Harga Upah Jahit Baju Kurung Moden

Harga Upah Jahit Baju Kurung Fesyen / Moden RM26
Aku sangat suka hantar kain kat kedai penjahit sorang ni yang aku kenali sebagai tailor Cina. Sebab proses penjahitan berjalan dengan cepat. Takde kes baju dijahit tak siap. Kes tak sempat siap. Lancar je! Lagipun aku bandingkan dengan tailor lain, harga upah jahit baju kurung moden kat tailor Cina yang aku suka pergi tu harganya lebih murah. Harga upah untuk jahit baju kurung moden sahaja tanpa kain, dikenakan bayaran RM26.00. Memandangkan aku jenis si penjimat duit, sebelum hantar kain, aku akan survey dulu di kedai-kedai jahit. Yang mana murah, itu aku pilih.

harga upah jahit baju, gambar baju kurung moden, bayaran upah jahit baju kurung moden dan baju fesyen, jahit baju 1 set (baju dan kain), harga upah jahit baju murah
Gambar baju kurung moden yang telah siap dijahit
Tempoh masa diberikan untuk jahit baju kurung moden ni sahaja dalam 2 minggu je. Ada zip di bahagian sisi badan. Ukuran baju seperti dinakkan oleh aku sendiri, iaitu aku suka yang longgar, kurang selesa bila pakai baju ngam-ngam ke badan. Tailor Cina ni jahit memenuhi permintaan pelanggan. Sangat puas hati dengan hasil kerja beliau. Malah kalau aku suruh ubah jahitan, on the spot dia akan buat. Baca juga yang ini: Harga Upah Jahit Baju Kurung Biasa

Harga Upah Jahit Baju Kurung Fesyen / Moden (Baju Dan Kain)
Sebelum ni aku juga pernah hantar kain kat tailor Cina tu. Suruh siapkan 1 set baju kurung moden atau baju kurung fesyen. Lengkap la, ada baju dan kain sekali. Yang atas tu, aku suruh jahit baju sahaja. Harga upah jahit baju kurung moden dikenakan oleh tailor Cina sebanyak RM35. Manakala bagi tailor lain harga upah jahit baju kurung moden ialah RM38. Ada perbezaan RM3 kat situ. So aku pilih tailor Cina. Lebih murah!

Harga Upah Jahit Baju Kurung Moden Mahal Versus Murah
Perletakan harga upah jahit baju kurung moden bergantung pada kehendak tailor itu sendiri. Kalau dia nak caj mahal. Mahal la kita bayar. Kalau dicaj pada harga berpatutan, beruntung la kita. So, kita yang berperanan nak pilih. Nak bayar harga upah jahit baju kurung moden pada kadar yang mahal atau murah. Dengan membuat sedikit survey, dapat la kita bandingkan harga upah jahit. Yang mana murah, itu yang dipilih. Jika hasil jahitan memuaskan hati dan membuatkan kita selesa pakai baju yang dijahit tailor tu, kita boleh hantar lagi untuk tempahan baju seterusnya.

Harga Upah Jahit Baju Berbeza Ikut Tempat
Memandangkan lokasi tailor Cina tu di kawasan Bandar kecil, harga upah baju masih tergolong dalam kategori murah. Iye, bagi aku upah jahit baju kurung moden aku tu amat murah. RM26 untuk upah jahit baju kurung moden je dan RM35 untuk harga upah jahit baju kurung moden 1 set (baju dan kain). Cuba bandingkan dengan harga upah jahit baju di kawasan Bandar besar, Bandar yang pesat membangun. Bayaran upah jahit baju..pergh memang mahal! Kat tempat korang, berapa harga upah jahit baju kurung moden? Ker lebih murah lagi dari aku punye. Untung la..boleh jimat!

14 comments

Murah sgt2 ni...mn nk dpt upah yg murah mcm ni kat kl

Murah sgt.kat sini rm60 tu pun dh dikira murah sgt..kalau cina kat kl rm140 utk spsg baju kurung moden..kalau pacth2 lace harga lain ok..huuu..mahal sangat

wah murah..cantik baju kurung tu :)

kat tempat akak ni pun sama jelebih kurang je,,ada jugak kedai yang lagi mahal..

lama dah tak upah orang jahit. beli siap terus je

murahnye upah jahit tue sis..huhuhu bestnyeeee

Wah..sangat murah. Disini RM90 baju kurung je

bagusnya tailor cina tu... tailors lain patut mencontohi beliau... heheh

murahnya..kat kl..baju kurung moden rm60, bergantung pada kawasan jugak


EmoticonEmoticon