Permohonan Iklan Innity Diluluskan

Alhamdulillah, akhirnya aku menerima khabar menggembirakan. Permohonan iklan Innity untuk blog ni diluluskan! Horrey! Iklan Innity ni agak special sikit berbanding iklan lain. Agak cerewet sikit pemilihannya. Malah nak tunggu permohonan diluluskan ambik masa yang lama. Aku kira dah lebih 3 minggu baru mereka bagi feedback.

Iklan blog Innity, permohonan Innity diluluskan, cara mohon Innity, syarat kelayakan mohon Innity, isi borang sign up Innity, gambar Innity

Mula-mula, memang aku ingat aku tak lepas kot permohonan untuk iklan Innity ni. Tak macam iklan lain, kita apply cepat je mereka reply. Rupanya mereka memang strict dalam pemilihan blog. Malah blog yang apply iklan Innity ni akan di observe terlebih dahulu sebelum diluluskan. Akhirnya…ceh..senyum sikit..

Iklan blog Innity, permohonan Innity diluluskan, cara mohon Innity, syarat kelayakan mohon Innity, isi borang sign up Innity, gambar Innity
Maklum balas dari Innity. Permohonan aku diluluskan pada 13 November lepas.

Sesiapa berminat nak apply iklan innity, meh rebut peluang, berikut merupakan syarat asas sebelum isi borang dan sign up iklan innity:

Kriteria/syarat memohon iklan Innity:
Pageviews blog minimum 200,000 setiap bulan
Unique visitors blog minimum 40,000 setiap bulan
Isi permohonan Innity anda di sini: http://www.innity.com/publishers/apply-form.php

Perletakan iklan Innity akan menjejaskan status glitterati anda. So, kalau anda rasa Innity terbaik boleh la pilih Innity. Kalau nak relaks-relaks boleh pilih Nuffnang.

Aku masih menggunakan pengiklanan dari Nuffnang dan Geniee SSP. Iklan Innity ni, aku tengok prestasinya dulu. Kalau ok, aku teruskan. Coz banyak lagi yang aku kurang faham. Buat yang dah pernah guna iklan Innity ni, meh la share pengalaman anda.

Ketahui cara lain jana duit melalui blog:

13 comments

Tahniah Yumida! Innity masyuk macam Giniee juga...terutama trafik tinggi macam anda! Cepat kayalah macam ni...:)

Tahniah Yumida..Good luck ya..kalau performance bagus nanti kita nak apply jugak lah..he..he

Tahniah Yumida,bestnya ktk....

tahniah. power nya awakkk visitor ratus ribu sebulan. kite nak smapai ratus pon tak dpat hehe. btw tq share boleh rujuk blog ni je kalau nak tau pasal iklan iklan

Tahniah kak! Hanya blog trafik tinggi jak boleh join innity tok kan. Mmg hebat blog ktk.

Tahniah sis. Kamek nang sikda harapan nak join iklan2 kedak tok. Huhu

tahniah...kita ni,masih jauh lagi nak capai tahap tu.

semoga terus sucess.

Tahniah. Bukan mudah nak dapat approval dari Innity ni. Ketat ooo .... saya pun baru je dapat november 2014.

alhamdulillah. tahniah jugak buat tuan HH. aah memang diorg strict nak pilih blog. tunggu lama gak nak dptkan feedback dri mereka.

Tahniah @yumida huda..dah naik ke satu tangga kejayaan..Bukan senang nak lulus bila tengok syarat dorang pon sangat ketat.Alhamdulillah Newbie macam saya cuma boleh apply nuffnang sebagai permulaan.

aah diorg sgt strict nak pilih blog. tu la mencuba iklan2 ni. mana yg sesuai main masuk je.

saya baru nak cuba nuffnang.tengok2 status non glitterati..ape bende pn xtaw..google2 jumpa blog yumida. TQ untuk Info...


EmoticonEmoticon