Konsert Gegar Vaganza Minggu 5

Konsert Gegar Vaganza Minggu 5 telah pun berlangsung malam semalam. Tema Konsert Gegar Vaganza minggu kelima iaitu IMPIAN DAN DEDIKASI - lagu untuk didekasikan buat orang lain. Pembukaan Konsert Gegar Vaganza diserikan dengan persembahan artis jemputan Zarif AF2014 (Malam minggu Yang Mesra). Seterusnya, persembahan Nina AF2014 (Sinaran) dan Aril AF7 (Kembali Senyum). Juga diserikan juga dengan persembahan pengacara Konsert Gegar Vaganza iaitu Nabil dan Jihan (Keliru).

Konsert Gegar Vaganza minggu 5, tema lagu Konsert Gegar Vaganza minggu kelima, persembahan peserta Gegar Vaganza di Gegar Vaganza minggu 5, Adilla peserta Gegar Vaganza tersingkir di konsert minggu 5
Ayai yang sentiasa dapat komen positif dari juri

Komen aku bagi Konsert Gegar Vaganza Minggu 5 ni, pilihan lagu memang best-best! Paling kelakar part Mak Ros dan Abam jadi pengantin. Riuh rendah bila Mak Ros datang. Ramai yang suka Rahmat Mega. Termasuk aku sendiri, sebab suara dia power. Cuma minggu 5 ni aku tengok persembahan nyanyian Rahmat kurang suntikan kreativiti. Sharifah Zarina jugak antara peserta Gegar Vaganza kegemaran aku, cuma lagu dangdut tu tak macam lancar, macam tersekat-sekat. Kurang menghiburkan. So far, Ayai dan Mamat memang perform terbaik!

Konsert Gegar Vaganza minggu 5, tema lagu Konsert Gegar Vaganza minggu kelima, persembahan peserta Gegar Vaganza di Gegar Vaganza minggu 5, Adilla peserta Gegar Vaganza tersingkir di konsert minggu 5
Adilla tersingkir di minggu 5

Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh penyanyi otai Gegar Vaganza bagi Konsert Gegar Vaganza minggu kelima semalam.

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU 5
Mamat (Exist) – Kau Ilhamku
Rahmat (Mega) – Bayangan Gurauan
Fazli Zainal – Relakan Jiwa
Ayai (Ilusi) – Lagu Cinta Lagu Jiwa   
Haleeda – Aku Cinta Kau Dan Dia
Shima – Sepanjang Malam Keresahan
Sharifah Zarina – Penasaran
Ifa Raziah – Sangkar cinta
Adilla – Can’t Take My Eyes Off You

Konsert Gegar Vaganza minggu ke-5, tema lagu Konsert Gegar Vaganza minggu kelima, persembahan peserta Gegar Vaganza di Gegar Vaganza minggu 5, Adilla peserta Gegar Vaganza tersingkir di konsert minggu 5

Tahniah buat 9 peserta Gegar Vaganza yang telah menjayakan Konsert Gegar Vaganza Minggu 5. Untuk Konsert Gegar Vaganza minggu kelima ni, Adilla telah diumumkan sebagai peserta Gegar Vaganza yang tersingkir di minggu 5.

Teruja nak tahu lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu 6 iaitu minggu hadapan. Lagu apakah yang bakal mereka bawakan. Adakah lagu tersebut mencabar vokal mereka ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.

Pengacara Gegar Vaganza
Nabil Ahmad
Jihan Muse

Juri Konsert
Gegar Vaganza Minggu 5
Datuk Ramli MS
Datuk Khadijah Ibrahim
Mamat Khalid

Saksikan Konsert Gegar Vaganza
Tarikh Konsert Gegar Vaganza Minggu 5: 14 Disember 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

minat mamat dengan Shima..siapa la yang jadi juara..kan??