Sekolah Kluster






SEKOLAH KLUSTER





LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.


DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;







  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia




  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad




  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)


Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.




KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:







  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.




  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.




  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).




  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta




  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)


Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:







  • Prasyarat Pertama






    • Pengukuran Standard Sekolah:




  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)




  • Prasyarat Kedua




  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)




  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:






    • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah




    • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah




    • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah




    • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah






    • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):




    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau




    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau




    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah


c. Syarat Pemilihan







  • Kecemerlangan murid dalam aspek:






    • Akademik




    • Kokurikulum




    • Sahsiah




  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.




  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.




  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.




  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.




  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.




  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM




  • Sekolah berwatak


Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:







  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan




  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.




  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster




  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional




  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat




  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran


PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER



Pemimpin sekolah kluster ialah:







  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)




  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang




  • Jawatan: school-based post


Guru-guru sekolah kluster pula:







  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang




  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.




  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan




  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2


Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:







  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada




  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah




  • Ujian saringan sekolah


Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:







  • Berpandukan:






    • Key Performance Indicator (KPI)






      • pengurusan sumber manusia dan fizikal




      • sumber kewangan




      • pembangunan profesionalisme staf




      • program kurikulum dan kokurikulum berkesan




      • lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.




    • TOR Sekolah Kluster


Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:







  • Umum (untuk semua sekolah)




  • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).


Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:







  • Pematuhan piawai yang berikut:






    • Akta Pendidikan 1996




    • Sistem Pendidikan Kebangsaan




    • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran




    • SKPM


Senarai Bidang Autonomi:







  • Pengurusan Sekolah




  • Pengurusan Sumber Manusia




  • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal




  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum




  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum


Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.



Peranan Agensi Lain



Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:







  • Biasiswa




  • Kewangan/Dana




  • Program Kecemerlangan Akademik




  • Program Kecemerlangan Kokurikulum




  • Program Kerjaya


IMPAK SEKOLAH KLUSTER



Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum







  • Program Kerjaya




  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar




  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara




  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster




  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan




  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)




  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara




  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
    (6.9% daripada 350,000 guru)




  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Sekolah Bestari



Sekolah Bestari


Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.


Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.




Salah Faham


Pada peringkat awal konsep sekolah bestari diperkenalkan terdapat salah faham yang meluas dalam kalangan warga pendidik dan ibu bapa yang menyangka sekolah bestari adalah sekolah yang mesti menggunakan komputer dan kemudahan ICT. Padahal penggunaan ICT hanyalah pemangkin dalam melaksanakan konsep bestari sedangkan terdapat banyak lagi faktor ke arah pembestarian dalam persekolahan.

Ciri-Ciri Guru Beretika



Ciri-ciri Guru Beretika











































































































1


Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar' serta mengelakkan diri daripada melanggar hukum agama, tata susila masyarakat dan undang-undang negara.


2


Meletakkan ilmu dan pengajaran di atas kepentingan diri sendiri.


3


Kemaskini dengan maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan.


4


Mempelajari dan mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan teknologi pendidikan.


5


Memahirkan diri dan memahami segala aspek pelajaran yang diajar. (Trampil dalam pelajaran dan mahir dalam pengajaran)


6


Adil saksama, demokratik dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar (Tiada pilih kasih atau pet).


7


Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti melibatkan pelajar.


8


Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah bukan dengan cara memarahi.


9


Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluangkan masa untuk membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka.


10


Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan memperkembangkan idea pelajar.


11


Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka benar-benar terlatih atau faham mengenainya.


12


Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran I kemampuan berlainan.


13


Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani dan dihormati pelajar.


14


Prihatin ten tang sahsiah dan tingkahlaku para pelajar.


15


Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas.


16


Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan / kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar.


17


Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai budaya maktab dan masyarakat.


18


Bijak mengurus dan menggunakan masa.


19


Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi menyenangkan. Mampu berkecindan / berjenaka dan boleh menerima jenaka. (Sense of humour )


20


Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling.


21


Menghormati displin ilmu orang lain, di hadapan pelajar, rakan sej awat dsbnya.


22


Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang).


23


Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah.


24


Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan keberkesanan.


25


Dapat menjadi model / teladan


26


Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam melaksanakan tugas.


27


Berani mencuba dan berflkiran terbuka.


28


Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau rakan guru.


29


Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan sejawat.


30


Cermat dan hemat terutama dalam aspek yang memerlukan ketepatan dan ketentuan.


31


Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran.


32


Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan iktisas serta gemar menyebarkan ilmu.


33


Mudah bergaul, pandai menyesuaikan diri dan mampu memahami keadaan serta mengekalkan hubungan baik dengan rakan sekerja. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.


34


Bersemangat dan memiliki keyakinan diri yang kuat (enthusiasm is contagious) serta mementingkan kecemerlangan.


35


Mampu mewujudkan semangat kesetiakawan, semangat yang mengandungi un sur solidarity, kerjasama, perkongsian dan bertukar-tukar pengalaman serta idea dengan rakan setugas.


36


Berperanan sebagai wakil sekolah dalam aktiviti dan majlis yang dianjurkan oleh masyarakat.


37


Sentiasa menilai keberkesanan diri dan memberi ruang kepada pelajar dan pihak berkenaan membuat penilaian. Bersedia membaiki diri dan prestasi keIja dari semasa ke semasa.


38


Memberi perkhidmatan dengan ikhlas - tidak mengharap ganjaran.


Kenali Kucing Anda



Kenali Kucing Anda



Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak dari golongan mamalia
karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota.







Tips Memelihara Kucing



Memelihara kucing kelihatannya mudah, akan tetapi ada beberapa hal penting yang mungkin perlu diketahui atau dihindari oleh para pemelihara kucing.




  • Sebaiknya hindari pemberian susu atau cream pada kucing. Di dalam susu atau cream kemungkinan terdapat kandungan gula yang sebenarnya tidak diperlukan oleh seekor kucing. Gula yang tidak diperlukan tersebut akan menyebabkan kucing mengalami gangguan pencernaan seperti diare.


  • Ketika berumur 6 bulan, kucing dikategorikan sebagai kucing dewasa. Oleh kerana masa pertumbuhan pada kucing pendek, sebaiknya diberikan makanan yang baik ketika kucing dalam fasa pertumbuhan.


  • Anak kucing memerlukan protein 3 kali lebih banyak dibandingkan kucing dewasa. Akan tetapi pemberian makan pada anak kucing sebaiknya tidak berlebihan.


  • Penyediaan air minum yang bersih amat penting. Tempat minum yang digunakan harus benar-benar bersih dan tidak mengandungi sabun cuci. Tempat minum yang tercemar oleh sabun dapat menyebabkan kucing menderita diare.


  • Anak kucing memerlukan tidur dalam 16 hingga 18 jam sehari. Jadi apabila anak kucing anda sedang tidur, biarkanlah mereka tidur. Menurut para cendikiawan, jika kucing tidur tidak nyenyak, ia akan memerlukan waktu tidur yang lama sebagai penggantinya.


  • Anak kucing biasanya suka untuk bermain. Ketika anak kucing itu masih kecil, apa yang diajarkan oleh pemilik akan membentuk sifat dasar kucing tersebut. Sebagai contoh, bila anak kucing tersebut sering diajak bermain saat masih kecil, sehingga dewasa sifat kucing tersebut akan periang dan suka bermain. Kasih sayang yang anda berikan juga akan berperanan dalam membentuk sifat dasar kucing serta menentukan hubungan rapat dengan anda.


  • Hati-hati apabila kucing anda bermain-main dengan kain atau benang. Hal ini dapat membahayakan keselamatan si kucing karena mereka suka menggigitnya atau bahkan memungkinkan termakan olehnya.


  • Jangan sekali-kali memukul kucing apabila ia melakukan kesalahan. Hal ini dapat memberikan kesan yang amat serius pada emosi serta kesihatan kucing anda.


  • Membentak ataupun memukul kucing hanya akan menakutkan si kucing tanpa menyelesaikan masalah yang berlaku. Jangan pernah berfikir bahawa dengan memukul atau membentak akan menimbulkan perasaan bersalah pada si kucing. Pada saat si kucing lari saat dibentak atau dipukul, sebenarnya kucing itu tidak merasa bersalah akan tetapi hanya kerana ketakutan.






Mengenali Gaya Tubuh Kucing



Sikap berjalan seekor kucing dapat menunjukkan keadaan mood dari kucing tersebut. Misalnya, kita melihat seekor kucing berlari-lari dengan penuh keanggunan sambil mengibas-ibaskan hujung ekornya. Sikap ini menggambarkan bahawa kucing tersebut dengan suka ria menyambut kedatangan anda.




Selain itu, gerakan yang sangat perlahan pada hujung ekor kucing menunjukkan bahawa kucing tersebut sedang merasa nyaman ataupun ia sedang rileks. Tetapi gerakan seperti ini mengandaikan bahawa kucing tersebut sedang bersikap waspada ketika ia ingin menerkam mangsa buruannya.




Namun, anda harus bersikap waspada terutama sekali apabila gerakan ini berubah menjadi gerakan yang lebih kuat tindak balasnya. Dalam situasi seperti ini apa pun yang anda lakukan dapat mengganggu kucing tersebut. Apabila kucing tersebut terus menerus mengibas-ibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan maka sebaiknya anda berdiri di tempat dan tidak melakukan gerakan apa pun.




Biasanya tanda-tanda seperti ini terlihat dalam kombinasi gerakan. Misalnya, seekor kucing yang sedang bergembira akan mengulurkan dan kemudian menarik kembali kuku-kukunya, dan setelah itu ia akan berdengkur dengan kuat serta mengibaskan hujung ekornya. Seekor kucing yang sedang merasa terancam akan memperlihatkan giginya, telinganya tertutup rapat, mendesis, lidahnya berliur, bulunya ditegakkan, dan ekornya dikibas-kibaskan serta punggungnya berubah melengkung.







Mengenali Gaya Duduk Kucing



Bahasa tubuh kucing seperti yang diperlihatkan melalui postur tubuh atau sikap tubuhnya merupakan suatu subjek yang sangat menarik untuk diteliti dan dipelajari. Secara umum, memahami sikap tubuh kucing akan membantu Anda menginterpretasikan gaya kucing peliharaan Anda. Salah satu tanda termudah untuk mengenali hal seperti ini adalah dengan cara mengamati sikap tubuh seekor kucing yang sedang merasa nyaman atau gembira, yang ditandai dengan sikap tubuhnya yang rileks dan mata yang setengah terpejam.




Antara tanda-tanda kucing anda menunjukkan keadaan santai ia akan membaringkan tubuhnya ke lantai, kemudian ia perlahan-lahan akan mengulur dan setelah itu menarik kembali kuku-kukunya, dan pada keadaan seperti inilah Anda mungkin dapat menggelitik atau menggaru bahagian tubuh mana saja dari kucing peliharaan Anda. Jika Anda melakukan hal seperti ini, maka kucing peliharaan Anda tersebut akan menunjukkan reaksinya dengan cara memutar punggungnya kemudian secara tidak langsung membujuk Anda untuk mengulangi lagi tindakan tersebut.







Tips Memandikan Kucing



Memandikan seekor kucing bukan pekerjaan yang mudah. Berbagai kesulitan dapat saja muncul pada saat kucing dimandikan. Kesulitan yang banyak ditemui iaitu kucing memberontak dan berusaha untuk melarikan diri ketika dimandikan. Hal ini disebabkan kucing merasa tidak selesa. Bagi mengatasinya, Anda ikuti tips berikut:




Memandikan Kucing:




  • Usahakan agar segala keperluan seperti shampu dan lain-lain berada dalam jangkauan tangan anda.


  • Usahakan agar suhu ruangan tidak terlalu sejuk ketika kucing dimandikan.


  • Letakkan kain sebagai alas kaki kucing ketika dimandikan. Hal ini berguna agar kucing dapat berpijak dengan baik dan tidak licin. Ini menyebabkan kucing merasa lebih tenang dan dapat mengurangi ketegangan yang dialaminya.


  • Gunakan air hangat untuk memandikannya.


  • Ketika memandikan, apabila kucing anda berontak, cubalah untuk menenangkannya dengan belaian dan jangan membiarkannya untuk melarikan diri.


  • Jangan membasahi wajah kucing


  • Apabila wajah kucing harus dibersihkan, gunakan kain untuk mengelapnya.


  • Usahakan agar buih shampu tidak mengenai mata atau masuk ke telinga kucing.


  • Kerana bulu kucing menyerap banyak buih shampu, usahakan untuk membilas tubuh kucing sampai benar-benar bersih.




Kaki dan Kuku Kucing



Umumnya, semua kucing akan menjaga serta merawat kuku-kukunya dengan baik, iaitu dengan cara memanjat dan mencakar atau menggaru-garukan kukunya pada benda-benda seperti dahan pokok, tiang serta perabot rumah.




Kebiasaan kucing yang gemar memanjat serta menggaru-garukan kuku atau cakarnya ini tidak hanya bermanfaat untuk membantu mempertajam kuku-kukunya, tetapi kebiasaan seperti ini juga dianggap sebagai bentuk lain dari cara berkomunikasi kucing. Alasannya, bekas goresan kuku atau cakar dari kucing ini meninggalkan bau kelenjar pada kaki kucing tersebut dan hal ini dapat dijadikan sebagai sebuah petunjuk jelas bahawa sebelumnya seekor kucing telah mengunjungi atau berada di tempat tersebut.




Dan bagi Anda para pemilik kucing, mungkin sebaiknya Anda menyediakan sebuah tiang panjat di dalam rumah dengan maksud untuk mencegah binatang kesayangan Anda memanjat ataupun menggaruk-garukkan kuku-kuku atau cakar-cakarnya yang tajam pada gorden (tirai jendela rumah Anda) serta perabotan rumah Anda.







Tanda-tanda Kucing Sakit



Jika Anda sentiasa memerhatikan perilaku kucing Anda, Anda seharusnya dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami kucing Anda. Perhatikanlah setiap perubahan perilaku atau selera makan kucing Anda, suhu tubuh yang tinggi, dehidrasi, maupun tubuh kucing Anda yang menggigil. Apabila kucing Anda berubah menjadi pendiam dan kurang lincah, makan lebih sedikit dari jumlah yang biasa, atau secara umum tampak kurang sihat, hal ini dapat mengandaikan bahawa kucing Anda sedang sakit dan sebaiknya Anda membawanya ke doktor haiwan untuk diperiksakan kesihatannya.




Telinga
Menggaru, menggeleng-gelengkan kepala, kehilangan keseimbangan, atau terjadi pembengkakan, merupakan indikasi adanya gangguan atau masalah kesihatan.


Mata
Posisi mata kelihatan menurun, membengkak, menunjukkan adanya iritasi, timbulnya radang, atau timbulnya selaput di atas salah satu mata atau kedua-keduanya, merupakan indikasi adanya gangguan atau masalah kesehatan.


Hidung
Perhatikan dan waspadailah setiap bentuk bersin, bunyi sengauan, tubuh yang tampak lesu pada kucing Anda, maupun segala bentuk perubahan pada rupa hidung kucing Anda, misalnya hidung kucing yang berubah menjadi merah (memerah).


Bulu dan kulit
Periksakan kucing Anda apabila terjadi pembengkakan, mengaruk-garuk cakar atau kuku-kukunya, maupun gejala-gejala perubahan lainnya yang terjadi pada kondisi kulit atau bulu kucing Anda.


Lengan dan otot
Perhatikan dan waspadailah setiap ketimpangan, gerak tubuh yang tidak biasa, maupun postur tubuh yang abnormal dari kucing Anda.


Mulut dan gigi
Perhatikan dan waspadailah air liur yang berlebihan pada kucing Anda, radang, pembengkakan, ataupun luka-luka yang tampak jelas lainnya.


Sistem pernafasan
Perhatikan dan waspadailah pernafasan yang tampak tidak wajar, gejala batuk maupun bersin-bersin pada kucing Anda.


Perut dan usus
Gejala muntah-muntah, diare, sembelit atau konstipasi, yang tidak lain merupakan penanda penyakit yang terjadi pada wilayah perut atau abdomen, warna kotoran atau tinja yang abnormal, terdapatnya darah pada muntah atau kotoran kucing Anda, merupakan indikasi terjadinya gangguan atau masalah kesihatan pada kucing Anda.


Saluran kencing
Perhatikan dan waspadailah gejala buang air kecil yang berlebihan pada kucing Anda, rasa haus yang abnormal, darah pada urinenya, terhambatnya air seni, rasa sakit, maupun ketidakmampuan untuk buang air kecil, merupakan indikasi terjadinya gangguan atau masalah kesihatan pada kucing Anda.


Alat kelamin
Terhambat atau kurang berfungsinya alat kelamin, terjadinya iritasi, pembersihan yang berlebihan pada area genital, maupun buang air kecil yang terlalu sering, merupakan indikasi terjadinya gangguan atau masalah kesihatan pada kucing Anda

Biodata Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak



Biodata: Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak


PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 DAN PRESIDEN UMNO

YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Keluarga
Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978), Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.

Pendidikan

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.


Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

* 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
* 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
* 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
* 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
* 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
* 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
* 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Hari Gawai



Hari Gawai


Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada perayaan disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun
1965
.


Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Penyediaan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa
padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.


Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.




Hari Gawai juga diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti:




  1. Gawai Batu – merujuk kepada permulaan musim menanam padi


  2. Gawai Burung – merujuk kepada perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik


  3. Gawai Bersimpan – merujuk kepada kesyukuran setelah selesai menuai


  4. Gawai Antu – merujuk kepada perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia





Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dikalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya.









Terdapat beberapa jenis tuak antaranya:

1) Tuak beras
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

2) Tuak nipah/kelapa
Tuak (nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.






Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.


Seperti yang kita sedia maklum, perayaan Gawai Dayak ini disambut oleh masyarakat Sarawak iaitu daripada etnik Iban dan Bidayuh. Pesta Gawai ini diraikan secara besar-besaran semenjak dari dulu lagi sehingga sekarang. Negeri Kenyalang ini diduduki oleh rakyat yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik, bangsa dan agama, namun penduduk hidup berlandaskan perpaduan. Ini menjadikan rakyat Sarawak hidup dalam keadaan harmoni dan berpegang kepada prinsip saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agamanya. Justeru itu, sejarah asal usul kaum Dayak dihuraikan seperti di bawah untuk berkongsi pengetahuan dengan masyarakat umum.
Di Sarawak, kaum Iban merupakan etnik terbesar yang merangkumi 30 % populasi negeri ini berdasarkan kajian yang diambil pada tahun 2009. Selain itu, mereka dikategorikan secara salah sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot, bagaimanapun, mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah Kalimantan. Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani dan terkenal dengan 'ngayau' atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung, Tuhan burung peperangan. Walau kebanyakan mereka kini beragama kristian, mereka masih mengamalkan amalam tradisi.
Manakala kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain menjadikan kawasan pergunungan negeri ini sebagai tempat kediaman. Ada yang merupakan peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal kerana minuman tuak (arak beras). Dahulu, sewaktu zaman pemburuan kepala, hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam sebuah 'baruk'. Baruk adalah sebuah rumah bulat yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung mereka. Ia dibina tinggi, kira-kira 1. 5 meter dari tanah dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian.




Resepi Perkahwinan Bahagia



Resipi Perkahwinan Bahagia


TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.


Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.


1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.


Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?




2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.


Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.




3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.


Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.




4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.


Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'




5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.


Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.




6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?


Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?




7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.


Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Petua Kahwin Untuk SUAMI



PETUA KAHWIN UNTUK SUAMI


Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?


Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?




  • Sentiasa berdoa agar disayangi.


  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.


  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.


  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.


  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.


  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.


  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.


  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).




  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.


  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.


  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.


  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.


  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.


  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.


  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.




  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.


  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.


  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.


  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.


  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".


  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.


  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.


  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.


  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.


  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.


  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.




  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.


  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.


  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.


  • Urut belakang isteri sekali sekala.


  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.


  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.


  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.





  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.


  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.


  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.


  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.


  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.


  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.


  • Seeloknya masuk tidur serentak.


  • Belai isteri sebelum pergi kerja.




  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.


  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.


  • Lakukan riadah bersama isteri.


  • Pergi berkelah sekali sekala.


  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Konsep ‘1 Malaysia’



Konsep '1 Malaysia'


1. PENGENALAN



Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. '1 Malaysia' juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.


'1 Malaysia' memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.


1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.


Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.


Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.


Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.


1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.


Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.




2. DEFINISI


Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
"Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;


Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.


Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama".


2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :


2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.


Ayat yang menyebut "Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People" menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.


Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.


Sementara ayat "dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita" lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.


2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia


"Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita" telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.


Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.




3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA


Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:


3.1. "Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza".


3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.




4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA


Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.




5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU


Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan "konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.


Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.




6. MATLAMAT


'1 Malaysia' bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.



'1 Malaysia' juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak iaitu 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.




7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA


Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep '1 Malaysia'. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:


1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti




7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN


Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.


7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.


7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.


7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.


7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.




7.2. KETABAHAN


Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.


7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.


7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.


7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.


7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.


7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya


7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan


7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.




7.3 RENDAH HATI


Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk'. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.


7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.


7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.


7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.


7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.


7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.




7.4. PENERIMAAN


Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.


7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.


7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.


7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.


7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan '1 Malaysia'.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.




7.5 KESETIAAN


Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.


7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.


7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.


7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.


7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.


7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.


7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.


7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.


7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.


7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.


7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.




7.6 MERITOKRASI


Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.


7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..


7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.


7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.


7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.


7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.


7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.




7.7 PENDIDIKAN


Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.


7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.


7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.


7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.


7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.


7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.




7.8 INTEGRITI


Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.


7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.


7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.


7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.


7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.


7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan


7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.


7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.




8. KESIMPULAN



Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.


Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.


Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep '1 Malaysia' ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.


Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.


Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.