Menternak Lemak Di Larut Malam

Tepat jam 12 tengah malam menandakan waktu dinner aku malam tadi. Habis jam 12.18 pagi. Ada la sekitar 18 minit aku melantak sorang diri. Menunya nasi putih + ikan goreng + udang rebus. Erkkk kenyang..alhamdulillah.

Dah selesai makan, patutnya tidur. Tapi perut tengah full tak selesa dan pastinya tak dapat nak lelapkan mata. Aku pun menarik laptop dan menaip ketika waktu itu. Sekarang ni la..tup tup tup bunyi keyboard laptop ditekan.

Biasa aku makan malam jam 8 malam. Tapi memandangkan aku dah makan keropok lekor jadi perut aku pun kenyang, tak lapar. Malas ar nak makan nasik. Diet? Mimpi laaa.. sebab kenyang je.
 
HARGA UDANG GALAH
Udang galah harga sekilo RM25
Masak rebus je, simple, tak ada minyak. Konon-konon nak slim.

Bila terbangun tengah malam, automatik teringat udang yang memanggil-manggil dalam periuk. Menggoda sunggoh! Udang fresh. ‘Mari la, mari makan aku yang fresh ni. Isiku yang manis, segar, otakku yang sedap yummy’. Argh! Akhirnya aku tergoda jugak. Habis laaa.. Aktiviti menternak lemak bermula.

3 comments

Kamek malam tadiik goreng roti canai frozen.laparnya...

hahaha....sekali sekala takpa jangan selalu


EmoticonEmoticon