Pop Krew Program Menyanyi & Menari TV9

Pop Krew persembahan remaja menyanyi dan menari di TV9
Ada sesiapa yang menyaksikan rancangan tv menyanyi dan menari iaitu Pop Krew di TV9 semalam? Macam-macam program realiti tv sekarang ni. Kalau dahulunya The Band, kini Pop Krew terdiri daripada peserta remaja. Umur peserta Pop Krew berada dalam lingkungan 15 tahun hingga 19 tahun. Memang muda sangat!

Matlamat program tv Pop Krew
Pop Krew merupakan program mencari remaja muda yang versatil iaitu berkebolehan untuk menyanyi dengan baik, boleh menari, berimej segar dan menarik. Pop Krew juga sebagai platform buat remaja Malaysia untuk mengekspresikan diri mereka yang sebenarnya menerusi kombinasi nyanyian dan persembahan.

Kalau nak tahu, Pop Krew ni merupakan kesinambungan program Idola kecil Ultra. Pada awalnya, sebanyak 36 peserta terbaik telah dipilih hasil pemilihan uji bakat Pop Krew. Kemudian hanya 24 peserta dipilih pada minggu kedua konsert Pop Krew berlangsung sebelum ia dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap satunya akan dikendalikan oleh pengajar mereka yang dipanggil sebagai coach iaitu Tomok dan Stacy.

Tomok dan Stacy tenaga pengajar Pop Krew
Errr ada ker tomok menyanyi sambil menari dulu? Kalau Stacy tu memang kita dah tahu, beliau ratu menari atas pentas. Sambil menyanyi sambil buat tarian, aku pulak yang jadi termengah-mengah. Kita tengok hasil didikan Tomok dan Stacy nanti untuk anak-anak didik Pop Krew mereka.

Pop Krew program tv menyanyi dan menari TV9, gambar Pop Krew, peserta Pop Krew, pengacara, juri, koreografer, tenaga pengajar Pop Krew, hadiah pemenang Pop Krew
Gambar Pop Krew

Koreografer Pop Krew
Fuzzwayne dan Dennis Yen daripada kumpulan EleColdxHot

Pengacara Pop Krew
Nana Mahzan dan Deen (Hot FM)

Juri Pop Krew
Edry Abdul Halim dan Altimet

Hadiah juara / pemenang Pop Krew
Pemenang Pop Krew bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 juga kontrak bersama 8 Unit dan Monkey Bone selama setahun. Terbaik la!

Anda suka menyanyi dan melihat tarian rancak?
Saksikan menerusi program tv Pop Krew
Tarikh Pop Krew mula disiarkan: 14 November 2014
Hari: Jumaat
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9

4 comments

belum berpeluang tengok lagi rancagan ni..

Mun benda macam tok, minat kamek. Mun berlagu2 tok sik berapa kamek.

Nanti zumal pun nak tengok juga ^_^


EmoticonEmoticon