Zarif & Nina Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8

Zarif dan Nina Peserta Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 8 telahpun berlangsung dengan jayanya malam Ahad semalam (26 Oktober 2014). Menyaksikan 7 persembahan peserta AF 2014 dengan membawa tema lagu pilihan Media.
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK) 


Lagu Romancinta punca Zarif kurang mendapat undian

Zarif AF 2014 membawa lagu Romancinta. Hancus persembahannya. Lagu Romancinta ni memerlukan suara yang besar dan tinggi. Memang tak sesuai dengan range vokal Zarif. Seringkali kedengaran suara Zarif pecah dan tak capai high note. Datuk Ramli MS komen Zarif kena ukur kemampuan vokal sendiri memandangkan range vokal Zarif memang tak mencukupi untuk lagu Romancinta ni. See, sama pandangan aku dengan Datuk Ramli MS. Lagu yang begitu mencabar ni telah membuatkan Zarif kurang mendapat undian, yang akhirnya menyebabkan Zarif tersingkir di hujung konsert.

Zarif dan Nina tersingkir Konsert AF 2014 minggu 8, Zarif dan Nina peserta tersingkir dan terkeluar Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu kelapan, tema lagu pilihan Media konsert AF 2014 minggu 8


Nina akhirnya tersingkir

Selepas bertahan beberapa minggu, akhirnya Nina terkeluar di konsert AF minggu 8. Sebelum ni, kecoh apabila penonton berasa tidak puas hati ketika penyingkiran Adel di minggu 7. Penonton merasakan Nina yang harusnya terkeluar di minggu lalu. Tapi, undian di tangan penonton. Rezeki Nina di Akademi Fantasia 2014 hanya sampai minggu ke-8. Malam semalam, Nina AF 2014 membawa lagu Rescue. Lagu Yuna, Nina ada cara tersendiri nyanyi lagu ni. Nampak sesuai jenis muzik macam ni dengan jiwa dan vokal Nina. Kat pertengahan lagu ni, tiba-tiba ada penari zumba datang. Tauke dan Yus, nampak kelakar je Tauke menari. Lagu duet Ku Merindu, kurang mendapat pujian dari Roslen Fadzil. Karakter Nina kurang menguasai lagu ni. Lagu duet yang kedengaran hambar di telinga penonton. Nasib Nina sama seperti Zarif, apabila mereka berdua tersingkir di konsert AF 2014 minggu 8. 

Dengan tersingkirnya Zarif dan Nina di Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu kelapan, maka 5 peserta AF 2014 yang lainnya mara ke peringkat seterusnya ke minggu 9. Tahniah diucapkan buat: AZWAN AF 2014, EWAL AF 2014, FIRMAN AF 2014, AMAN AF 2014, NUHA AF 2014.

Zarif dan Nina tersingkir Konsert AF 2014 minggu 8, Zarif dan Nina peserta tersingkir dan terkeluar Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu kelapan, tema lagu pilihan Media konsert AF 2014 minggu 8

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

1 comments so far


EmoticonEmoticon