Kontroversi Wak Doyok Tak Bagi Firman Hadiah

Siapa yang ada tengok Konsert Suku Akhir Akademi Fantasia AF 2014, minggu 8 yang lepas, pasti tahu isu kontroversi ni. Di Facebook AF, penuh kritikan dan komen negatif dilemparkan pada Wak Doyok. Gara-gara Wak Doyok memberikan hadiah buat kesemua peserta lelaki (Ewal, Zarif, Aman dan Azwan), namun Wak Doyok tidak menyediakan hadiah buat Firman.

Kontroversi Wak Doyok Tak Bagi Firman Hadiah, nama sebenar Wak Doyok, Tengku Muhammad Azwan Shah, peminat Firman kutuk Wak Doyok, Wak Doyok dituduh biadap, gimik Wak Doyok di Konsert AF 2014, gambar Wak Doyok dan Firman

Wak Doyok hanya berlalu pergi. Penonton yang tak tahu kisah sebenar, pasti mengutuk tindakan Wak Doyok sepuas-puasnya. Macam yang kita tahu, kehidupan Firman begitu menyentuh hati. Bila Wak Doyok meninggalkan pentas tanpa memberi hadiah buat Firman, ramai peminat Firman berasa tidak puas hati dan menyifatkan tindakan Wak Doyok merupakan biadap.

Sabar k… Sebenarnya, ia hanya gimik semata-mata. Actually, Wak Doyok dah sedikan hadiah istimewa. Tapi tak diberikan masa Konsert minggu 8 tu berlangsung. Hadiah tu, Wak Doyok berikan semasa dalam diari AF nanti. Surprise sangat!

“Sebenarnya kami semua nak buat gimik kepada Firman. Kalau mereka semua perasan dalam video yang disiarkan semasa konsert itu ada menyebut saya akan kembali. Jadi saya dah sediakan sesuatu yang istimewa untuk Firman” - Wak Doyok

Tambah Wak Doyok atau nama sebenarnya Tengku Muhammad Azwan Shah, dia memilih pelajar dari Sabah itu untuk diberikan hadiah istimewa kerana perjalanan hidup Firman mengingatkan tentang dirinya suatu ketika dahulu.

“Saya lihat Firman ini seorang yang istimewa, bakat dan minat dia dalam bidang nyanyian serta sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Saya juga bukanlah datang dari keluarga yang senang, jadi saya faham apa yang dilalui oleh Firman dan sebab itu saya tergerak hati untuk membantu Firman. Dalam pada itu, Wak Doyok mengakui tidak ada sedikit pun perasaan marah mahupun kecil hati dengan sikap sesetengah pihak yang membuat tuduhan melulu tanpa mengetahu hal yang sebenar. Sebelum ini saya sebenarnya dah agak perkara ini akan jadi isu dan pastinya mengundang kemarahan orang. Tetapi saya dah bersedia dan pihak AF juga mahukan yang sebegini” - Wak Doyok

Sama-sama kita tengok dalam Diari AF nanti, apa hadiah istimewa daripada
Wak Doyok kepada Firman.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

6 comments

tue la kan kita nie suka berfikir bukan2

hehehe..dah agak dah gimik je tu....

kan?/suka nak naik angin tak tentu pasal..

Tulah.. jngn terus menuduh tanpa mendapat penjelasan dahulu. Menarik ni nanti.. :)

adeh wak doyok pun dah pandai buat kontrobesi


EmoticonEmoticon