Maksud Pemanasan Global

Apa itu Pemanasan Global │ Pemanasan Sejagat │ Global Warming

Definisi pemanasan global: Pemanasan global dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia. Istilah bahasa Inggeris pemanasan global ialah global warming. Pemanasan sejagat yang dapat dirasai seluruh dunia.

Pemanasan global berlaku di mana gas terperangkap di bumi, dikenali gas rumah hijau tidak dapat dibebaskan keluar ke angkasa. Gas rumah hijau merangkumi karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Gas rumah hijau membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahang bumi ke atmosfera. Haba panas ini terkumpul dan terperangkap di bumi.

Maksud, makna dan erti pemanasan global, apa itu pemanasan global, pemanasan sejagat, global warming, definisi pemanasan global, gambar pemanasan global, gas rumah hijau, punca, kesan pemanasan global, bencana alam akibat pemanasan global

Apabila berlaku dalam tempoh yang lama, kesannya dapat dirasai oleh generasi masa sekarang dalam skala global. Pemanasan global kian dirasai di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian dan kawasan perbandaran. Kesan pemanasan global mengundang kepada bencana alam seperti banjir, banjir kilat, cuaca panas berpanjangan, jerebu, musim kemarau, pencairan glasier, ribut taufan, puting beliung dan banyak lagi.

Lihat sahaja di negara kita, Malaysia. Bulan Jun 2014 bermulanya cuaca panas yang melampau hingga terasa begitu panasnya bahang matahari. Hingga kita didedahkan dengan istilah Strok Haba. Ianya berleretan hingga ke bulan September 2014. Ketika itu juga, berlakunya musim kemarau, kebakaran hutan, jerebu yang menambah kepada aktiviti pemanasan global. Bulan Oktober pula, berita mengenai banjir melanda di Kedah dan Sabah. Macam-macam masalah timbul yang mungkin berpunca dengan pemanasan global.

Oleh itu, sama-sama kita jadi penghuni bumi yang bertanggungjawab. Tidak melakukan aktiviti yang boleh mencetuskan pemanasan global. Jika kita fahami maksud pemanasan global, mengetahui kesannya terhadap bumi, pastinya akan timbul kesedaran dalam diri kita untuk menjaga alam sekitar.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

3 comments

terima kasih atas ilmu yang dikongsi

Teringat isu 12 tempat di Malaysia yang akan tenggelam akibat dari pemanasan global. Seriuskan isu ni...

Salam Jumaat Yumida..Nice Sharing !!


EmoticonEmoticon