Sinopsis Cinta Hati Abah Episod Akhir

Sinopsis Cinta Hati Abah Episod Akhir (Episod 15) Drama TV3 | Baizura (Nonny Nadirah) berang bila mengetahui suaminya akan berkahwin dengan wanita lain. Dia mula menyusun strategi ingin menghancurkan majlis akad nikah nanti.

Hubungan Cik Gayah (Laila Nasir) dan Baizura mula tegang sejak dulu lagi. Baizura cuba memberi kata-kata amaran agar ibu mertuanya itu tidak meneruskan perkahwinan anaknya itu. Namun, amaran Baizura tidak diendahkannya.

Sinopsis Cinta Hati Abah episod akhir (episod 15) drama TV3, gambar, pelakon, akhir cerita drama Cinta Hati Abah tamat, last episode, ending Cinta Hati Abah, episod kemuncak, komen drama Cinta Hati Abah
Cinta Hati Abah Episod Akhir - episod 15

Ketika akad nikah berlangsung, Baizura menuang minyak gasolin untuk membakar kereta di kuar surau. Melihat api yang marak tetamu menjadi kecoh dan majlis kad nikah terganggu seketika.  Baizura puas mengenakan suaminya dan ibu mertuanya.

Intan (Zara Zya) anak yang baik, sanggup menjaga ayahnya yang sakit di rumah. Sehingga ayahnya meghembuskan nafas terakhir. Pemergian ayahnya membuatkan Intan begitu bersedih. Adiknya yang belajar di luar negara juga telah balik.

Setelah cintanya dikhianati, juga dirinya telah dimadukan Baizura mula merasakan hanya keluarganya yang sentiasa mengambil berat atas dirinya. Hati Baizura sebak. Paling menghibakan dia tidak sempat untuk menatap wajah ayahnya, memohon maaf pada ayahnya. Hati Baizura jadi tak keruan. Baizura dihimpit rasa bersalah dan penyesalan.

Pagi itu, sebuah kereta polis berhenti di halaman rumah Intan. Mereka ingin menahan Baizura untuk siasatan kes bakar kereta. Baizura tampil menyerah diri.

Marzuki suami Baizura mula merasakan tindakannya berkahwin dengan wanita lain adalah salah dan melukakan hati isterinya. Dia hanya menurut perintah ibunya. Marzuki menjadi serba tidak kena bila megetahui Baizura telah ditahan pihak polis. Hal itu membuatkan isteri baru Marzuki iaiatu Shieda menjadi marah!

Pertelingkahan antara mereka berlaku. Shieda menuduh Marzuki hanya mementingkan Baizura sahaja tanpa menghiraukan dia di sisinya. Kenyataan itu disokong okeh Cik Gayah. Dia menasihati Marzuki untuk melupakan Baizura. Marzuki membentak dan menyalahkan emaknya!

Dia tahu, perkahwinan dia dengan Shieda diatur oleh emaknya agar dia meninggalkan Baizura. Ditambah lagi ibunya yang suka memburukkan Baizura. Membuatkan dia sedikit demi sedikit mula membenci Baizura.

Malah ibunya juga memfitnah Baizura seorang isteri yang mandul. Padahal ketika itu Baizura sedang mengandungkan anak mereka.  Marzuki meluahkan rasa amarah dan kecewanya di hadapan emak dan isteri keduanya.

Malah dia juga mengetahui, ayahnya bukanlah bapa kandungnya. Kenyataan itu membuatkan Cik Gayah terkejut. Rahsia yang disimpan rapi kini diketahui Marzuki. Marzuki adalah anak luar nikah hasil hubungan sulitnya dengan lelaki lain. Namun, Pak Jalil (Razak Ahmad) menjadi ‘pak sanggup’ dan bersetuju untuk berkahwin dengan Cik Gayah.

Tidak puas hati dengan layanan Marzuki yang berat sebelah, Shieda mencabar Marzuki agar menceraikan dirinya. Cabaran itu disahut Marzuki yang ketika itu hatinya tengah panas dengan ibu dan isterinya itu. Marzuki melafazkan cerai talak 3 kepada Shieda. Puas hati Marzuki!

Kes bakar kereta oleh Baizura kini dalam siasatan pihak polis. Marzuki cuba kembali ke pangkuan isterinya Baizura. Intan dan adik bongsunya Zaharah (Nor Zara Sophia) bersatu semula. Tamat.

Pelakon Drama Cinta Hati Abah
Zara Zya - Intan
Nonny Nadirah - Baizura
Nor Zara Sophia - Zaharah
Esma Daniel - Pak Salleh
Laila Nasir - Cik gayah
Ben Amir - Fikri
Afiq Muiz - Marzuki
Nor Albaniah - Maimon
Razak Ahmad – Jalil

Sinopsis Cinta Hati Abah episod akhir (episod 15) drama TV3, gambar, pelakon, akhir cerita drama Cinta Hati Abah tamat, last episode, ending Cinta Hati Abah, episod kemuncak, komen drama Cinta Hati Abah
Gambar Drama Cinta Hati Abah Episod Akhir 

Komen Selepas Menonton Drama Cinta Hati Abah
Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dalam drama ni. Kisah kekeluargaan yang menyentuh hati kita. Dek kerana tidak pernah mengecapi nikmat kemewahan, kadang kala kita mudah termakan godaan. Orang bagi itu ini, kita suka. Padahal seseorang tu ada niat di sebaliknya. Bila hati makin suka dan suka, kita sukar nak fikir baik buruk sesuatu perkara tu. 

Dalam drama ni kita boleh tengok si Marzuki anak yang manja, apa sahaja keinginannya ditunaikan sahaja oleh emaknya. Malah tidak menegur bila Marzuki membuat kesalahan. Disokong lagi ada. Kesannya, lahirlah anak derhaka yang tidak menghormati orang tua. Juga tidak pernah ingin mendapatkan sesuatu atas usahanya sendiri. Malas bekerja, malas belajar.

Hubungan tegang dalam adik beradik. Anak yang tua sering menjadi raja. Seperti watak Baizura ni. Barang-barangnya tak boleh dikacau, kesilapannya tak boleh ditegur, malah sesuka hati melayan adik-adik di bawahnya. Perkara sebegini sering terjadi dalam hubungan adik-beradik. Drama yang padat dengan iktibar. Apa yang baik kita contohi, apa yang buruk kita elakkan.

Drama Cinta Hati Abah EPISOD AKHIR
Tarikh episod akhir Cinta Hati Abah disiarkan: 29 Februari 2016
Cinta Hati Abah episod akhir – episod 15
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

3 comments

Cerita2 mcmni lebih baik malah biarlah dibanyakkan daripada cerita cinta2 merepek y ada skg. Encik sotong la..playboy itu la...kimchi2 la...haih

jalan cerita dia laen sikit.. geram tengok baizura tu..hahaha


EmoticonEmoticon