Perlaksanaan Agihan Subsidi Petrol Cetus Persoalan

Baru-baru ni, kita dimaklumkan skim rasionalisasi subsidi minyak petrol akan diagihkan mengikut 3 kelompok pendapatan. Individu berpendapatan rendah (gaji bawah RM5,000) layak mendapat sepenuhnya subsidi minyak petrol. Individu berpendapatan menengah/sederhana (gaji antara RM5,000 hingga RM10,000) akan mendapat sebahagian subsidi minyak petrol. Individu berpendapatan tinggi (gaji melebihi RM10,000) tidak layak menerima subsidi minyak petrol.

Persoalan yang timbul, bagaimana perlaksanaan agihan subsidi minyak petrol ni dilaksanakan? Memandangkan setiap pengguna kenderaan, mempunyai pendapatan yang berbeza. Khabarnya, skim rasionalisasi pemberian subsidi minyak petrol adalah melalui MyKad.

Perlaksanaan agihan subsidi petrol cetus persoalan, skim rasionalisasi subsidi minyak petrol, penyalahgunaan mykad untuk dapatkan harga minyak petrol murah, macam mana cara melaksanakan subsidi petrol guna mykad
Entry minyak oh minyak:

Ok, faham. Untuk dapatkan subsidi minyak petrol, golongan berpendapatan rendah dan menengah harus tunjukkan MyKad setiap kali nak beli minyak. Tapi, persoalan berlegar-legar di kepala, bagaimana jika penggunaan MyKad dalam mendapatkan subsidi minyak petrol, disalahgunakan oleh pihak berpendapatan tinggi?

Contohnya macam ni, mereka yang nak dapatkan minyak petrol pada harga rendah/murah, harga petrol yang mana diberikan buat golongan berpendapatan rendah, dinikmati juga oleh golongan berpendapatan tinggi mahupun golongan berpendapatan menengah. Caranya mudah, hanya isi minyak dengan menggunakan MyKad individu yang berpendapatan rendah. See, nampak tak penyalahgunaan MyKad di situ.

Gambaran mudah untuk menerangkan situasi di atas ialah si anak yang berpendapatan tinggi/menengah mengunakan MyKad ibu atau ayahnya yang dikategorikan golongan pendapatan rendah. Si anak mendapat kelebihan apabila dapat menikmati harga petrol pada kadar subsidi penuh, walaupun dirinya mempunyai gaji besar. Situasi macam ni mencetuskan persoalan. Cara bagaimana kerajaan memastikan agihan perlaksanaan skim rasionalisasi subsidi minyak petrol dimanfaat sepenuhnya oleh golongan yang berhak.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

1 comments so far

lepas ni ada la orang buat niaga "perkhidmatan sewa mykad."heheh


EmoticonEmoticon