Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 7

Konsert AF 2014 minggu 7 telah pun berlangsung malam semalam dengan tema lagu klasik. Komen aku bagi Konsert AF 2014 minggu 7 ni, Ewal memberikan persembahan terbaik. Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu 7.

Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 7

Azwan AF 2014 – Hanya Dikau (P.Ramlee)
Ewal AF 2014 – Jeritan Batinku (P.Ramlee)
Firman AF 2014 – Jangan Tinggal Daku (P.Ramlee)
Aman AF 2014 – Tiada Kata Secantik Bahasa (P.Ramlee)
Zarif AF 2014 – Ya Habibi Ali Baba (P.Ramlee)
Adel AF 2014 – Jelingan Manja (Saloma)
Nina AF 2014  – Itulah Sayang (P.Ramlee ft. Normadiah)
Nuha AF 2014 – Engkau Laksana Bulan (P.Ramlee)

Tahniah buat 8 peserta AF 2014 yang telah menjayakan Konsert ke-7 Akademi Fantasia 2014 malam semalam. Jom layan gambar persembahan peserta AF 2014 di Konsert Akademi Fantasia Minggu 7:

Komen & Gambar Persembahan Peserta Konsert AF 2014 Minggu 7


Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 7, Gambar persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu 7, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-7, Ewal persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 7, Adel tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7
Ewal AF 2014 dengan lagunya Jeritan Batinku. Tahniah Ewal! Bagi aku persembahan Ewal merupakan persembahan terbaik di konsert AF 2014 minggu 7! Malah persembahan Ewal jugak mampu memikat hati juri. Datuk Ramli M.S dan Erra Fazira memuji persembahan Ewal. Nyanyian sebeginilah yang kita nak tengok! Lontaran vokal bagus, nyanyian sedap, ada feel, ada suntikan kreativiti dalam nyanyian. Good job Ewal! Baru semangat kita nak tengok konsert AF setiap minggu. Berbakat cenggini!

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 7, Gambar persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu 7, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-7, Ewal persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 7, Adel tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7
Nuha AF 2014 dengan lagunya Engkau Laksana Bulan. Raja Azura komen nyanyian Nuha menyentuh jiwanya. Komen aku lak, ada part yang bez time Nuha nyanyi, ada part yang kedengaran tak best. Apa pun Nuha antara peserta favourite aku selain Ewal. Hope Nuha sampai ke pentas final nanti.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 7, Gambar persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu 7, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-7, Ewal persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 7, Adel tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7
Firman AF 2014 membawa lagu Jangan Tinggal Daku. Datuk Ramli MS komen nyanyian Firman tak selari dengan band di belakang. Komen aku tetap sama macam minggu lepas. Sebutan Firman tak jelas. Feel tu memang dah ada. Penceritaan lagu tak sampai kepada penonton. Hope Firman perbaiki kejelasan sebutan masa nyanyian. Tapi kan…tapi kan..part Zizan usik Firman tu memang kelakar. Automatik aku teringat time emak dan bapak Firman buat video call tu. Tugas Zizan sebagai hos konsert AF 2014 sentiasa menghidupkan suasana. Malah suka jugak usik Datuk Ramli MS yang begitu serius mengkritik persembahan peserta.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 7, Gambar persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu 7, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-7, Ewal persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 7, Adel tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7
Azwan AF 2014 membawa lagu Hanya Dikau. Bagi aku lagu ni, lagu yang simple, mudah dibawa. Raja Azura juga cakap lagu ni lagu makanan Azwan. Sesuai dengan jiwa Azwan. Azwan merupakan peserta yang sentiasa mendapat undian tertinggi setiap minggu! Even persembahan baik, persembahan biasa-biasa, persembahan kurang memuaskan hati juri, namun undiannya..wow! Setiap minggu di tangga pertama youuu. Memang hebat pengundi Azwan. Jarang tengok peserta program realiti tv yang bertahan lama mengekalkan ranking undian.  

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 7, Gambar persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu 7, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-7, Ewal persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 7, Adel tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7
Adel AF 2014 membawa lagu Jelingan Manja. Persembahan Adel tidak dapat memuaskan hati juri. Menurut Datuk Ramli M.S kebanyakan persembahan pelajar malam tu, banyak yang pincang. Nyanyian tak selari dengan band di belakang. Lagu Jelingan Manja menyebabkan Adel kurang mendapat undian malam tu, yang akhirnya menyebabkan dirinya diumumkan peserta tersingkir di hujung konsert. Pengumuman yang mengejutkan! Biasanya kedudukan undian Adel sentiasa berada di kedudukan teratas. Hinggakan Zizan dan Faizal Ismail mempamerkan riak wajah terkejut sejurus membuka sampul kad tersebut.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 7, Gambar persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu 7, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-7, Ewal persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 7, Adel tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7
Kredit foto: Facebook Akademi Fantasia

Pengacara Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 7
Zizan Razak & Faizal Ismail (FBI)

Juri Akademi Fantasia AF 2014 Minggu Ketujuh
Raja Azura, Datuk Ramli MS & Erra Fazira

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Panasss!

Konsert AF 2014:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Tarikh konsert AF 2014 Minggu 7: 19 Oktober 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

4 comments

Go ewal go..he..he..Nway kesian dia masa announcement pelajar yang tersingkir tu..suspen aje...

Adel ni yang ratu cantik tu kan??AF ni akak tengok ulangan je..sebab malam aahd selalunya tengok bola..

aah kak Adel ratu cantik. tinggi lampai orangnya.


EmoticonEmoticon