada 07-10-2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak




Giveaway Saya Sayang Malaysia
Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia

1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway

3. Follow dan Like fanpage Sponser


4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….


Saya sayang Malaysia kerana…

1) …Malaysia aman damai. Rakyat hidup dalam harmoni. Rasa selamat tinggal di negara sendiri. Even setiap hari berlakunya kes jenayah namun kegiatan tu masih dalam kawalan pihak polis. Juga terkadang berlakunya demonstrasi jalanan tapi keharmonian sejagat tetap utuh. Kukuhnya kedamaian negara kita bak tertera dalam prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Undang-undang yang menjamin keselamatan rakyat Malaysia. Sangat berterima kasih pada barisan keselamatan dan pertahanan Malaysia.

2) …rakyat Malaysia prihatin. Bertuahnya saya kerana menjadi salah seorang penduduk bumi Malaysia. Jika disiarkan program kebajikan, ramai yang menghulurkan bantuan. Tidak kira agama, bangsa…Melayu, Cina, Tamil dan lain-lain lagi. Semuanya bermurah hati memberikan bantuan. Jika berlaku kemalangan di jalan raya, masing-masing menawarkan diri membantu mangsa kemalangan. Walaupun tanpa pertalian darah. Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat prihatin dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.

3) …mempunyai ekonomi yang kukuh. Begitu besar peranan perdana menteri kita dalam menerajui bidang ekonomi negara. Walaupun baru-baru ini kita dikejutkan dengan krisis kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter. Saya akur menerimanya. Andai itu yang terbaik untuk memulihkan keadaan ekonomi kita. Juga telah disarankan oleh mereka yang arif dalam pembangunan negara. Bayangkan jika keadaan negara dengan ekonomi yang tidak stabil dan merudum jatuh, pastinya kita sebagai rakyat akan terjejas teruk! Tapi Alhamdulillah, indahnya menjadi rakyat Malaysia dengan ekonomi yang stabil dan kukuh.

4) …pemerintahan yang adil. Pembahagian pembangunan yang sama rata buat semua negeri-negeri yang tertakhluk di bawah Malaysia. Walaupun Sabah dan Sarawak nun jauh di sana dipisahkan oleh Laut China Selatan. Namun, kami di sini juga merasai pembangunannya. Di bandar dibangunkan pelbagai frasarana. Di desa diberikan kemudahan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik. Seperti yang kita ketahui, begitu besar dan luasnya kawasan Sabah dan Sarawak. Tapi pihak pemerintah sangat adil dan bermurah hati, dengan memperuntukkan sejumlah dana sebagai pembangunan. Moga bajet 2014 nanti, kita akan mendengar lebih banyak isu pembangunan yang akan dibentangkan nanti.

5) …pihak kerajaan sentiasa membantu mereka yang kurang berkemampuan. Contohnya melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program e-kasih, bantuan ibu tunggal, bantuan kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya. Bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah. Alhamdulillah, beruntungnya menjadi rakyat Malaysia. Yang miskin dibantu, hulurkan tangan ringankan beban. 

Malahan ia bukan hanya menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah, malahan golongan umum turut menerima faedah. Program lain antaranya Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), 1AZAM, Coop 1Malaysia (Coop1M), Rebat RM200 – Pakej Komunikasi Belia, Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dan banyak lagi!

6) …perpaduan yang utuh! Seperti yang kita ketahui, Malaysia amat kaya dengan pelbagai bangsa, agama, kaum dan kesemuanya hidup secara harmoni. Saling menghormati antara satu sama lain lantas mewujudkan perpaduan. Sehinggakan konsep 1Malaysia itu diwujudkan demi menyemai perpaduan sejagat. Alhamdulillah, gembiranya kita apabila bangun dari tidur setiap hari memikirkan perancangan yang akan dilakukan hari ini tanpa risau memikirkan tentang rusuhan kaum.

I’m proud to be Malaysian!

Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓