Bersederhana Dalam Kehidupan, Elak Pembaziran!

Zaman sekarang, kelihatan barang kehendak melebihi barang keperluan utama. Masing-masing mengejar kehidupan yang mewah. Beli itu, beli ini.. Sehinggakan barang tersebut dibeli dengan berlebihan, tidak dimanfaatkan penggunaanya. Bukankah ia tergolong dalam pembaziran?

Ada yang menjalani kehidupan berlandaskan gaya hidup mewah. Mahu kelihatan hebat di mata orang lain. Ini gah, itu gah.. Hidup yang suka menunjuk-nunjuk. Bangga bila orang lain memuji kehidupannya yang super sempurna. Bila dah kena puji, lubang hidung makin kembang. Sekembang bunga Rafflesia.

Jangan lupa, membazir tu amalan syaitan. No no no! Hiduplah dengan cara sederhana. Bila mengamalkan gaya hidup bersederhana, hati pun tenang, low profile, hati rasa aman. Tak perlu risau apa-apa. Menjadikan kita orang yang menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Dapat merasai kenikmatan hidup, sambil mengungkapkan rasa kesyukuran pada Yang Maha Esa, pemberi rezeki. Bukankah elok sebegitu.

Pembaziran, membazir amalan syaitan, hadis membazir, gaya hidup sederhana, amalan wasatiah, sebab tidak boleh membazir
Sekali lagi diingatkan, amalan membazir amalan syaitan. Sikap pembaziran tanpa keperluan ini adalah dilarang sama sekali oleh Allah SWT sebagaimana disebut dalam surah Al-Isra’ ayat 27: Ertinya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada TuhanNya”.

Sama-sama kita ambil pengajaran. Peringatan buat kita semua, agar menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan. Tiada aktiviti pembaziran, pembelian barangan yang dimanfaatkan sepenuhnya.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

6 comments

terima kasih di atas peringatan serta perkongsian ini dear...

Assalamualaikum dan singgah petang dik Yumida....terima kasih atas perkongsian ini....

nampak bergaya tapi habuk je ada..heheh

betul ya,jgn membazir,berpada2lah kita.

Akk setuju. Beli barang ikut keperluan bukan kehendak. Tapi akk ni pantang nampak henbeg klw nampak yg cantik mula la nak beki


EmoticonEmoticon