Konsert Akademi Fantasia 2013 Minggu Kedua | Komen Juri

As salam buat rakan pembaca,

Sape yang tengok Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia (AF 2013) semalam? Well, sebagai penonton yang menonton konsert minggu kedua AF 2013 ni.. Apa komen korang mengenai persembahan mereka semalam? Adakah persembahan mereka menarik? Merudum? Biasa-biasa je. Or dotdotdot…

Berikut merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh bintang AF 2013 di konsert minggu kedua. Jom terjah komen para juri.

Indah AF 2013 - Sinaran (Sheila Majid)
Komen juri – Edry KRU: Good performance. Indah merupakan salah seorang calon kegemaran. Saranan ambil lebih banyak risiko dengan tempo dan tambahkan elemen untuk membuatkan lagu tersebut lebih enjoy.
Komen aku: Penyampaian lagu yang baik juga kawalan pentas juga ok. Ni merupakan minggu ke-2, so suggest aku pada Indah baiki penghujung vokal high note nya, agar kedengaran lebih sedap didengar.

Iman AF 2013 - Terukir Di Bintang (Yuna)
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan Iman nampak enjoy atas stage. Iman tidak focus pada nyanyian, lagu juga tidak berjaya disampaikan.
Komen aku: Pada permulaan lagu, kedengaran ‘suara itik’ Iman terkeluar. Agak kelakar sebenarnya. Juga pada awalnya persembahannya nampak menghiburkan, tapi bila berlaku adegan ‘suara itik’, persembahan Iman menjadi berhati-hati. Nampak ketara bagi aku. Saranan aku, lakukan lebih banyak practice. Untuk mengelakkan adegan ‘itik’ berlaku lagi.

Irmisa AF 2013 - Kekasih Awal dan Akhir (Jamal Abdillah)
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan yang sangat baik. Irmisa merupakan bintang baru yang bakal menyerlah dalam industri muzik.
Komen aku: Aku suka persembahan duo ni. Gabungan vokal yang sedap di dengar. Arrangement lagu juga menarik dan bagi aku persembahan mereka menghiburkan.

Nabila AF 2013 - Setia Ku Disini (Ziana Zain)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan Nabila nampak lebih yakin dan selesa berbanding minggu lepas. Persembahan yang biasa.
Komen aku: Nampak peningkatan dalam persembahan Nabila. Macam yang Edry cakap persembahannya minggu ni lebih meyakinkan. Tapi belum betul-betul kukuh! Arrangement lagu juga baik. Vokal pun sedap didengar cuma penceritaan lagu tu tak sampai kepada aku. Nabila kurang berhubung dengan penonton. Saranan aku bila Nabila nyanyi, ambik peluang untuk pandang kamera.

Faizul AF 2013 - Pasti (Ning Baizura)
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan yang tidak konsisten. Ada masanya Faizul hilang di sebalik moment di atas pentas.
Komen aku: Persembahan yang biasa. Kisah lagu tak sampai kepada aku. Juga tak merasa aura Faizul sebagai seorang bintang. Saranan aku, Faizul harus baiki sebutan ‘t’ . Sebutan ‘t’nya tidak begitu jelas.

Suhada AF 2013 - Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Komen juri – Roslan Aziz: Suhada penyanyi yang mempunyai karakter, nyanyian sedap, pakaian pun menarik. Sungguhpun begitu, juri mengharapkan Suhada membuat persembahan seperti karakter dirinya. Supaya nampak lain daripada bintang yang lain. Iaitu keunikan sebagai seorang bintang.
Komen aku: Aku suka persembahan Suhada. Nampak menarik dan berjaya membuatkan aku merasai kisah lagu tu. Walaupun rambutnya nampak serabai, aku suka suntikan jiwanya dalam lagu tu. Macam yang aku komen minggu lepas. Saranan aku, part rambut tu harus dikemaskan, kalau boleh gunting. Keunikan seorang bintang bukan terletak pada pandangan fizikal, tapi kebolehan luar biasa yang lain daripada yang lain. Dalaman tu yang penting, jiwa/aura seorang bintang. Jangan sayang potong rambut :)

Darren AF 2013 - Mentera Semerah Padi (M.Nasir)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan Darren yang menghiburkan. Berharap Darren akan tampilkan dirinya yang sebenar.
Komen aku: Bagi aku Darren menyampaikan lagu dengan jelas. Kisah lagu yang berjaya sampai kepada aku. Cuma belum merasai aura Darren ni sebagai seorang bintang.

Amira AF 2013 - Pastikan (Dato'Siti Nurhaliza)
Komen juri – Sharifah Amani: Nanyian Amira sedap cuma sekadar ok sahaja. Menasihati Amira untuk menjadi seorang bintang yang diingati.
Komen aku: Arrangement lagu yang menarik, persembahan Amira kategori biasa-biasa sahaja. Bagi aku low note Amira kurang jelas. Saranan aku, sampaikan mesej lagu dengan sepenuh hati, jangan takut-takut, jangan malu-malu, beranikan diri. Nyanyian sedap cuma belum berjaya memukau penonton.

Aisyah AF 2013 - Iris (Awie)
Komen juri – Roslan Aziz: Permulaan Aisyah nampak gugup. Harus baiki pitching. Belajar memperbetulkan pitching untuk menjadikan Aisyah seorang great singer.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan Aisyah yang menghiburkan. Saranan pada Aisyah untuk pandang pada kamera supaya dapat berkongsi rasa bersama penonton.
Komen aku: Persembahan yang menghiburkan. Arrangement lagu juga menarik. Suka pada keunikan vokal Aisyah. Aisyah nyanyi nampak sweet :)

Nona AF 2013 - Selamat Malam (Faizal Tahir)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan yang kurang memberangsangkan jika dibandingkan minggu lepas. Lagu agak berat dibawakan. Merasakan version Faizal Tahir lebih baik.
Komen aku: Sebelum Edry komen kan, aku dah komen dahulu. Pemilihan lagu yang ‘kurang sesuai’ untuk dibawa bertanding. Patutnya Nona pilih lagu yang tepat dan betul untuk mempamerkan kehebatan vokalnya. Lagu yang boleh memancing undian penonton. Agak mengecewakanlah bagi aku. Vokal best cuma minggu ni tiada tarikan.

Azhael AF 2013 - Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan yang menarik. Mereka faham kemahuan mereka sebagai seorang bintang.
Komen aku: Gabungan duo yang mantap. Nyanyian sedap, arrangement lagu menarik.

Konsert Akademi Fantasia 2013 Minggu Kedua, komen juri Konsert Akademi Fantasia 2013 Minggu Kedua, Konsert af 2013 Minggu Ke-2, konsert af 2013, darren tersingkir Konsert Akademi Fantasia 2013 Minggu Kedua

Berakhirnya konsert minggu kedua AF 2013, disambut dengan penyingkiran Darren Tersingkir Minggu Ke-2 Akademi Fantasia 201... Secara keseluruhannya, arrangement lagu pada minggu ni nampak lebih menarik dan sedap didengar. Sesetengah bintang AF 2013, menunjukkan prestasi yang baik. Persembahan juga nampak lebih improve. Berharap lepas ni, bintang-bintang AF 2013 akan menerima lagu yang mencabar kebolehan vokal masing-masing. Berentap di Konsert AF 2013!!!

Ingin mengetahui komen juri di minggu pertama? Jom terjah!


.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

27 comments

fi tak tengok pulak akademi fantasia kali ini..heheh

mama tengok malam tadi tau.. memang best lah...

@Syarafi[skyforce331] ooo..ye ke..thn ni bg yumida sambutan agak kurang

anyway yumida tetap gak nak sharing berita sensasi af 2013 ni..hehehe

hu3..tengok bola...mungkin AF lambat panas musim ni sebab lama dh berehat

stiap komen 2 dicatat sndri ke?? =) mmg details la..sy xsmpat pn nk tgok..nk2 bnyak bertembung criter dgn org lain..sbar jelh..

zaza xpernah tgk af yg ni..hihi

Muz x tgok AF. Cuma skali hr tu tgok sikit, mmg tiap2 minggu diorg akn nyanyi 2lagu2 dr artis yg sama ke?

salam..
wah tak sedar af dah bermula.apa nak buat kt rumah tak der piring bulat itam tu sis hee..

best tgok hujung minggu ini ya. jemputlah sis ke blog saya www.cahayacinta.com

ps blh admin letak ruang komen Nama/URL supaya mudah tingglkan jejak di sini. sy harap sy akan dpt ke lama ini dan kenal admin labih rapat. :)

Af tahun ni paan tgk mcm kurang best mybe sbb cara perfomance lain

btw jemput baca entry yang mengemparkan ini jangan risau tajuk tu melampau sgt tapi takde apa pun :) ifharzcho.blogspot.com/2013/09/kenapa-berbogel.html

dulu tgk gak AF tp sekarng nih..hmm..

Af yg dulu bukanlah yg sekarang...

Isi tabungan kat sini..:)

wahh. rajinnya tulis komen juri.. btw , kita follow sini :)

Kak ina rasa Aishah tu best lak nyanyi malam tadi tapi kena komen gak dgn Roslan Aziz..ok apa kan dia nyanyi..

wow, yumida lepas nie boleh la jadi juri jemputan kat af nanti..hehehe..

dari:
akubahrain.com

fiza ngk diary jer..sbb dah 2 kali terlepas waktu..

Towk bok nya. Nang steady kitak sis. Siap dengan komen juri gik ya. Hahaha.

sik mnt mok ngga. lbh2 gik org swak xda.. haha

yumida suka tgk AF ye..hihi.. deqla x suka dah nk tgk pertndgn nyanyi2 nih..huhu..deqla lebih kpd komedian.. ;)

wow! ni memang peminat tegar AF ke sis? rajinnya update segala komen juri hehe. (^_^)

dah tak tengok AF dah.. huhu..

amboi....pengkritik xbertauliah ni..hikhik..

tp to be honest sy xsuka amira n nabila. hmm....xtahu mcm mana blh terlepas masuk

wah ! dah jadi pengkritik berdaftar ke? hehe

wah,,,macam nie tak payah tgk af dah...hehe..sy tak tengok AF sebanarnya tapi aritu ade dengar calon duo tu nyanyi..dot bad jugak laa dorang..

Regards,
-Strider-

Kmk tengok AF versi blog jak lah kt blog ktk tok. Hehe. Selalu tgk bola dgn bapa time ya

not bad untk konsert kedua,
muzik arrangement kali ni mmg terbaek,
lain dari versi asal,
bintang2 plak stakat ni so-so jer,
zizan je yg lebih2..
hahah.

tak pernah tengok...hehehehe..