Melarik Awan Episod Akhir

Episod Akhir Melarik Awan Drama TV3 Slot Azalea │ Episod 20

Fatihah (Dayana Roza) balik ke kampung mengunjungi pusara ayahnya. Semasa balik dari tanah perkuburan, Fatihah terserempak dengan emak Zul dan memaklumkan tentang berita kematian ibunya, iaitu Zaiton (Ann Abdullah) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Zaiton merupakan ibu tirinya, mak kepada Areya (Shiqin Kamal).

Zul (Hadi Nawawi) datang berjumpa dengan Fatihah. Memohon maaf atas apa yang pernah dia lakukan terhadap Fatihah. Zul kesal dengan tindakannya, berkomplot bersama Areya dalam menjatuhkan Fatihah.

Areya merancang untuk balik ke kampung. Dia berpura-pura di hadapan Fatihah agar merayu Fatihah rujuk kembali bersama Rayyan (Aizat Hassan). Motifnya cuma satu, apabila Fatihah rujuk semula dengan Rayyan, Rayyan akan dapat kembali jawatan CEO di syarikat. Kerana itulah yang tertera dalam wasiat ayah Rayyan, yang melayakkan Rayyan mendapat jawatan CEO.

Selepas mendengar berita Areya balik ke kampung. Zul bergegas ke rumah Areya. Namun hanya kata hinaan yang diterimanya. Areya begitu benci dengan kehadiran Zul. Baginya Zul begitu miskin, tidak layak untuk menjadi kekasih hatinya. Zul menjadi berang apabila Areya mengaitkan emaknya. Memburukkan nama emaknya. Zul pergi dengan hati yang marah dan penuh dendam!

Semasa Fatihah ingin menjenguk Areya, dia terdengar perbualan telefon antara Areya dan Rayyan. Baru dia sedar, rupanya kebaikan Areya ada motif tersirat.

Petang itu, Rayyan datang menemui Fatihah. Rayyan memujuk Fatihah agar kembali semula dalam perkahwinan mereka. Teringat akan rancangan Rayyan dan Areya, Fatihah tekad tidak akan membuka peluang rujuk semula. Rayyan begitu kecewa. Kecewa kerana hajat untuk menjadi CEO tidak kesampaian. Malah Fatihah secara terangan menyatakan hasratnya ingin berkahwin dengan Haziq (Azizul Ammar). Mendengar berita itu, Rayyan bertambah marah.

Di rumah, Areya dan Rayyan sering bertengkar. Areya menyusun strategi menghancurkan Fatihah. Rayyan hanya menurut perancangan Areya.

Fatihah diculik dan dikurung di rumah asing di sebuah tempat terpencil. Rayyan puas melihat Fatihah sengsara dalam keadaan tangan terikat.

Areya pergi mendapatkan dokumen sulit dari Haziq. Kerana itulah syarat untuk melepaskan Fatihah. Selepas menyerahkan dokumen, Haziq segera mendapatkan Fatihah. Haziq marah terhadap abangnya kerana menjadi dalang dalam penculikan Fatihah. Rayyan bertindak mengambil pistol lalu mengacukan ke arah Haziq. Darah mula keluar, Haziq cedera parah. Pada masa itu juga, kedengaran siren polis. Rayyan dan rakannya ditangkap dan dipenjarakan.

Areya berasa bengang apabila laluan jalannya disekat oleh kereta hitam. Areya keluar dari kereta dan terkejut melihat kelibat Zul. Areya mula menghambur kata makian terhadap Zul. Zul mengeluarkan botol dari bajunya, lantas membuka dan mencurahkan kandungan botol ke wajah Areya. Areya menggelupur kesakitan. Kandungan botol itu mengandungi cecair asid!

Wajah Areya hancur teruk. Zul ditahan dan dibawa ke rumah sakit jiwa. Rayyan pula menghabiskan usianya dalam penjara. Rayyan menangis dan merayu agar dirinya membebaskannya.

Haziq sedar dari koma. Keadaannya beransur pulih. Emaknya dan Fatihah lega melihat perkembangan Haziq selepas cedera teruk terkena tembakan pistol dari Rayyan. Tamat! Itulah pengakhiran Melarik Awan episod akhir yang begitu tragik.

Pelakon yang menjayakan drama Melarik Awan episod akhir

Dayana Roza - Fatihah
Shiqin Kamal - Areya
Ann Abdullah - Zaiton
Mubarak Majid - Harun
Aizat Hassan - Rayyan
Azizul Ammar – Haziq
Hadi Nawawi - Zul
Sheila Mambo – Datin Suraya
Zulkifli Ismail – Datuk Mukriz

Gambar Melarik Awan episod akhir

Melarik Awan episod akhir, drama TV3 episod akhir Melarik Awan, last episode Melarik Awan, ending Melarik Awan, pelakon Melarik Awan episod akhir, gambar Melarik Awan episod akhir, Melarik Awan episod 20, drama Separuh Jiwaku menggantikan drama Melarik Awan
Areya disimbah asid

 Melarik Awan episod akhir, drama TV3 episod akhir Melarik Awan, last episode Melarik Awan, ending Melarik Awan, pelakon Melarik Awan episod akhir, gambar Melarik Awan episod akhir, Melarik Awan episod 20, drama Separuh Jiwaku menggantikan drama Melarik Awan

Ending Melarik Awan

Yang jahat akan terima pembalasan. Itulah yang berlaku terhadap Areya, Rayyan dan Zul. Manakala Fatihah dan Haziq akan bersatu semula. Mungkinkah selepas Haziq sembuh dari kecederaan, sebuah perkahwinan bakal dilangsungkan? Tettttt…takde pulak dibagitau penghujung drama Melarik Awan ni. Saksikan drama terbaru menggantikan Melarik Awan iaitu Separuh Jiwaku hari esok. Stay tune!

Drama Melarik Awan Episod 20
Tarikh episod akhir disiarkan: 12 Oktober 2014
Hari: Isnin
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3


4 comments


EmoticonEmoticon