Pencetus Ummah PU 2014 Musim 2

Program Pencetus Ummah Musim 2

Program Pencetus Ummah yang aku nanti-nantikan kini bakal tiba! Program tv yang bermanfaat, menyebarkan dakwah dengan cara kreatif, membuatkan hati penonton teruja nak tunggu Program Pencetus Ummah musim ke-2 ni disiarkan. Kalau Program Pencetus Ummah musim 1 kita dah tahu pemenangnya, iaitu PU HAFIZ. Memang hebat orangnya dalam berdakwah. Kini, tahun 2014, sekali lagi Program Pencetus Ummah musim kedua mewarnai siaran Astro Oasis di saluran 106.

Program Pencetus Ummah PU 2014 Musim 2, Senarai 10 peserta Program Pencetus Ummah musim 2, gambar Program Pencetus Ummah musim kedua, tenaga pengajar, murabbi, fasilitator Pencetus Ummah PU tahun 2014

Ujibakat telah diadakan dalam memilih peserta terbaik berdakwah di pentas Program Pencetus Ummah musim 2 tahun ni. Nak tahu siapa? Jom lihat senarai peserta yang bakal berentap dalam program realiti tv Program Pencetus Ummah 2014 di Astro Oasis.

10 Peserta Pencetus Ummah Musim 2

1) PU AZRAIE
Nama penuh PU AZRAIE: Mohamad Azraie Mohamad Yunus
Umur: 24 tahun
Asal: Kedah

2) PU AMIR
Nama penuh PU AMIR: Amir Shahrizat Md Sharif
Umur: 37 tahun
Asal: Kedah

3) PU AZIHAL
Nama penuh PU AZIHAL: Azihal Bangsawan
Umur: 31 tahun
Asal: Sabah

4) PU LOKMAN
Nama penuh PU LOKMAN: Mohd Lokman Ahmad
Umur: 29 tahun
Asal: Pahang

5) PU YUSOF
Nama penuh PU YUSOF: Mohd Yusof Bin Arbain
Umur: 34 tahun
Asal: Pahang

6) PU NASRI
Nama penuh PU NASRI: Mohd Nasri Bin Abdul Manap
Umur: 40 tahun
Asal: Kedah

7) PU SUHAIMI
Nama penuh PU SUHAIMI: Suhaimi Mohd Yunus
Umur: 34 tahun
Asal: Perak

8) PU JOHANI
Nama penuh PU JOHAN: Johani Ibrahim
Umur: 30 tahun
Asal: Johor

9) PU FAIZ
Nama penuh PU FAIZ: Ahmad Faiz Hafizzudin
Umur: 25 tahun
Asal: Kelantan

10) PU AZMAN
Nama penuh PU AZMAN: Azman Shah Bin Alis
Umur: 33 tahun
Asal: Kuala Lumpur

Ada peserta Program Pencetus Ummah dari Sabah. Menarik! 2 peserta PU senegeri iaitu Pahang dan Kedah. Tenaga pengajar bagi Program Pencetus Ummah musim 2 ni terdiri daripada Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi. 

Program Pencetus Ummah PU 2014 Musim 2, Senarai 10 peserta Program Pencetus Ummah musim 2, gambar Program Pencetus Ummah musim kedua, tenaga pengajar, murabbi, fasilitator Pencetus Ummah PU tahun 2014

Menonton rancangan berilmiah sebegini, menambahkan lagi pengetahuan tentang ajaran Islam. Cara dakwah yang santai pastinya mudah difahami penonton.

Saksikan Program Pencetus Ummah Musim 2
Tarikh Program Pencetus Ummah Musim 2 disiarkan: 13 November 2014
Facebook Pencetus Ummah: https://www.facebook.com/PencetusUmmah?fref=ts
Hari: Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

4 comments

terbaiklah..
tak sabar nak tengok nnti..
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/11/program-baktisiswa-perdana-with-love.html

CT tak mengikuti pun..
tv ade tapi tak bukak hihihi

Sik pernah gik nangga rancangan tok. Heheh.


EmoticonEmoticon