Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak




Giveaway Saya Sayang Malaysia
Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia

1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway

3. Follow dan Like fanpage Sponser


4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….


Saya sayang Malaysia kerana…

1) …Malaysia aman damai. Rakyat hidup dalam harmoni. Rasa selamat tinggal di negara sendiri. Even setiap hari berlakunya kes jenayah namun kegiatan tu masih dalam kawalan pihak polis. Juga terkadang berlakunya demonstrasi jalanan tapi keharmonian sejagat tetap utuh. Kukuhnya kedamaian negara kita bak tertera dalam prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Undang-undang yang menjamin keselamatan rakyat Malaysia. Sangat berterima kasih pada barisan keselamatan dan pertahanan Malaysia.

2) …rakyat Malaysia prihatin. Bertuahnya saya kerana menjadi salah seorang penduduk bumi Malaysia. Jika disiarkan program kebajikan, ramai yang menghulurkan bantuan. Tidak kira agama, bangsa…Melayu, Cina, Tamil dan lain-lain lagi. Semuanya bermurah hati memberikan bantuan. Jika berlaku kemalangan di jalan raya, masing-masing menawarkan diri membantu mangsa kemalangan. Walaupun tanpa pertalian darah. Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat prihatin dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.

3) …mempunyai ekonomi yang kukuh. Begitu besar peranan perdana menteri kita dalam menerajui bidang ekonomi negara. Walaupun baru-baru ini kita dikejutkan dengan krisis kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter. Saya akur menerimanya. Andai itu yang terbaik untuk memulihkan keadaan ekonomi kita. Juga telah disarankan oleh mereka yang arif dalam pembangunan negara. Bayangkan jika keadaan negara dengan ekonomi yang tidak stabil dan merudum jatuh, pastinya kita sebagai rakyat akan terjejas teruk! Tapi Alhamdulillah, indahnya menjadi rakyat Malaysia dengan ekonomi yang stabil dan kukuh.

4) …pemerintahan yang adil. Pembahagian pembangunan yang sama rata buat semua negeri-negeri yang tertakhluk di bawah Malaysia. Walaupun Sabah dan Sarawak nun jauh di sana dipisahkan oleh Laut China Selatan. Namun, kami di sini juga merasai pembangunannya. Di bandar dibangunkan pelbagai frasarana. Di desa diberikan kemudahan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik. Seperti yang kita ketahui, begitu besar dan luasnya kawasan Sabah dan Sarawak. Tapi pihak pemerintah sangat adil dan bermurah hati, dengan memperuntukkan sejumlah dana sebagai pembangunan. Moga bajet 2014 nanti, kita akan mendengar lebih banyak isu pembangunan yang akan dibentangkan nanti.

5) …pihak kerajaan sentiasa membantu mereka yang kurang berkemampuan. Contohnya melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program e-kasih, bantuan ibu tunggal, bantuan kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya. Bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah. Alhamdulillah, beruntungnya menjadi rakyat Malaysia. Yang miskin dibantu, hulurkan tangan ringankan beban. 

Malahan ia bukan hanya menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah, malahan golongan umum turut menerima faedah. Program lain antaranya Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), 1AZAM, Coop 1Malaysia (Coop1M), Rebat RM200 – Pakej Komunikasi Belia, Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dan banyak lagi!

6) …perpaduan yang utuh! Seperti yang kita ketahui, Malaysia amat kaya dengan pelbagai bangsa, agama, kaum dan kesemuanya hidup secara harmoni. Saling menghormati antara satu sama lain lantas mewujudkan perpaduan. Sehinggakan konsep 1Malaysia itu diwujudkan demi menyemai perpaduan sejagat. Alhamdulillah, gembiranya kita apabila bangun dari tidur setiap hari memikirkan perancangan yang akan dilakukan hari ini tanpa risau memikirkan tentang rusuhan kaum.

I’m proud to be Malaysian!

Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

tahniah menang.. jemputlah join ga ni http://wanieseuk.blogspot.com/2013/10/cosmic-giveaway-by-le-awesome-trio.html