Sinopsis Dendam Orang Mati

Dendam Orang Mati? Tajuk dah seram giler! Agak-agak berani tak aku tengok. Huhu. Tapi kan, aku tertarik dengan promosi di kaca tv. Baru-baru ni, filem Dendam Orang Mati dihebahkan dalam Meletop. Pelakon Dendam Orang Mati diterajui oleh Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana. Lisa Surihani tuuu! Pelakon kegemaran! Pengarah filem Dendam Orang Mati ni pula ialah Jason Chong.

Sinopsis Dendam Orang Mati

Dendam Orang Mati mengisahkan seorang pesakit mental yang menghuni tingkat empat di sebuah flat usang. Lena (Lisa Surihani), merupakan isteri kepada Shahrul (Fizz Fairuz). Sebelum ini, Lena terlantar di hospital kerana koma. Ketika Lena dalam keadaan koma, suaminya telah berkahwin dengan perempuan lain iaitu Min (Miera Liyana).

Selepas Lena tersedar daripada koma, Lena disahkan menghidap amnesia. Ketika itu juga, Lena diganggu oleh makhluk halus. Makhluk halus yang dihuni oleh roh jahat yang telah mati. Apa yang menakutkan, makhluk halus ini ingin membalas dendam! Dendam orang Mati!! Dari manakah datangnya makhluk halus ini? Apa tujuannya ia mengganggu Lena? Adakah dendamnya berjaya ditunaikan? Adakah benar, wujudnya dendam orang yang telah mati? Sama-sama kita saksikan dalam filem Dendam Orang Mati ni nanti.

Sinopsis filem Dendam Orang Mati, gambar Dendam Orang Mati, pelakon Dendam Orang Mati, Lena - Lisa Surihani, Shahrul - Fizz Fairuz, Min - Miera Liyana, kisah Dendam Orang Mati, filem seram

Lisa Surihani bawa watak Lena dalam filem Dendam Orang Mati

Watak Lena, seorang isteri yang menderita penyakit mental lakonan Lisa Surihani menjadi fokus utama dalam filem Dendam Orang Mati. Ramai yang memberi pujian pada watak Lena, katanya Lisa Surihani beraksi cemerlang dalam menjayakan wataknya.

Lisa Surihani bukan sahaja dapat membawakan watak pesakit mental dengan baik, bahkan, jiwa gila yang dipersembahkan dalam naskhah ini disampaikan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Malah, dikatakan filem Dendam Orang Mati mempunyai kelainan berbanding filem seram sebelum ini. Tu yang bikin aku excited nak tengok! Tapi kan filem Dendam Orang Mati ni baru keluar kat pawagam. Kena tunggu CD dijual baru aku dapat tengok filem ni. Takpe, sabar menanti..

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)

14 comments

pegi jelh tgk kt panggung hehe

assalamualaikum yumida...mcm best jer ni...:)

citer ni cam citer annabella sikit kot.. huhu

Salam singgah petang dik Yumida...baca sinopsis dia macam best jer kan...

filem Dendam Orang Mati orang mati ni baru keluar kat pawagam semalam. bestnye sape yg dapat pegi tengok. sure seram n penuh suspen jalan ceritanya

kat sini takde panggung. pekan kecil je. bertuah sape yang dapat tengok Dendam Orang Mati kat pawagam. filem baruuu

masa filem Dendam Orang Mati ni dipromosi, ramai yang kata best mama. syoknye kalau dpt tengok

ooo filem annabella tu belum tengok lagi. nanti lepas tengok boleh compare jalan ceritanya dengan filem Dendam Orang Mati

tu la kak, geram gak nak tengok filem ni. sinopsis Dendam Orang Mati mengayat habis!

Mcm best je ni. Thanks sharing Yumida.. :)


EmoticonEmoticon