Gambar Puting Beliung, Tanda Amaran & Kesan

Puting Beliung Menakutkan!
Aku tak pernah tengok puting beliung terjadi di depan mata, tengok sahaja dalam filem, dalam berita dan gambar puting beliung yang terjadi kat Kedah baru-baru ni, ia sangat menakutkan!

Gambar Puting Beliung Melanda Di Kedah 
Gambar puting beliung, tanda amaran puting beliung, saat berlakunya puting beliung, proses berlaku, macam mana puting beliung terjadi, kesan akibat puting beliung
Gambar puting beliung yang memusnahkan 20 rumah dan premis perniagaan di Kampung Sungai Nonang, Kedah. Menyeramkan! Betapa bahayanya serpihan akibat puting beliung yang terbang ni. Boleh mengakibatkan kehilangan nyawa! So, berhati-hatilah kalau kawasan anda dilanda puting beliung. Cari tempat selamat agar tak terkena serpihan terbang puting beliung.

Tanda-Tanda Amaran Puting Beliung
Rumah kawan aku juga pernah dilanda puting beliung pada tahun 2009. Atap rumah tercabut dan berterbangan. Malah kayu bahagian atas rumah juga tanggal dan pelanting dek puting beliung yang mengganas. Menurut kawan aku, tanda amaran sebelum datangnya puting beliung mereka sekeluarga terdengar bunyi aneh. Bunyi seperti hujan yang ditiup angin kuat. Bunyi ‘syiuuuuu…syiuuu’. Beberapa saat lepas tu, atap rumah mereka bergegar. Panik dengan situasi tu, diorang sekeluarga cari tempat selamat dalam rumah untuk bersembunyi. Masa tu diorang belum terfikir lagi yang tu merupakan puting beliung.

Saat Berlakunya Puting Beliung
Menyaksikan puting beliung di hadapan mata mereka sendiri, malah di rumah mereka sendiri. Satu per satu, atap zink rumah mereka tercabut. Terbang di bawa pusaran angin puting beliung. Malah kayu untuk buat atap rumah turut tanggal sekali. Kayu keras dan besar yang jadi penahan atas rumah, hampir menimpa mereka sekeluarga. Bahaya! Malah aku sendiri lihat kayu tu, memang agak besar saiznya. Nasib baik takde perkara buruk berlaku.

Kesan Akibat Puting Beliung
Kemusnahan akibat puting beliung ni memang teruk sekali. Atap rumah tercabut, kayu atap tanggal, malah kawasan dalam rumah dipenuhi kotoran akibat pembawaan pusaran angin puting beliung. Daun pokok merata-rata dalam rumah, barang-barang berselerak, kotoran air tanah terpercik di sana sini, barang-barang habis basah. Tu belum dibuat pengiraan kos kerugian akibat puting beliung

8 comments

kesian kan spe2 yg kena ni...musibah mmg xkenal siapa...dugaan bt org2 beriman.

Semoga bertabah pada yang terkena musibah ini

sharing yang bagus. innalillah kepada mereka yg dilanda musibah. semoga tabah

btw jemput baca entri terbaru saya :)

Kita cukup risau kalau bunyi angin kuat..dia punya deruan tu menakutkan sebenarnya...minta-minat kita semua dijauhkan Allah dari malapetka macam ni..

macam tidak percaya bila ada puting beling macam ni di Malaysia...

Bahaya puting beliong tok. Hope Sarawak sik kenak.

Kejadian mcm ni mmg cukup merisaukan.. semoga kita semua dilindungi... aamiin.

tq for sharing..semoga kita semua lebih berhati2


EmoticonEmoticon