Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Kumpulan LOL Makin Mantap! Lawak Komedi Gelak-Gelak Seram!!!

Kumpulan LOL Makin Mantop weh! Menggegarkan Pentas Maharaja Lawak Mega 2016!! Ahli kumpulan LOL terdiri daripada Angah, Tauke dan Ajak. Mula-mula LOL ni biasa je. Lawak dia tak touching sangat pun. Tapi sejak 2 minggu sebelum ni, buat aku rasa jatuh cinta dengan lawak komedi kumpulan LOL. Terbaik korang!

Tema muzikal untuk Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 7 mengisahkan kehilangan telefon bimbit milik angah. Angah tuduh tauke curi. Rupanya telefon tu berada dalam poket seluar ajak. Angah terlupa yang dia simpan telefon tu dalam seluar yang ajak pinjam tu. La sudah. Tuduh-tuduh sebarang. Akibatnya..berlaku salah faham. Ada nilai-nilai moral kat situ.
 
LOL Maharaja Lawak Mega MLM 2016
   LOL Maharaja Lawak Mega MLM 2016
         
Paling best masa Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 8 bertemakan bebas. Kumpulan LOL hasilkan komedi lawak seram. Serius buat aku rasa tak nak berganjak dari tempat duduk. Dari awal sampai habis, memang A+ la. Superb idea diorang. Semua berbakat mainkan watak masing-masing.

Hah! Aku dah jatuh cinta kat komedi LOL. Dulu aku peminat Joras, tapi disebabkan prestasi Joras turun naik, jadi aku nak beralih kat LOL je la. Joras nombor 2 kat hati aku. Hihi..

Haih seronok melayan rancangan hiburan macam ni. Melegakan tekanan. Ditonton sekeluarga. Riuh sekampung gelak dalam rumah ni. Korang ada tengok jugak ke rancangan Maharaja Lawak Mega MLM 2016 ni? Siapa peserta kegemaran korang? Meh share bersama.

Info MLM2016:

Saksikan Maharaja Lawak Mega MLM 2016 setiap minggu, hari: Jumaat, jam: 10 malam, saluran: Astro Warna 132 & Astro Mustika HD 134.
Terima kasih membaca Kumpulan LOL Makin Mantap! Lawak Komedi Gelak-Gelak Seram!!!

1 comments: