Kepoh & Sayot Tersingkir MLM 2014 Minggu 1

Kepoh Dan Sayot Tersingkir Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Minggu 1
Kepoh dan Sayot diumumkan sebagai kumpulan pertama tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2014 pada 14 November 2014 malam semalam. 3 peserta yang mendapat undian terendah iaitu Shake, Kepoh dan Sayot. Kumpulan Kepoh dan Sayot tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah berbanding 13 kumpulan lain yang bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini.

Penyingkiran kumpulan Kepoh dan Sayot telah diumumkan oleh Datuk Jalaludin Hassan selaku juri MLM 2014. Kumpulan Kepoh dianggotai oleh Izu, Pian dan Kamal. Kumpulan Sayot dianggotai oleh Zam Jr., Filzah dan One.
Kepoh dan Sayot Tersingkir Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Minggu 1, ahli kumpulan Kepoh dan Sayot, penyingkiran minggu pertama MLM 2014
Sebanyak 15 kumpulan telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Minggu 1 antaranya Sepahtu (Jep, Shuib dan Ilya Senario), Shiro (Ajak dan Shahrul), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Virus (Tauke, Yus dan Zizan), Comey (Suhaimi dan Rophie), Jalor (Along, Rahim dan Joey), Sayot (Zam Jr., Filzah dan One), Kepoh (Izu, Pian dan Kamal), SYJ (Syuk, Yasin dan Jihan), Nabil, Ekzos, Samurai, Zero, Wala dan Shake.

Korang de tengok semalam? Aku suka persembahan Samurai, Jalor, Virus, Sepahtu. Lawak giler! Kelakar! Memang terbaik la peserta MLM 2014 tahun ni! Bez bez… Kita tengok persembahan diorang untuk minggu 2 nanti.

Artikel Menarik:

Saksikan Maharaja Lawak Mega MLM 2014 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna 132 & Astro Mustika HD 134


EmoticonEmoticon