Kajang Dilanda Banjir Kilat
Hujan
lebat yang melanda pusat bandar yang berlaku Rabu lepas telah menyebabkan
berlakunya banjir kilat. Hujan
hampir 3 jam tu, mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah. Ditambah
lagi dengan kes longkang tersumbat. Air mula naik sehingga setengah meter iaitu
hingga ke paras pinggang. Tinggi jugak paras air tu.
Gambar Banjir Kilat Yang Berlaku Di Kajang
Gambar banjir kilat yang berlaku di Kajang. Kelihatan beberapa
buah kereta terperangkap dalam banjir kilat tersebut, dan air mula naik
di sepanjang bangunan kedai.
Kajang Tempat Berisko Tinggi Dilanda Banjir
Kilat
Sebelum-sebelum
ni juga, pekan Kajang merupakan tempat yang pernah dilaporkan berlakunya banjir
kilat. Akibat banjir kilat tersebut, banyak kedai-kedai dimasuki air juga banyak
kenderaan terperangkap tanpa dapat bergerak akibat berlakunya banjir kilat.
Sumber: Kajang dilanda banjir kilat
Sumber: Kajang dilanda banjir kilat
Maksud Banjir Kilat Dan Bagaimana Proses Banjir
Kilat Terjadi
Banjir kilat adalah satu keadaan banjir yang berlaku secara
tiba-tiba. Hujan yang turun dengan lebatnya dalam tempoh yang panjang menjadi
punca banjir kilat tersebut berlaku. Banjir
kilat sering berlaku di kawasan yang padat dengan bangunan ataupun kawasan
Bandar yang pesat membangun. Akibat sistem perparitan yang tidak berfungsi
dengan baik, ia mengundang kehadiran banjir
kilat.
Banjir kilat ni hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Macam
yang diceritakan kat atas, kawasan Kajang berpotensi besar menghadapi masalah
banjir kilat. Kawasan yang membangun dan kegagalan sistem perparitan atau punca
longkang tersumbat yang menyumbang berlakunya banjir kilat.
Kesan Akibat Banjir Kilat
Macam
yang kita tahu, bila sesuatu tempat tu dilanda banjir kilat, perkara utama yang kita fikir pasal kerosakan barang.
Banyak kerugian woo. Bayangkan kalau dalam kedai tu jual peralatan elektrik,
rugi besar. Banyak barang rosak. Malah kedai pakaian, kedai runcit turut sama
terima kesan yang sama.
Untuk
pengguna jalan raya, kalau banjir kilat
tu berlaku ketika mereka dalam perjalanan, bayangkan betapa lama mereka
terperangkap dalam kereta. Nak jalan macam mana, dah air besar, kereta
terperangkap dalam banjir kilat. Kalau kes banjir kilat teruk, boleh
menenggelamkan kereta woo. Kereta yang bernilai puluhan ribu, ratusan ribu,
rosak sekelip mata dek ditenggelami banjir kilat. Tapi paling penting, kena
selamatkan diri sendiri ketika berlakunya banjir kilat. Biar hilang
harta benda, jangan hilang nyawa.
2 comments
Betul tu Yumida bila hilang harta jangan hilang nyawa...
Sik pernah gik kenak banjir teruk2 tapi mintak2 janganlah kenak.
EmoticonEmoticon