Bayar Bil Air Di Kaunter TM Tak Diterima

Syabas Tidak Terima Bayaran Bil Air Di Kaunter TM Mulai 1 Disember 2014
Berita terbaru mengenai bayaran bil air menerusi kaunter Telekom, Syabas umumkan cara bayaran tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini bermakna anda kena bayar bil air menerusi cara lain selain daripada kaunter TM.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak lagi menerima pembayaran bil air melalui kaunter pembayaran milik Telekom Malaysia Berhad (TM) termasuk mana-mana ejen lantikannya bermula 1 Disember. Pada masa yang sama, Syabas juga tidak akan menerima pembayaran bil telefon TM di semua kaunter perkhidmatannya. Pengguna boleh melakukan pembayaran bil air melalui pelbagai saluran pembayaran sama ada secara tunai, cek atau perbankan internet di agensi kutipan sah lantikan Syabas yang lain, seperti biasa.

Syabas tidak terima bayaran bil air di kaunter TM mulai 1 Disember 2014, cara bayar bil air baru, bayar bil air awal sebelum tamat tempoh untuk elak pemotongan bekalan air, senarai agensi kutipan rasmi dan saluran pembayaran bil air

Pengguna dinasihatkan untuk bayar bil air dalam tempoh ditetapkan. So, bayar la bil-bil anda sebelum tamat tempoh waktunya. Sebab apa? Jika pengguna lambat bayar dikhuatiri pihak Syabas akan memotong bekalan air rumah anda. So, nak mandi nak buang tuttt pun tak boleh.

Nak lagi senang bayar je bil air guna banking online. Mudah! Tak perlu buang minyak kereta ke kaunter bayaran, tak perlu berbaris panjang ikut giliran. Zaman serba canggih dah. Nak tahu senarai agensi kutipan rasmi dan saluran pembayaran bil air, anda boleh hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi laman Twitter dan Facebook.

8 comments

ooo macam tu ya yumida..kita tak pernah gi kaunter. Bayar thru online aje..senang..

sy mmg sll guna on9 je byr bil

singgah pagi
hari ini bz skit
nak mengemas kat office

rasanya mereka nak menggalakkan menggunakan online...mudah dan cepat...

ONLINE mmg mudah dan cepat tapi apa citer la dengan orang tua kita yang tak tahu tentang IT..Kesian jugak dengan mereka ..Tapi takpe la blh bayar kat tempat lain ..

Saya nk tnya bil air dh potong sbb x byr..nk hdp kn blk mcm mn yer,?kn byr tnggak kn tue jgk br blh smbng ker??

Cnth rm500 x byr nk smbng smula byr sikit dl blh Ker,,

sy pun tak pasti. boleh ajukan pertanyaan pd pihak syabas. moga dpt semula sambungan air ke rumah anda


EmoticonEmoticon