Sinopsis Zahira Drama TV3

Sinopsis Zahira Drama TV3 Slot Samarinda
Zahira mengisahkan seorang gadis bernama Zahira (Zara Zya) yang baru sahaja menghabiskan pengajiannya. Zahira mempunyai kekasih hati bernama Sufian (Rizal). Namun, Sufiyan hanya mempergunakan Zahira untuk memperolehi dirinya mendapat gred terbaik di university. Paling teruk, Sufiyan mencuri idea proposal Zahira hingga menyebabkan Zahira kehilangan peluang kerjanya.

Di rumah, Zahira begitu tertekan kerana teringatkan hutang emaknya pada oarng kampung. Mereka menggugut akan menggadaikan rumah yang didiami mereka jika tidak melunaskan hutang mereka. Kerana itu juga, Zahira nekad akan mendapatkan pekerjaan.

Encik Iqbal (Ady Putra), majikan yang tegas dan garang kepada pekerjanya. Di rumah pula, dia seorang ayah yang mementingkan peraturan rumah. Encik Iqbal mempunyai 2 orang anak, anak lelakinya menghidap disleksia.

Encik Iqbal mempunyai 3 orang pembantu rumah yang menguruskan perihal anak-anaknya. Mereka sering dimarahi Encik Iqbal gara-gara ketidakcekapan dalam melaksanakan tugasan. Kerana tidak puas hati hasil kerja pembantu rumahnya, Encik Iqbal bertindak memecat orang gajinya.

Siapa sangka jawatan pembantu rumah tersebut bakal disandang oleh Zahira. Bagaimana tugas Zahira sebagai pembantu rumah? Adakah memenuhi piawaian Encik Iqbal. Apa reaksi Zahira bila berdepan bosnya yang begitu garang? Adakah anak-anak Encik Iqbal mudah dibentuk menerusi didikan Zahira? Jangan lupa tonton segalanya dalam drama Zahira.

Gambar Drama Zahira
Drama Zahira Slot Samarinda TV3, sinopsis Drama Zahira, gambar Drama Zahira, Sinopsis drama Zahira TV3, jalan cerita Zahira, gambar drama Zahira, pelakon Zahira, Zahira - Zara Zya, Encik Iqbal – Ady Putra, Sufian - Rizal

Pelakon Drama Zahira
Adi Putra - Iqbal
Zara Zya - Zahira
Sufian - Ryzal Jaafar
Adik Balqis
Fazren

Drama Zahira merupakan drama terbaru di Slot Samarinda TV3. Drama Zahira menggantikan drama 7 Suami. Nak tahu apa kesudahan drama 7 Suami? Baca: 7 Suami Episod Akhir

Drama Selamat Pengantin Madu juga baru sahaja tamat minggu lepas. Jom baca ending drama ni: Selamat Pengantin Madu Episod Akhir

Saksikan drama Zahira
Slot Samarinda
Tarikh drama Zahira mula disiarkan: 20 November 2014
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

1 comments so far


EmoticonEmoticon