Sinopsis Menantu Mak Uteh

Sinopsis Menantu Mak Uteh Drama TV9

Menantu Mak Uteh mengisahkan Hafiz (Fazreen Rafi), iaitu anak Mak Uteh (Norlia Ghani) menjadi rebutan para gadis. Masing-masing berebut ingin menjadi isteri Hafiz. Normah (Liza Abdullah) dan Lijah (Anne Abdullah) pula, berusaha untuk menjodohkan anak mereka dengan Hafiz. Memang riuh rendah jadinya.

Hafiz nekad memilih Hamidah (Sari Yanti) sebagai isterinya. Kecewa la Norkiah (Wan Sharmila) dengan ibunya, Lijah. Kempunan menjadi besan dan menantu Mak Uteh. Norkiah dan Lijah pulang dengan hampa dan menyimpan 1001 dendam.

Dek kecewa, Norkiah membuat keputusan untuk sambung belajar. Dia mengambil jurusan kecantikan dan mendandan rambut. Bahagianya Normah apabila melihat anaknya Hamidah berkahwin dengan Hafiz. Suaminya pula, Akob (Roy Azman) semakin sibuk dengan perniagaan menjual produk kecantikan kulit.

Selepas 2 tahun. Norkiah telah menamatkan pengajiannya. Kini dia mempunyai kedai salun rambut. Hamidah begitu tertekan apabila emak mertuanya iaitu Mak Uteh mendesak inginkan cucu. Walupun telah berjumpa doktor pakar, Hamidah dan Hafiz masih belum mempunyai anak.

Ketika Hafiz ingin menjemput Hamidah dari kedai salun milik Norkiah. Hafiz terserempak dengan Norkiah di depan kedai. Hafiz terpesona melihat kecantikan Norkiah. Sampai di rumah, Hafiz masih teringatkan Norkiah. Betapa cantiknya Norkiah. Akan adakah jodoh antara Hafiz dan Norkiah? Bagaimana pula dengan Hamidah? Teruja nak tahu apakah yang terjadi seterusnya. Bagaimana penghujung drama Menantu Mak Uteh episod akhir nanti. Tonton segalanya dalam drama Menantu Mak Uteh di TV9.

Pelakon Menantu Mak Uteh

Norlia Ghani – Mak Uteh
Fazreen Rafi - Hafiz
Sari Yanti - Hamidah
 Wan Sharmila - Norkiah
Liza Abdullah – Normah
Anne Abdullah - Lijah
Roy Azman – Akob
Shahrol Nizam - Kassim
Jasmin Hamid – Wan Maimunah
Shatorah Shamour – Sally
Shahrin Fuzi – Fikri

Gambar Menantu Mak Uteh

Sinopsis Menantu Mak Uteh Drama TV9, gambar Menantu Mak Uteh, pelakon Menantu Mak Uteh, Menantu Mak Uteh episod akhir, Norlia Ghani – Mak Uteh, Fazreen Rafi – Hafiz, Sari Yanti – Hamidah, Wan Sharmila - Norkiah

Saksikan drama Menantu Mak Uteh
Hari: Sabtu
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9 

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)

4 comments

Zumal pun nak tengok la nanti ^_^

ape ending dia eh? xsmpt tgk hbs hehe

drama Menantu Mak Uteh ni tengah ditayangkan. belum lagi capai episod akhir. insha Allah klo berkesempatan tengok time ending tu, nanti di update lagi.

hihi jom layan drama Menantu Mak Uteh malam sabtu. bez gak drama Menantu Mak Uteh ni. kelakar! semua berebut nak jadi menantu Mak Uteh. pemes mak uteh!


EmoticonEmoticon