Sinopsis Baby Ana Milik Siapa

Sinopsis Baby Ana Milik Siapa Drama TV3

Baby Ana Milik Siapa mengisahkan kisah persahabatan 5 sekawan yang terdiri dari Raihana (Cristina Suzzane), Reza (Hairul Azreen), Edry (Hafidz Roshdi), Salina / Sally (Zika Ziandra) dan Qaisara / Sarah (Ardell Ayana). Raihana seorang gadis tomboy, berperwatakan kasar akan menyerang sesiapa sahaja yang cuba mengutuknya. Salina dan Qaisara merupakan sahabat rapat Raihana. Edry menaruh hati pada Raihana semenjak dari sekolah menengah.

Reza lelaki yang gemar mengambil gambar menjadikan kerjaya jurugambar sebagai pekerjaannya. Dia masih menyimpan gambar-gambar lama ketika mana dia bersekolah menengah. Gambar Raihana mencuri tumpuannya. Siapa sangka dirinya yang selalu bergaduh dengan gadis tomboy itu, dalam diam mencintai Raihana.

Qaisara merupakan adik angkat Reza. Qaisara di ambil oleh ibunya melalui rumah anak yatim. Cara ibu angkatnya iaitu Datin Maimon (Tania Zainal) mendidiknya begitu tegas sekali. Sekaligus menyebabkan Qaisara merasa terasing di rumah itu. Pada awalnya seorang gadis yang sopan, berhijab, namun lama-kelamaan dia menanggalkan hijabnya. Hubungan Qaisara dengan ibunya begitu tegang.

Salina yang mempunyai hati terhadap Reza bercita-cita ingin mengahwini Reza. Malah Datin Maimon telah mengatur pertunangannya dengan Reza. Salina begitu gembira sekali. Namun, di sebalik kegembiraan itu ada insan yang berasa tertekan. Reza tidak mencintai Salina. Malah dia enggan untuk bertunang dengan Salina seperti mana kehendak ibunya. Reza mempunyai wanita pilihannya sendiri, iaitu Raihana.

Kepulangan Raihana dari Amerika Syarikat membawa seorang anak kecil berusia 3 tahun menimbulkan tanda tanya. Milik siapakah bayi itu? Adakah bayi Raihana? Siapakah bapa kepada bayi tersebut? Saksikan drama Baby Ana Milik Siapa lakonan comel Jelita Murni KKO sebagai Baby Ana dalam drama ini.

Pelakon Drama Baby Ana Milik Siapa
Cristina Suzzane - Raihana
Hairul Azreen - Reza
Hafidz Roshdi - Edry
Zika Ziandra - Salina / Sally
Ardell Ayana – Qaisara / Sarah
Jelita Murni KKO – Baby Ana

Gambar Baby Ana Milik Siapa

Sinopsis Baby Ana Milik Siapa, pelakon dan gambar drama Baby Ana Milik Siapa, OST dan lagu tema Baby Ana Milik Siapa, Raihana (Cristina Suzzane), Reza (Hairul Azreen), Edry (Hafidz Roshdi), Salina / Sally (Zika Ziandra), Qaisara / Sarah (Ardell Ayana)

OST Baby Ana Milik Siapa
Original Sound Track OST Baby Ana Milik Siapa
Lagu: BAMS
Penyanyi: Amylea Azizan / Roman Farouk

Saksikan Baby Ana Milik Siapa
Drama Slot lestary
Jumlah episod drama Baby Ana Milik Siapa: 13
Hari: Rabu - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: 103

EmoticonEmoticon