Gegar Vaganza 2014 Program Menyanyi Astro

Gegar Vaganza Pertandingan Menyanyi Artis Senior di Saluran Astro
Teruja nak tengok persembahan nyanyian artis senior atau penyanyi lama menyerikan rancangan Astro menerusi program tv Gegar Vaganza. Semestinya rancangan Gegar Vaganza tu nanti se-gah namanya! Al maklum la, otai-otai menyanyi, mesti dapat perhatian penonton!

Menurut pengurus Astro, tujuan program tv Gegar Vaganza ni diadakan adalah untuk mengembalikan kegemilangan penyanyi senior yang mana pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu. Ooooo..patut la peserta-peserta Gegar Vaganza ni semua hebat-hebat masa tahun 90-an dulu. Aku mengenali lagu nyanyian peserta otai masa tahun 90-an dulu, masa tu aku bersekolah rendah dan menengah. Ingat woo..

Gegar Vaganza program tv Astro, senarai 12 peserta Gegar Vaganza, Hadiah pemenang Gegar Vaganza, pengacara, hos Gegar Vaganza, juri tetap dan juri jemputan Gegar Vaganza, sistem pemarkahan peserta Gegar Vaganza

Jom tengok peserta-peserta yang menyertai Gegar Vaganza tahun 2014 ni. Sure gempak punye la!

Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza:
Penyanyi senior yang menyertai Gegar Vaganza ni antaranya Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.
Kredit: Gegar Vaganza

Pengacara Gegar Vaganza
Nabil Ahmad
 Jihan Muse

Juri Tetap
Gegar Vaganza:
Datuk Ramli MS
Datuk Khadijah Ibrahim

Juri Jemputan Gegar Vaganza:
Mamat Khalid, Salih Yaacob dan Nash (Lefthanded)

Sistem Pemarkahan Gegar Vaganza:
Para peserta
Gegar Vaganza akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri. Ini bermakna, ia tidak memerlukan undian SMS dari penonton sebagaimana program realiti tv lain. Nasib baik..dapat la penonton menjimatkan kredit. Hihi..

Hadiah Pemenang Gegar Vaganza:
Juara Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan pemenang Gegar Vaganza di tempat ke-2 akan menerima RM30,000. Manakala tempat ketiga dan keempat Gegar Vaganza masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM15,000 dan RM5,000.

Lumayan jugak hadiah ditawarkan bagi program realiti tv Gegar Vaganza. Milik siapakah RM100k tu nanti? Kena tengok sampai habis rancangan. Excited nak tengok!

Saksikan Gegar Vaganza
Tarikh Gegar Vaganza mula disiarkan: 16 November 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

3 comments

Assalam,

tengok promo macam best jer...ahad depan ye mula?...ganti AF lah ni? boleh lah nak tengok gak nanti...

Macam best tapi sik astro k nangga nya. Huhu.

InsyAllah nak juga tengok sebab suka dengar lagu2 lama yang sampai masa kini masih lagi di minati...


EmoticonEmoticon